:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.7.10

Karate Kid Movie



Citer wayang yang best.. Semua golongan masyukkkk tak kira kanak-kanak atau dewasa. Citer ni penuh dengan unsur pengajaran, peringatan dan pengetahuan. Ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Saper tak paham, sendirik mau ingat lah....

Watak utama dalam citer ni : Jackie Chan & Jaden Smith


Jangan sekali-kali merendah-rendahkan bangsa lain kerana kita tak tau apa kemampuan mereka. Jangan fikir diri kita besar, ada kuasa dan pengaruh - semuanya dalam genggaman kita. Semua tu salah sebab tak semestinya dengan segalanya yang kita ada akan kekal selamanya dengan kita. Suatu masa, sumer tu takkan berguna lagi pada kita.


Ni lah aksi-aksi yang ada dalam movie tu...

Aksi dalam pertandingan akhir wushu..

Main air kat dataran..



p/s : Pic from mr.Google

Apa kaitan kentut dengan solat????

Soalan :
Adakah sah solat jika kita menahan kentut ketika bersolat? Jika terkentut tetapi tidak mengeluarkan bunyi, adakah sah solat tersebut?


Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri jawab :
Solat seseorang menjadi batal disebabkan berhadas kecil atau besar samada sengaja atau tidak sengaja. Contoh hadas kecil termasuk keluar air kencing, angin ( kentut ), berdarah hidung, darah luka dan darah bisul. Bagi mazhab Hanafi, orang yang berhadas itu boleh meneruskan sembahyang selepas dibersih dan diambil wuduk menurut kaedah Istihsan ( al-Zuhaili, 1999 : II : 14 )

Menahan kentut ketika bersolat adalah mekruh kerana ia mengganggu khusyuk hati dalam solat. Solat yang didirikan hendaklah dilakukan dengan penuh khusyuk kerana beribadah kepada Allah swt.

Allah swt berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. " ( Surah al-Mu'minun, ayat 1 - 2 ).

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Seseorang itu tidak sepatut bersolat ketika hadir makanan dan ketika menahan dua khabath ( air kecil dan air besar termasuk menahan kentut ).



p/s : Sisipan akhbar harian metro

Sabtu datang lagi

Oh dah ari sabtu pon arini... Kejap jer rasa dah seminggu kan... Aku rasa cam baru-baru jer melepak kat umah minggu lepas, tup-tup dah sampai ke minggu ini. Memang cepat sangat masa berlalu. Apa aktiviti korang arini? Aku dengan hubby nak balik kampung tengok atok aku ( nenek perempuan yer..) kat kampaung. Malam ni dia buat kenduri nak nyambut puasa, so dia jemput kami sumer anak cucu cicit dia balik kampung. Tiap-tiap tahun memang camtu, buat kenduri so sumer kena datang. Family aku pon biasa wat gak kenduri nak nyambut puasa ni, cuma taon ni je mungkin tak buat.

Eh eh, sebut pasal puasa, tinggal seminggu lebih jer kan nak puasa. Selamat datang bulan Ramadan al-Mubarak. Oh bulan yang membawa segala nikmat yang terucap-terluah dengan kata-kata. Yang tak abis ganti puasa tu, cepat-cepat abiskan. Yang rasa-rasa nak jumpak doktor untuk tak boleh puasa tu, jangan lah ulangi lagi perkara-perkara lama. Pada yang nak bayar fidyah, eloklah lah sangat dalam bulan puasa akan datang ni.

Puasa kali ni, taon ke-3 aku dan hubby puasa bersama. Yer selari dengan usia perkahwinan kami yang nak masuk taon ke-3 jugak. Seronok dapat berpuasa dan berbuka bersama-sama. Jalan-jalan kat pasar Ramadan bersama untuk pilih juadah berbuka puasa... Banyak lagi lah. Taon ni jugak kami akan amalkan balik ke rumah keluarga masing-masing pada setiap hujung minggu unuk berbuka puasa bersama-sama. Oleh kerana awal Ramadan jatuh pada minggu bekerja, kemungkinan besar kami akan sambut dirumah jer. Hujung mnggu baru balik umah keluarga masing-masing.... Seonoknyer nak puasa...

29.7.10

Doa...amalan kita

Doa memohon rahmat dan pimpinan Allah swt
" Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. "
( Surah al-Kahfi, ayat 10 )


Doa menghindari diri daripada perangai dan nafsu jahat
" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perangai buruk dan kerakusan hawa nafsu. "


Doa mendapat hidayah berkekalan daripada Allah swt
" Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia ( banyak memberi rezeki ). "
( Surah Ali Imran, ayat 8 )


Doa keluar rumah agar mendapat perlindungan Allah atas harta benda dan keluarga
" Dengan nama Allah ( dalam keadaan ) aku menyerah diri kepada Allah, tiada daya dan upaya ( dalam segala urusan ) melainkan dengan Allah jua. "


Doa memohon akhlak yang baik
" Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku. "

27.7.10

Pergi hospital - check-up & visit

Hohoho... Semalam aku telah berjaya meng'half-day'kan diri dengan jayanya... heheheh.. Pagi-pagi kan aku dah kebasahan, masuk tengahari, telinga aku ni tak benti berair plak. Sebenonya dari jumaat lagi dah berair - on-off-on-off jer.... Ingatkan ari ahad semalam dah kering, rupa-rupanya tidak. Makin berair lagi ada.. So semalam tengahari terus pegi spital check telinga, nak tengok apa masalah dengan telinga ni.

Pastu check-up, doktor cuma cakap telinga ni ada minor infection, tu yang berair... Lagi pun ada lubang kechik kat saluran telinga ni kesan 'gigitan' kulat aritu. Dah siap sumer, pegi farmasi pulak amik ubat....

Sebelom balik, singgah jap kat wad melawat jiran sebelah umah keluargaku. Ni dah kira cam sedara mara jugak, sebab kitorang berjiran dah lama sangat.... Masa kechik-kechik main pondok-pondok dengan anak dia, gaduh sama-sama, bergumbira sama-sama, eh banyak lagilah. Kenangan masa dolu... La ni jiran aku ni sakit. Dia memang de sakit darah tinggi dengan kencing manis, tapi semalam dia bagitau aku yang doktor dah syak dia kena penyakit buah pinggang pulak. Terkejut aku. Harap-harap taklah teruk sangat.

Penyakit sedia ada memang dah lama kena, ubat pon dah makan lama. Tapi baru-baru ni, ubat yang dia makan tu tak berkesan. Tekanan darah tak turun-turun. Bila pegi check-up, doktor bilang ada masalah. Dirujuk ke hospital pakar - Hospital Sultan Ismail. Kat HSI doktor situ cakap berkemungkinan buah pinggang ada masalah. Biasanya kalau buah pinggang bermasalah, kitaran darah yang sempurna akan terjejas... Correct me if i'm wrong.. Sekarang, jiran aku ni kena tinggal dalam wad sampai keputusan yang sebenar diperolehi. Dia dah duduk wad dalam seminggu. Hari-hari mesti amik darah - buat ujian. Badan dah cengkung, berat pon dah kurang, selera makan dah kurang... Memang kesian aku tengok dia. Aku harap dia cepat sembuh. Kalau pon dia betul-betul kena penyakit tu, aku harap dia tabah.



p/s : Setiap penyakit ada penawarnya. Sentiasa berusaha untuk melawan penyakit. Semangat mesti kuat...

SAHABAT SEJATI



Sahabat sejati...
Sahabat yang sentiasa berada disisi kita disaat kita memerlukan teman..
Sahabat yang sanggup berkongsi suka duka dengan kita...
Yang ketawa bersama kita..
Yang menangis bersama kita..
Walau apa pun sebabnya, dia sentiasa ada dengan kita...

26.7.10

Rezeki dipagi hari

Pagi-pagi lagi aku dah kebasahan.....kena hujan. Biasa nay orang lain hari isnin selalu kena monday blues tapi aku hari ni kena rainy bluesssss..... hahahahahh....=) Rezki tuhan, pagi-pagi nak pegi keje dah merempit dengan hubby dalam hujan. Perjalanan yang biasanya 15-20 minit, hari ni dah menjadi 30 minit. Memang hubby bawak slow jer. Ada jugak adegan ala-ala nak eksiden pon ada gak, sebab ada driver yang sengal tak tau bawak kete - dalam sesak-sesak tu sempat juga nak potong-potong kete lain, siap nak tukor laluan lah, macam-macam lagi lah.... Memang menduga keimanan betol pagi-pagi ni.

Rahmat tuhan yang memberi rezeki..
Syukur alhamdulillah...

Kejayaan



Walau apa pun rintangan atau dugaan yang melanda, aku akan tempuhi dengan tabah..
Takkan mudah mengalah demi mencapai suatu kejayaan..

25.7.10

Islam izin pendermaan organ


Soalan :
Bolehkah saya menderma organ seperti jantung dan hati? Apa hukumnya kerana saya bimbang ia berdosa ( kerana bumi tidak menerima saya ) kerana organ saya tidak lengkap?


Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri jawab :
Hukum menderma organ secara umunya dibolehkan asalkan tidak memudaratkan penderma itu ketika masih hidup.

Jika ada yang ingin menderma organ seperti mata, jantung dan sebagainya sesudah meninggal dunia ia dibenarkan apabila penderma sendiri bersetuju untuk menderma organ atau wali atau warisnya bersetuju untuk membenarkannya.

Asas kepada kebenaran untuk menderma organ itu bagi mengurangkan kemudaratan yang lebih besar kepada orang yang masih hidup seperti kematian dan sebagainya berbanding dengan maslahat orang yang sudah mati (Ismail Hj. Ibrahim, 1998 : 48-50 )

Islam membenarkan pendermaan orgna dan tidak timbul soal bumi todak menerima jenazah berkenaan.

Oh Makkkk......

Pagi-pagi lagi aku dah tepon mak. Rindu ker??? Sajer je tanya khabar dia. Dia baru pas sarapan tadi, makan nasi putih dengan ayam goreng. Aku rasa tak pernah mak aku makan nasi putih putih pagi-pagi buta ni.... KECUALI masa puasa, hari raya & bila gila punya laparrrr..... Bila aku tanya kenapa, dia bagitau cuma tu jer makanan yang jadik pilihan dia. Roti canai ker, mee ker, boleh kater takde ler pagi-pagi buta ni kat hotel tempat dia menginap tu. ( perhatian : mak aku gi jenjalan kat Kelantan yer... ) Semua tu ada waktu petang bawak ke malam. Pastu dia kater nak gerak ke Terengganu plak, nak singgah pasar payang. Dah sudah jenjalan sana, akan terus balik ke JB lah. Sampai mungkin lepas kol 12 tgh malam nanti. Haa tu adik aku nyer keje, kena amik dia bila dah sampai nanti.

Aku plak ni, sambil bloggin sambil basuh seluar keje hubby. Sebelum tu, gosok tudung untuk keje. Aku gosok untuk 1 minggu nyer. Baju keje gosok petang karang lah.. Ada beberapa helai lagi yang belum kering, malas arr nak gosok sket-sket. Aku suka gosok semua sekali harung. Jimat masa jimat elektrik.. Apa plan arini? Aku rasa dok lepak lagi kat umah ni, hubby penat giler sebab semalam dia wat keje kat niosh JB. Memang giler punya penat.... Ni pon dia tengah dok bantai tido lagi. Ingat nak ajak dia sarapan roti canai kat luar. Kena tunggu dia bangun lah ni.... Oklah aku nak sambung jengah-jengah blog orang ni... Sambil tu layan citer katun kat TV.... da...

+ve way..



Dalam hidup kena ada sikap positif. Jangan nak bersikap negatif jer..... Walau ber'negatif' itu perlu, tapi janganlah melampau-lampau sangat... Setiap kejadian yang berlaku, ada hikmahnya. Positif atau negatif itu lumrah dalam kehidupan ini.... Yang penting, positif sentiasa... Kalau tak boleh positif, jadik neutral person pon ok...

24.7.10

Di rumah...

Arini tak keje, dok umah jer..
Hubby keje, petang karang baru balik..
Mak pulak ikut rombongan pwgi Kelantan..
Jeles tau tak dapat nak ikut dia..

Dok kat umah sensorang ni keje nyer makan, tido, tengok tv..
Lain-lain, kemas umah, lipat kain baju yang banyak tu, basuh lagi kain baju yang dah penuh bakul....
Biasa memang lipat kain baju seminggu sekali...
Eh bukan malas yer, tapi takde masa..pleaseeee.....
Lagi pulak basuhbaju 2, 3 ari sekali, selagi tak penuh bakul, jangan harap nak basuh..
Lain lah kalau balik keje kena hujan, kuyup lagi, ha yang tu kena ler basuh..
Ni pon sambil tengok tv sambil lipat kain baju sambil blogging..
Wat keje dengan santai depan tv....


p/s : Dah beres sumer keje, baru bloggin balik yer..

Hati kita



Selalu ingat Tuhan sebelum melakukan apa-apa perkara..
Lumrahnya, tiada siapa peduli bila kita berbuat kebaikan..
Tetapi sekiranya sekali kita melakukan kejahatan, selamanya orang akan ingat..
Dalam dunia yang penuh mencabar sekarang ni, buat baik dikata mengampu..
Buat jahat lagilah dikeji orang..
Semuanya terpulang pada hati kita..
Walau apa pon yang kita lakukan, selalu ingat pada Yang Maha Kuasa.. 

22.7.10

I LUV ISLAM

 
ISLAM is the way of life..

21.7.10

Tak tau nak buat entry haperrr.....???

Dah dua hari aku takde mood... Entry baru pon takder. NI sumer gara-gara aku kepenatan - banyak sangat keje kat opis. Memang takde maser nak update blog. Kalau ada pon aku just login then tengok sekilas update dari member-member blog. Agak-gak nak baca, aku baca. Agak-agak malas baca, aku terus logout. Ntah kenapa, tak berapa rajin nak update blog. Bila badan dah penat, sampai jer umah trusssssssssss melepak then tertido sampai ler ke pagi. Itulah penangan nyer bila keje kat opis banyak sangat. Cam arini, dah petang baru de idea nak post entry baru. Kalau dipikir-pikir, memang banyak aku nak bercerita dalam blog tapi disebabkan kepenatan+malas+takderMood, tu yang takde entry baru semalam. 2-3 ari lepas pon yang de entry auto-publish yang mana aku dah schedule kan dari minggu lepas lagi. Hey bila lah keje ni nak abis, ari-ari ngadap questionnaire dengan requirements dari customer, bosan ahhhhhhhhhhhh.....


p/s : Aku akan sentiasa ada auto-publish entry untuk elakkan blog dari kosong tak bermaya...

19.7.10

Mulakan hari dengan doa


Doa untuk memudahkan segala urusan
" Ya Allah, tidak ada kemudahn kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. "


Doa perlindungan untuk anak
" Aku meminta perlindungan bagi kami dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain ( pandangan mata yang menimpakan penyakit ). "


Doa ketika berduakcita dan sedih
" Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang. "


Doa ketika keluar rumah
" Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiaya, bodoh atau diperbodohkan ke atasku. "


Doa ketika memasuki rumah
" Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal. "

18.7.10

Cara bertayamum dengan betul


Soalan:
Bagaimanakah cara bertayamum yang betul?

Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri menjawab:
TAYAMUM (Arab, tayammum ) adalah cara bersuci dalam Islam selain daripada berwuduk dan mandi hadas besar. Ia dilakukan bagi membolehkan seseorang menunaikan ibadat.

Allah swt berfirman yang bermaksud : "...dan jika kamu berjunub ( berhadas besar ) maka sucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit ( tidak boleh kena air ), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air ( untuk berwuduk dan mandi ), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu : sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu..." ( Surah al-Maidah, ayat 6 )

Tayamum dibenarkan apabila keadaan memerlukan seperti :
  1. Tiada air
  2. Ada air, tetapi hanya sedikit untuk kegunaan diri atau binatang ternakan
  3. Uzur yang tidak boleh menggunakan air kerana sakit

Cara bertayamum adalah dengan menggunakan debu tanah yang suci. Niat tayamum mengikut apa yang hendak dilakukan umpamanya bagi mengharuskan solat, memegang al-Quran, menghilangkan hadas samada kecil atau besar.

Niatnya berbeza berdasarkan apa yang hendak dilakukan. Kemudian menyapu debu kepada anggota tayamum, muka dan kedua belah tangan hingga kesiku. Mulakan dengan menyapu debu ke muka disertai dengan niat, kemudian menyapu dua tangan hingga ke siku. Semuanya perlu dilakukan dengan tertib.



p/s : Sisipan dari akhbar harian metro

17.7.10

Shopping day

Hari ni seharian aku kat umah family sendiri. Opppsss... dari pagi sampai tengahari aku dengan mak de kat giant plentong, shopping barang dapur dengan teman kak beli kain langsir kat nagoya textiles. Wah banyak kain langsir yang cantik-cantik kat situ. Berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Kain pasang nak buat baju pon banyak, range harga dari rm5 ~ rmXXXX..... Kiranya de yang mahal dengan yang murah lah. Aku de jugak beli kain pasang untuk wat baju kurung. Ala nak ganti baju yang lama dengan baju yang baru jer.. Sebab baju yang aku ada tu boleh mix-n-match antara kain dengan bajunya... Tapi memang terpaku beb pegi nagoya arini... Serius rasa cam nak beli banyak kain-kain kat situ tapi almaklumlah disebabkan bajet terhad menyebabkan sumer tu terpendam dalam hati-jiwa. Nak beli lom cukup duit, kene kumpul dulu. Dah cukup kang baru beliiii......


Mak beli langsir kaler hijau. Aku teman jer.. Tak beli pon. Pakai langsir yang ada jer raya nanti... Pastu masuk dalam giant beli barang dapur sket. Mak lagi yang belanja. Dia beli barang-barang untuk wat jualan kuih. Alang-alang dah sampai sana, tu yang beli skali... Dah settle sumer, aku pon melepak kat sini (uamh family) sampai ke malam. Tunggu hubby datang jemput bila dia dah sudah keje. Ni dia dah datang. Japgi kitorang balik ah umah sendiri.


p/s : lom puasa tapi dah shopping tuk raya....

16.7.10

Ummah


Ummah yang berjaya adalah ummah yang bersatu...

15.7.10

Redha dengan dugaan



Sentiasa redha atas segala ujian dari Yang Maha Kuasa

14.7.10

Hadis


Beramal untuk kekuatan jiwa kita...

13.7.10

Spain menang...


Semalam tak sempat nak update blog...
Arini baru nak update yer..
Walau orang kater citer dah basi, aku pedulik haper..
Ada aku kesah...

Tahniah pada pemain Sepanyol yang telah pon mengalahkan Belanda
dengan mata 1 - 0. Kira Belanda dapat tempat no-2 lah yer...
Tempat ketiga pulak Jerman.
So kali ni nyer siri FIFA 2010 dah pon abis.
Jumpa lagi 4 taon akan datang pada 2014 di Brazil..
So pasni takder dah MC, cuti atau segala yang berkaitan dengan
akan tak datang kerja. Bola dah abis. Buat kerja
cam biasa lah...



p/s : Kat opis aku pon dah kurang citer pasal bola ni...

B.E.W.A.R.E


Sentiasa berfikir dahulu sebelum berkata..
Sesungguhnya kata-kata yang menyakitkan itu adalah lebih tajam dari mata pedang..

12.7.10

Sahabat sejati


Ikhlas ditujukan kepada sahabat-sahabat ku sekalian..
Moga dirimu sejahtera selalu..

11.7.10

Dah sampai umah

Ye, kitorang dah selamat sampai umah dengan selamatnyer... Petang tadi gi umah in-law kat kota masai, jenguk diorang dengan bagi buku-buku sekolah untuk adik ipar. Eh bagi tudung sekali...Aku rasa bulan ni rezki aku murah lahhh, alhamdulillah syukurrr... Nak tau naper? Sebab aku boleh beli beberapa barang-barang yang tak dirancang. Cam selendang, tudung, majalah, buku-buku rujukan, buku-buku latihan, itu ini dan bla.. bla.. bla...

Oh takleh suka-suka sangat.. Kena simpan duit sket untuk kegunaan masa depan kan... Bila yer aku nak simpan sket duit dalam bank? Oh aku tau, kirim kat orang yang pegi bank lah esok... Alamak kena carik dulu buku bank ni, aku dah misplace lah.. Tak ingat kat mana aku letak. Aritu kemas-kemas beg keje, so aku dah kuar dari dalam beg.. tapi tak ingat simpan kat mana... Haishhh dah mula mudah lupa...simpan barang kat tempat yang tak ingat. Bila nak carik semula, tak tau nak mula dari mana... Oiii buku  bank, ko nyorok kat mana ahhhh..... Esok arr carik. Ni nak kemas-kemas barang, esok keje. ZZZzzzzz....

After lunch..

Oh dah selesai makan tengahari... Arini masak tomyam campur makan dengan beehoon. Dah lama tak masak, cam lambat pulak masak-memasak arini... Kenapa makan lambat??? Sebab hubby tido lagi tadi. Pepagi dia dah bangun, then tido lagi. Penat kater nyer...semalam wat keje kat Yong Peng, balik umah malam. So siang ni bantai todi nak rehatkan badan. Tu yang aku masak lambat-lambat tu.. Sambil masak sambil surf internet, sambil masak sambil basuh baju, sambil masak sambil basuh pinggan mangkuk.... Terror tak aku???? Arini ni jadik 'octopus' wife sebab buat banyak keje dalam beberapa masa.... Oh sambil tu siap kemas-kemas rumah jugak.. Kemas mana-mana yang patut jer... Yang tak patut tu hubby dah tolong kemaskan... Luv u dear....

Semalam balik umah Permas, my family's house. Lepak-lepak kat sana sebab dah 2 minggu lebih tak balik. Sambil tu bagi buku skolah kat adik-adik. Sambil tu jugak tolong isikan borang banci yang ada. Pening arr isi borang banci tu, ada beberapa term yang tak paham... Tarah jer lah....

Arini plak nak balik umah Kota Masai, hubby's home. Nak antor buku adik-adik gak kat sana. Ni pon dah lama tak balik jumpa family in-law.... Ok lah, nak kemas-kemas, nak bergerak... Da....

Saya, Me, Aku, Gua, Kami, Kita


  • aku - digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
  • saya - digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba - digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
  • patik - digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta - digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
  • kami - digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita - digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
ini sumber dari wikipedia yer....



Boleh tak nak tukar panggilan untuki diri sendiri????
Rasanya nak tukar dari 'me' kepada 'aku' - lebih senang rasanya nak berbicara dalam blog ni. Lagi mudah da selesa.... Bukan nak kata guna 'me' tu susah - tidakkkk..... cuma ada beberapa hal yang payah untuk diutarakn bila guna 'me'. Bilamana guna 'aku' senang sket sebab hari-hari biasa pon guna 'aku' dalam kehidupan seharian kannn... So guna 'aku' je lah dalam blog ni....

Hati kita



Sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara...

10.7.10

Muslimah sejati


Muslimah sejati - muslimah yang memperjuangkan hak dan keadilan sesama muslimah..

Perempuan bukan untuk ditindas..
Perempuan bukan letaknya di kepala untuk dijunjung..
Perempuan bukan letaknya di tangan untuk disakiti..
Perempuan bukan letaknya di kaki untuk dizalimi..
Perempuan letaknya dihati untuk dikasihi dan disayangi..

Setiap muslimah dimukabumi ini, ada penjaganya.. Mereka itu adalah kaum Adam dari kalangan ahli keluarga mereka....Ayah, datuk, abang, adik lelaki, saudara lelaki, suami... Janganlah memperlakukan kaum Hawa ini sesuka hati, jangan memperlekehkan keupayaan mereka kerana sesungguhnya muslimah-muslimah zaman sekarang telah ramai yang berjaya..

9.7.10

Variasi dalam blog

My blog skang ader tambahan warna-warna kehidupan... Merah, biru, hijau, merah jambu, kuning, ungu dan macam-macam warna lagi lah... Rasa seronok sebab colorful blog ni. Takler 1 warna jer...

Tambahan yang ada tu datangnyer dari web iluvislam... Me suka dengan wallpaper yang de dalam tu. So me copy&paste gambo2 tu ke blog. Hari-hari ada jer yang menarik... Setidak-tidaknyer, adalah entry tiap-tiap hari walaupon hanya gambar yang terpaparrrr.... Semua tu me jadikan motivasi untuk diri ini. Agar dapat mulakan hari hari dengan indah dan bersemangat..

Sampai bila nak macam ni??? Selagi me sanggup, selagi tu lah akan ada entry yang cenggini yer...
♥ =) ♥

Hartaku.. Hartamu jua..

8.7.10

Letih yang gumbira...

Letihnya.. tadi balik keje trus gi angsana, carik buku-buku dan majalah. Beli buku-buku rujukan untuk adik-adik di rumah. Diorang nak peksa taon ni, so me and hubby decide to buy them a books..... Tengok, baik kan kitorang belikan diorang buku-buku pelajaran.... =).... Adik me nak peksa PMR sama juga adik hubby, kira 2 orang lah nak peksa PMR taon ni. Adik ipar me sorang lagi, masuk tingkatan 6 - kami belikan dia buku MUET jer...sebab dia kata buku-buku rujukan lain dah beli kat sekolah, cuma untuk peksa MUET jer yang takder rujukan lagi.....

Then bila dah settle carik buku-buku rujukan, carik majalah pulak untuk kitorang. Sajer beli untuk bahan bacaan di rumah - beli majalah katun dengan majalah hiburan. Tambah 1 lagi, buku kecik sudoku - seronok tau buat sudoku ni... Boleh tajamkan minda dengan cergaskan otak... Nasib baek cousin keje arini, dapatlah diskaun.. Dah beli banyak, harus kena mintak diskaun. Rezki sebab cousin keje kat situ.... =)

Dah siap sumer, makan-makan. Dah makan, balik umah. Sampai umah dekat kol 11 mlm gak.... OK, nak tido dah ni.. Esok keje. Nanti sambung lagi citer tentang buku ni...



p/s : Nanti me upload gambo buku dengan majalah yang betol yer...

I.M.A.N




 Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

7.7.10

REJAB - Bulan Palestin

6.7.10

Hhhmmmmm sedapnyer durian


Raja segala buah. Skang kat JB tengah berlambak-lambak durian dijual kat tepi-tepi jalan. Senang cakap, mudah ler nak carik buah ni. Cuma harga masih lagi agak mahal lah berbanding taon-taon lepas. Mungkin sebab baru-baru je melambak ni. Pasni bila dah bertol-betol banyak bersepah-sepah sampai tak-tau-nak-pilih-yang-mana baru lah harganya turun sket. Haaaa masa tu memang sedap giler borong durian ni. Dulu masa kecik-kecik memang tak sabar-sabar nak tunggu musim durian. Sekarang tak musim pon ada gak jual kat pasaraya. Tapi yang tu tak sedapppppp........ Nampak jer cantik molek, tapi isi hampeh. Kalau ada pon yang sedap cuma seulas dua. Ni bila je musim durian, barulah leh makan durian yang betol-betol sedap. Makan sampai muntah. Me dengan hubby dah makan dah. Boleh lah wat hilangkan rasa teringin durian. Takler mengidam, tapi kalau nampak memang nak kena beli....


p/s : Sedapnyer serawa durian

5.7.10

Juara mentor 4

Mentor musim ke-4 dah pon tamat. Juara musim ni - MOHD. Kiranya dah 3 musim sumer pemenangnya lelaki, cuma sorang je pompuan. Tu pon masa Pija menang. Tahniah pada Ziana dan Mohd. Segala usaha dan kerja keras anda sangat lah berbaloi. Dapat duit rm100,000 tiap sorang - memang berbaloi lah...

Semoga MOHD sukses dalam bidang yang penuh mencabar ni..

Hukum lukis inai kat tangan


Soalan :
Assalamualaikum. Saya mahu bertanya apakah hukum lukis inai di tangan? Saya akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan merancang untuk membuat lukisan inai tersebut. Bagaimanapun, saya bingung kerana ada rakan mengatakan ia haram.



Jawaban Dr. Mashitah :
Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.

Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan bercorak binatang atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.




p/s : Sekadar berkongsi maklumat dengan semua..
( petikan dari Metro Ahad )

3.7.10

Ohh... Brasil dah kalah..



Hhhmmm... Brasil kalah 1-2 dengan Netherlands..

Pasni cam malas ah nak tengok world cup. Tengok masa final jer nanti. Ni Brasil dah takleh nak masuk final.... wwwaaa.... apsal ko kalahhhhh.... Kan dah kena stop sokong-menyokong nihh....



p/s : hhmmm tak best, pasukan pilihan dah tersingkir

2.7.10

C.I.N.T.A


Muhasabah cintaku

Iklan..Iklan..Promote..Promote...

JOM 'jual' blog kat blog Ben Ashaari...

Sekarang ni enBen tengah open tender saper nak masuk dalam senarai bloglist dia. Jom ar join sekaki, boleh promote blog masing-masing. Kat blog dia dah banyak reader, memang senang nak dapat trafik dan mungkin mencanak-canak tinggi nyer trafik tuu.... Kira cam win-win situation lah - blog Ben Ashaari dapat trafik, blog kita pon dapat trafik jugak. Takkan tak suka... Ni me sertakan sekali URL nyer, bior senang kome nak register. Klik jer terus sampai sana... =)


Cepat-cepat, tawaran terbuka kepada 200 blog sahaja. Pasni iklan tamat.



p/s : i'm done

1.7.10

Rezki lebihhhh.... Menang besar....


Apa nak buat.. Gaji dah masuk..
Malam tadi dapat lah tengok wayang.... Sangat seronokkk....
( sila nyanyi cara Ali Mamak )


Yayyy gaji masuk jugak akhirnya..... Tak sabor nak tengok movie... Jom tengok 'Karate Kids'. Member sumer cakap citer ni best. Penuh dengan aksi, ada gak babak touching dalam citer... Nak dijadikan citer, balik keje semalam trus ajak hubby pi tgv tebrau - ajak dia tengok wayang... Naseb ada kosong lagi, dapat lah tengok walaupon tiket kol 10 lebih.... Lama tu nak merasa tengok wayang nih.. hihihi.... Nanti me review kat entry seterusnya lah..



Apa lain-lain perancangan nihhh... Banyak sangat benda dengan hutang2 nak kena bayor... Dah settle sumer hutang, barulah lega hati ni. Duit lebih simpan dalam tabung yer tuan-puannnn... Oh barang penting ialah nak beli barang dapor. Ni mustahak nih, stok barang2 dah makin 'tipis'. Kena le stock-up. Kalau idak, susah nak mula sessi masak-memasak. Sekarang kena semakin berjimat, sebab dah der planning baekkk punya nih... Nak kumpul duit banyak-banyak...

Lagi, nak beli seterika baru.. (perlu ker?) sebab seterika yang dok ada nih dah buat problem. Bila on taknak panas, dah takleh nak gosok baju nak2 my baju keje. Sudah nyer kena bawak baju keje tu ker opis gosok kat sana pulak. Itu pon sebab member de tinggal seterika dia, dapatlah lah minjam.... Weekend ni nak pi antor kat bengkel letrik, tengok apa yang rosak. Kalau dah memang kondem, terpaksa jugak kuar duit beli yang baruuu... huhuhuhu.....



Lain-lain nak beli kek coklat kegemaran yang kat Secret Recipe tu - chocolate indulgence dengan stawberry chocolate. Kali ni rasa nak beli dua-dua ni skali, kongsi dengan hubby. Eeeiiiii memang nikmat ler makan kek ni. Sedap tak terkata.... Tapi kena ler menahan yang tiap bulan boleh makan max 1x jer sebulan, takleh makan selalu. Boleh kopak dompet.

Dan lagi, nak dapatkan gelas kaca mcD - nak cukupkan 6 unit. La ni de 4 unit jerrr. Minggu lepas takgi mcD, minggu ni baru nak pegi. Ntah de lagi ntah idak. Kalau ada me nak rembat 1 yang warna biru dan 1 yang terkini. Bila dah cukup sumer, boleh ler tayang2 dengan opismate.... =)

Dan mungkin yang akhir, nak beli majalah. Tengok kat kedai-kedai tu yang bulan 7 nyer keluaran banyak yang menarik - tarikan dari cover depan majalah. Dah dapat rasa beli lebih dari 5 majalah ni, tambah lagi dengan majalah untuk adik-adik. Depa sumer nak peksa besar taon nih....adik dengan adik ipar amik peksa PMR. Adik me yang kecik darjah 5 tapi dia dah mula wat latihan yang de dalam majalah ala pendidikan sebagai persediaan tuk UPSR taon depan. Orang nak belajar, kita kena sokong. Setakat majalah yang harga kurang rm5 tu, masih OK kan nak beli sebulan sekali. Moga-moga semua adik-adik dapat keputusan peksa yang cemerlang....



p/s : Tak kedekut duit untuk dapatkan ilmu
There was an error in this gadget

:: Blogger