:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.1.11

Berkampung kat rumah jer..

Dah masuk 2 hari hujan turun tak berhenti-henti. Tak dapatlah aku dengan hubby berjalan-jalan ke sana sini.. ( jimat duit dan  minyak motor ). Memang terperap je kat umah, kira berkampung lah ni. Jiran-jiran ke, anak-anak jiran ker takde yang menjengah ke luar rumah. Masing-masing dok memerap dalam rumah. Hujan kan, nak watper keluar, dok berselimut lagi bagus. Kalau ada pun yang keluar tu, yang pergi balik kerja, pergi kedai beli barang-barang dapur... tu pun tak ramai.

2 hari ni, aku rasa cuaca siang dengan malam sama je. Sejuk memanjang...alhamdulillah rahmat Tuhan membasahi bumi memberi rezeki kepada hamba-hambanya.. Aku harap esok tak hujan lagi lah, kalau tidak susahlah nak pergi kerja...

Segmen : Jom syok sendiri



Mari-mari kita merapu malam ini ( eh dah pagi larrr... ) dengan Segmen Syok Sendiri dari en.Ben yer...


Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Takdok nama glemer... nama biasa-biasa ajer... Aidah nama panggilanku..

Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
Mestilah sebab senang dan mudah nak diingati..

Kenapa anda berblogging ?
Saja jer... nak isi masa lapang.. yang tak berapa nak lapang. Sambil tempat untuk luah perasaan..

Siapakah pemberi semangat anda ?
Sudah tentu diri ku sendiri..

Sudah berapa lamakah anda berblog ?
Lebih kurang setahun. Kira baru-baru jugak lah..

Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
Hui ramai sangat idola nyer... Sampai tak terluah kat sini..

Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
Bilamana dapat income sebab masuk pertandingan melalui blog. Seronok..

Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?
Oh setakat ni takdok lagi. Harap-harap jangan adalah. Kerna ia akan mencacatkan rentak blogging ku. Tak sanggup..

Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
Buat live blog..

Selain berblog , apakah minat anda ?
Minat banyak sungguh.. antaranya membaca novel, layan internet, tengok tv  & wayang..

Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
Blogging semasa waktu senggang lah..

Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
Masih lagi ditahap yang memberansangkan.... walau banyak blog yang hidup-segan-mati-tak-mahu.. Ada jugak yang berblog untuk hentam orang tu, hentam orang ni.... Wei..wei...weii.... itu tarak baik eh... Jangan amalkan..

Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri
Berblog kerna minat dan kepuasan, insyaallah berjaya. Tetapkan matlamat dalam berblog. Macam saya, berblog untuk mengisi masa lapang, bercerita luahan hati dan berkawan dengan ramai orang di alam maya menerusi blog ini.

.
.
.
.
.

    28.1.11

    chanteq


    Chanteq kan lampu ni...??!!
    Sesuai letak kat ruang makan dengan ruang rehat... =)

    27.1.11

    Pilihanraya Kecil Dun Tenang - N5, P142 labis


    Calon yang bertanding :
    1. Mohd Azahar Ibrahim - BN
    2. Normala Sudirman - PAS

    26.1.11

    Jom Makan kat Meisan Mutiara Hotel

    Alhamdulillah.... hari ini ada seseorang mengajak aku makan malam. Eh...eh.. bukan berdua saja tapi beramai-ramai bersama rakan-rakan perjuangan yang lain... Undangan makan malam sempena aku berjaya memenangi acara 'Idea Tree' semasa aktiviti QCC yang lepas...

     

    ( Tengok makanan-makanan ni... sedap kan... nyum.. nyum.. )

     

    Undangan makan malam ni bertempat di Restoran Meisan Szechuan, Hotel Mutiara JB.

     

    Jet Li - Singapura


    Jet Li sekarang dah jadik Singaporean lah...
    Nak tau, baca sini..

    25.1.11

    Yo..yo..

    Yo.. yo.. yo...
    Hari ini aku kena masuk training
    Tajuk traininig - Allergen & GMO Control Program
    Sungguh mencabar punya training
    Baru separuh hari masuk training, meja dah penuh dengan segala macam permintaan dokumen dari rakan sekerja
    Rasa jadi macam orang penting sekejap
    Macam artis bila peminat datang minta sain autograf
    Apakan daya aku bukan lah artis

    Cuma orang kerdil yang diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja
    Kepentingan yang sementara
    Bila penting baru dicari
    Dah tak penting, tak diperlukan pun

    Tapi tak mengapa, tak menjadi kudis bagi aku
    Yang penting hati mesti baik
    Kerja mesti ikhlas
    Barulah berkat.. aminnnn....
    =)

    24.1.11

    Oh rasa macam kat bursa saham pulak!!

    Pagi-pagi masuk opis aku dah set dalam kepala yang hari ni mesti kena monday blues lahhhh... Memang yer monday blues, memula jer sebelum pukul 10 pagi. Dah lepas rehat je rasa cam tak cukup kaki tangan, dah mula sibuk macam lebah tau. Sibuk yang teramat sangat - mencanak-canak kerja masuk. Dah tak rasa macam hari isnin pulak ( biasanya kalau hari isnin, kerja memang tak banyak - banyak rehat jer.... )




    Meja kerja aku dah bersepah-sepah penuh dengan segala macam kertas. Ada yang nak kena register lah, inquiry lah, nak kena jawab questionnaire lah... Segala macam lah. Pening tengok. Kang ada yang datang nak amik scan doc pulak, nak tanya itu ini - dah macam kerja kat pejabat bursa saham tau. Tiba-tiba sibuk kerja hari isnin... Sungguh mengkagumkan... hahhahahahaha....

    

    Header baru


    Blog BenAshaari dah bertukar header lah...
    Dah ada header baru tuh..

    Trademark pun baru..
    JOM.. bersantai bersama BEN ASHAARI

    Sunat memakai cincin di jari manis, jari kelingking

    Soalan :
    Baru-baru ini sepupu saya memberitahu saya wanita hanya boleh memakai cincin di jari kelingking dan jari manis.
    Jika memakai cincin selain di kedua-dua jari, seolah-olah kita membela sekandang khinzir.
    Adakah perkara itu benar?



    Dr. Masyitah jawab :
    Memakai cincin antara sunnah Rasulullah saw dan baginda biasanya memakai di jari manis dan kelingking tangan kanan. Ia adalah sunnah dan elok diikuti. Namun, jika memakai di jari lain, si pemakai hanya tidak mendapat pahala sunnah dan bukan berdosa seolah-olah membela sekandang khinzir.

    23.1.11

    t.h.e...e.n.d

    t.h.e...e.n.d

    hahaha... cuti 4 hari aku yang seronok telah pun berakhir...
    tak puas tau.. rasa macam nak sambung cuti lagi...
    esok bermula rutin kerja seperti biasa..
    janganlah kena monday blues..
    tak sanggup aku..

    22.1.11

    JOM GEGAR BLOG

     

    Mari-mari  gegar blog bersama segmen terbaru en.Ben...

    Syarat-syaratnya..
    • Letak header BEN ASHARI BLOG - done
    • Tajuk : JOM GEGAR BLOG dan linkkan ke sini - done
    • Tinggalkan link di ruangan komen yer - done

    Tarikh tutup : Esok, Ahad 23 Januari 2011


    p/s : Mai lah pakat-pakat join...

    21.1.11

    Teater Terima Kasih Cinta

     


    Aku nak sangat tengok teater ni...
    Tapi jauhlah dari JB sebab teater ni dipentaskan kat Istana Budaya..
    Huhuhu.... sedih..

    20.1.11

    Aktifkan : Mood bercuti..

    Mari aktifkan mood bercuti...

    Minggu cuti-cuti dari kerja... Khamis - Jumaat - Sabtu - Ahad

    Khamis aka hari ini - Cuti Umum sempena perayaan Thaipusam

    Jumaat aka esok - Cuti ganti aka cuti umum sempena Malaysia menang AF Suzuki Cup yang lepas

    Sabtu aka lusa - Cuti mingguan

    Ahad aka tulat - Cuti hujung minggu


    Untuk hari ini, selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada penganut agama Hindu. Kepada rakan-rakan Rikevita yang lain, selamat bercuti yer.... Yahooooooo........... Cuti panjang tu....


    p/s : Nak keluar ke Angsana, bawak adik-adik beli buku rujukan...

    19.1.11

    Ko dah kenapa????

    Pada waktu tengahari

    Truut.. tuut..truut..tuut..
    Sipolan : Hello, kak mcD dah sampai?
    Aku : Hah..
    Sipolan : Yer kak. Ni mcD dah sampai. Akak ada order mcD kan?
    Aku : Eh... takde.. takde.. takde order mcD pun hari ni..
    Sipolan : Ye ke..? Takpelah...
    Tuuttttt.....

    ( Dalam hati.. ) Bila masa pulak aku order mcD ni? Pelik nyer.... Saper pulak yang gatal-gatal guna no.hp aku order mcD. Nak kena ni...

    Beberapa saat kemudian..

    Sipulanah : Hello cik.. tadi ada order mcD kan?
    Aku :  Hah... ( lagi sekali, ni mesti manager dia nih... ). Takde, saya takde order mcD pun.
    Sipulanah : Ye ada. Ni Ms. Lee kan?
    Aku : Eh bukan, saya Aidah.
    Sipulanah : Oh bukan Ms. Lee ye. Oklah, takpe.


    Oh kenapa aku harus di duga sedemikian...... Dahlah memang tengah ada perasaan nak makan burger mcD, ada pulak orang cross-line.

    Ko dah kenapa???? Aku marah ni. Len kali kalau korang nak order mcD jangan guna nombor telefon aku, guna nombor telefon sendiri lah. Ataupun bagitahu aku dulu kalau nak guna nombor telefon aku untuk order mcD. Ni dah sah-sah nombor telefon aku dalam perhatian telefonis mcD. Menyusahkan orang jer...

    18.1.11

    Sakit

    Badan penat
    Letih sangat
    Tak larat nak berjalan sana sini
    Baru pergi production area
    Dah longlai satu badan

    Jari letih
    Tak larat nak menaip banyak-banyak
    Acuh tak acuh jer buat kerja
    Yang penting siap

    Mata sakit
    Pengcahayaan terlalu kuat
    Penglihatan kabur
    Cermin mata ni berat ker???

    Kawasan hidung sakit
    Kepala pening
    Dah naik pusing
    Rasanya urat mata stress
    Kena tekanan yang kuat dari nose pad

    Orang sekeliling berbual pun aku tak heran
    Walau keadaan riuh rendah macam pasar ikan
    Apakan daya
    Bila kepala pening
    Takde selera nak layan mereka-mereka ni semua
    Lantaklah apa nak jadi
    Asalkan mereka bahagia..

    Tengok wayang di rumah saja..


    Selalunya nak tengok wayang kena pergi pawagam kan..... sekarang rasa cam tak perlu lagi sebab dah boleh tengok wayang kat rumah saja. Sekarang ni AstroFirst saluran 480 ada menawarkan cerita-cerita yang menarik untuk ditonton seisi keluarga. Dengan bayaran RM15 untuk satu cerita - korang boleh lah tengok citer tu sampai muntah.

    Setiap cerita - RM15 - selama 48 jam

    Weekend lepas nyer citer
    Damping Malam - Ngangkung - Aku Masih Dara

    Memang tengok sampai muntah OK. Ulang ulang cerita sampai dah naik hafal jalan cerita nya. Memula tengok memang rasa teruja, yer lah boleh tengok wayang sambil makan-makan, baring-baring, lepak-lepakkkkkzzz.... Kiranya menonton dengan santai lahhh..

    Dua kali tengok masih ok lagi, masuk kali ketiga memang aku dah rasa nak termuntah ( walau aku tengok 3 siaran yang akhir.. ). Dalam 3 cerita tu, cuma 2 je yang aku tengok lagi 1 cerita takde selera - say no to Aku Masih Dara. Geli sehhh nak tengok. Ngangkung dengan Damping Malam memang best.

    Ngangkung yang orang kata lawak tu, pada aku tak lah lawak sangat - biasa jer. Tapi jalan cerita nyer penuh pengajaran. Kisah macamana orang malas kerja tapi nak kaya cepat. Sanggup buat pemujaan - beli nombor ekor - kepercayaan karut marut - ada khadam. Sudahnya, diri tak tenteram dan keluarga terganggu akibat dari kejahilan diri sendiri.

    Damping Malam pulak kisah perempuan sunyi yang perlukan pendamping. Pendamping dalam erti kata sebagai penjaga - untuk jaga keluarga dan harta benda. Kurang kepercayaan kepada Allah swt. Sentiasa ada rasa sangsi dan ragu-ragu terhadap kesetiaan sang suami. Akibat kurang kesabaran dan kepercayaan, dan termakan hasutan kawan, maka diambilnya pendamping. Kesudahannya, anak sendiri menjadi mangsa akibat daripada melanggar pantang larang tok dukun.

    Tengok cerita-cerita macam ni, bukan takat tengok-tengok saja, gelak-gelak saja tapi tengok-teliti-telek, apa akibat dari menyekutukan Allah swt. Apa yang terjadi? Apa kesudahannya?

    Sentiasa ingat Allah swt itu Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

    Rabun



    Dalam satu mesyuarat penting syarikat, ianya telah dihadiri seramai 17 orang ahli.
    Dari 17 orang itu, 15 orang adalah RABUN manakala 2 orang lagi tidak rabun.
    Dan aku adalah tergolong di dalam kumpulan yang 15 orang itu..


    Sebab-penyebab yang aku rabun ni :
    • Masa kecik dulu suka tengok tv dekat-dekat.
    • Suka baca buku dekat-dekat dan baca dalam gelap.
    • Kurang makan sayur-sayuran.

    17.1.11

    Mode penyesuaian

    Aku kini berada di alam penyesuaian.

    Kenapa ???
    Kerna hari ini aku memakai cermin mata baru.
    Yang mana 'power' nyer lebih tinggi dari cermin mataku yang lama.
    Kesakitan melanda.
    Terasa berat cahaya yang memasuki mata ini.
    Apakan daya, harus ku tempuhi jua.
    Agar aku tidak meraba-raba ketika membuat kerja.
     

    15.1.11

    HAIRSPRAY

     

    Citer best.. HAIRSPRAY..
    Baru lepas tengok kat Channel 5 S'pore. Citer terbitan New Line Cinema pada tahun 2007. Part paling menarik bila John Travolta berlakon jadi jadik pompuan sebagai Edna. Filem ni lebih kepada komedi-muzikal - memang menarik untuk ditonton. Bila-bila ada lagi, korang-korang jangan lepaskan peluang tengok yerr..


    10.1.11

    Red carpet AJL 25

    Saper-saper nak tengok gambar-gambar masa Red_Carpet AJL 25 boleh klik sini..

    Eksklusif di blog Redmummy.com

    Cantik-cantik gambarnyer tau..
    Photo taken by RD aka RM's husband =)

    Di sini juga ada - Sensasi Selebriti budiey.com

    Aku makan jamu kerrr..

    Aku seorang yang rasanya tak pernah makan jamu ( dulu-dulu tak tau lah pulak... tak ingat.. ). Then minggu lepas terjumpa anak jiran lama aku. Dia gembira lah bagitau aku yang dia dah ngandung.... ( tercabar nih..!! ). Pastu dia suggest kat aku makan jamu nihhh.... Jamu Mak Dara..

    Beria dia suruh aku cuba. Aku hanya kasi angguk aku punya kepala. Yelah, orang dah excited bercerita takkan aku nak kata taknak cuba pulak. Aku hanya menjawab 'insyaAllah akan mencuba nanti...'. Just taknak kecewakan pihak tersebut.

    Maka hari ini, setelah seminggu lebih mendapat nasihat dari dia, barulah aku nak google carik mendalah ni...


    Harga RM49 sebotol


    Khasiat Jamu Mak Dara Gold :
    1. Menyuburkan rahim
    2. Mengatasi masalah keputihan
    3. Merapatkan faraj
    4. Menambah nafsu syahwat
    5. Memberi tenaga
    6. Membuang toksik dalam badan
    7. Memperbaiki sistem kitaran haid
    8. Membakar lemak berlebihan
    9. Membuang angin
    10. Mengatasi masalah bau badan
    11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
    12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
    13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan ( bagi ibu-ibu selepas bersalin )

    Jamu Mak Dara Gold ni untuk WANITA
    Jamu Almira untuk GADIS
    Jamu Vigor untuk LELAKI


    p/s : nak cuba ke taknak yerrr??

    Keputusan AJL 25

    Persembahan Terbaik - Hanyut - Faizal Tahir

    Vokal terbaik - Noktah Cinta - Hafiz

    Tempat ke-3 - Noktah Cinta - Hafiz / Ajai / Sheikh Qalam

    Tempat ke-2 - Drama King - Black & Meet Uncle Hussain / Taja / Tun Teja

    Juara AJL - Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali - Ana Raffali

    9.1.11

    Jubli Perak AJL 25

    Lagu bertanding untuk AJL 25
    ( Jubli Perak - Anugerah juara lagu )


    Cinta Sempurna - Yuna
    ( Yuna )

    Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
    ( Ana Raffali )

    Ku Ada Kamu - Adira
    ( Edry Abdul Halim )

    Jahat - Stacy
    ( Edry Abdul Halim )

    Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
    ( Edry Abdul Halim )

    Berlari - Tomok
    ( Tomok / Shazee Ishak )

    Mencari Konklusi - Hujan
    ( Noh Hujan )

    Pelita - A.P.I
    ( Loque ) 

    Extravaganza - Bunkface
    ( Sam Bunkface / Bunkface )

    Hanyut - Faizal Tahir
    ( Audi Mok / Faizal Tahir )

    Selamat Malam - Faizal Tahir
    ( Audi Mok / Faizal Tahir )

    Drama King - Meet Uncle Hussin & Black
    ( Taja / Tun Teja )

    Sofea Jane - Black
    ( Sham Kamikaze / Iswandy )

    Noktah Cinta - Hafiz
    ( Ajai / Shah Qalam )

    6.1.11

    AJL 25 - Ahad - 9 Jan 2011 - 9 malam

    Wah tak lama lagi AJL ke-25 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Pada hari Ahad ni, 9 Januari 2011 pukul 9.00 malam di TV3. Jom terpacak depan tv ramai-ramai yer.... Dok kat JB takdan nak tengok live nyerr..

    Dari suratkhabar Kosmo..


    Kesemua 14 penyanyi adalah muka-muka baru dalam industri seni tanahair. Tiada penyanyi senior atau orang lama termasuk dalam senarai. Contohnya Siti Nurhaliza, M. Nasir, Ziana Zain...

    Terlalu banyak perkiraan dan ramalan tentang siapa yang akan bergelar juara pada malam itu.

    Senarai 14 lagu yang bertanding beserta penyanyi
    Lagu Hanyut - Faizal Tahir
    Lagu Selamat Malam - Faizal Tahir
    Lagu Drama King - Meet Uncle Hussin
    Lagu Sofea Jane - Black
    Lagu Pelita - A.P.I
    Lagu Mencari Konklusi - Hujan
    Lagu Berlari - Tomok
    Lagu Ku Ada Kamu - Adira
    Lagu Extravaganza - Bunkface
    Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
    Lagu Cinta Sempurna - Yuna
    Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
    Lagu Jahat - Stacy
    Lagu Noktah Cinta - Hafiz


    Perlu diingat, ini adalah pertandingan juara lagu iaitu lagu yang dipertandingkan. Bukannya penyanyi yang dipertandingkan. Pilihlah lagu yang berkualiti dan diperdengarkan dengan baik, penuh intonasi dan ada 'jiwa', bukan lagu kosong takde 'feel'.

    Tahun ke-3


    Hari ni, ulangatahun perkahwinan kami yang ke-3.

    Oh dah 3 tahun rupanya kami hidup bersama. Terasa cepat masa berlalu. Semoga ikatan perkahwinan kami kekal bahgia selamanya dan dihindari dari segala perkara-perkara yang tidak diingini.

    Happy anniversary abang..
    Happy anniversary sayang..



    p/s : Ni gambar nikah & sanding pada 2008

    5.1.11

    Naik lagi...!!!

    Apa lagi nak naik nih... Makin lama barang-barang dah makin mahal. Bila dah naik pula, memang konfem tak turun lah harganya...

    Kali ni harga petrol RON97 dengan minyak tanah pulak yang naik.
    Minyak RON97 -> menjadi RM2.40 seliter
    Minyak tanah -> menjadi RM2.50 seliter

    Kenaikan memang tak banyak, ala seposen jerrrrr..... Untuk golongan berpendapatan besar memang tak terasa. Tapiiiiiiiiii bagi golongan kecil dan sederhana - beri impak yang besar tentang kenaikan ni...


    Sumber : Metro

    4.1.11

    SEDIH

    Ada berita sedih yang baru diterima...

    Tadi ada mesyuarat tergempar..
    Punyalah panggil semua orang..
    Ingatkan ada apa hal yang penting sangat..
    Rupa-rupanya....

    Boss kena balik JEPUN..
    Boss aku yang-hensem ni nak kena balik ke HQ - dengan kata lain akan menamatkan perkhidmatannya di RVM dan akan mula bertugas di RIKEN HQ Jepun....


    Sedih nyerrrrrr........
    Sedih dan sebak sangat sebab sepanjang 3 tahun lebih aku kerja kat RVM ni, semuanya terdidik dengan ajaran dan cara kerja dia. Tak sangka pula tahun baru 2011 ni dia kena tukar tempat kerja.

    Dari HQ ke RVM kemudian kembali ke HQ dan akan bertukar pula ke China..

    Makin jauh lah dia dengan kitorang. Banyak lagi tugas-tugas yang dia beri dengan projek-projek yang baru dijalankan - semuanya baru bermula. Tak sempat nak tunggu hasilnya kerja kitorang.

    Lepas jer mesyuarat, aku memang rasa sedih. Member pula siap ada yang nangis-nangis sebab terlalu sebak dengan berita yang baru diterima. Rasa macam tak boleh nak terima yang boss ni kena tukar tempat kerja dan kitorang pula kena terima boss yang baru. Dengan cara kerja yang baru dan keadaan kerja yang pastinya tak sama dengan boss yang sekarang.

    Walau apa pun, siapa lah aku nak tegah dia dari berpindah. HQ dah keluarkan surat rasmi berkenaan dengan perpindahan tersebut. Semoga dia terus sukses ditempat kerja baru..


    p/s : Sebak tak hilang lagi nih..

    K.E.R.J.A

    Oh hari ni kerja setelah cuti panjang 3 hari..
    Sabtu - Ahad - Isnin
    Rasa malas nak pergi ofis, malas nak lepaskan tilam-bantal-selimut..
    Semalam cuti sebab 'birthday' kilang pada 2-Jan jatuh hari Ahad, kemudian ganti dengan hari Isnin..
    La.. la.. la..

    3.1.11

    Senarai tempat belajar aku...

    Ha ni aku  nak senaraikan tempat-tempat belajar aku dari sekolah tadika, sekolah rendah sampailah sekolah menengah membawa ke matrik dan universiti..


    Tadika Children World - 1987
    Sek. Keb. Masai - 1988
    Kelas 1 Biru
    Sek. Keb. Permas Jaya (1) - 1988, 1989, 1990, 1991, 1992, 1993
    Kelas 1 Jingga, 2 Intan, 3 Permata, 4 Permata, 5 Permata, 6 Berlian
    Sek. Men. Dato' Penggawa Timur - 1994
    Tingkatan 1 KE 3
    Sek. Men. Permas Jaya - 1995, 1996
    Tingkatan 2 P 8, 3 TE 1
    Sek. Men. Teknik Johor Bahru - 1997, 1998
    Tingkatan 4 P 1, 5 P 1
    Kolej Matrikulasi Melaka KPM - 1999, 2000
    Matrikulasi Sains Fizikal
    Universiti Utara Malaysia - 2000, 2001, 2002, 2003
    Ijazah Sarjan Muda Teknologi Maklumat
    Universiti Teknologi Malaysia - 2004
    Latihan praktikal di Makmal Bahasa..


    Betapa punya panjang senarai.... Akhirnya aku mula bekerja sekitar penghujung tahun 2004 membawa ke hari ini... Puas rasanya bila dapat pegang duit sendiri disamping dapat membantu keluarga..

    Selamat pagi cikgu....

    Selamat pagi murid-murid..
    Selamat pagi cikgu..


    Hari ni kan hari pertama persekolahan bagi tahun 2011. Aku  masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah, seorang sekolah rendah tahun 6 ( amik UPSR ) dan seorang tingkatan 4 ( baru lepas PMR ). Rasa seronok tengok diorang dah kembali ke sekolah. Ni pon tengah tengok ragam budak-budak darjah 1 - yang baru memulakan sesi persekolahan.

    Aku ingat lagi..... pada tahun 1988 aku masuk sekolah darjah 1 Biru kat Sekolah Kebangsaan Masai. Setengah tahun lepas tu, tukar ke Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1) masuk kelas 1 Jingga. Pindah sekolah sebab SKPJ1 ni dekat dengan rumah aku. Sekolah kat situ sampailah ke tahun 6  - amik UPSR.

    Aku masa sekolah dulu selamba jer, takde nak nangis-nangis ni cuma tak suka kena bangun awal pagi... hahahhaha.... tak senonoh kan... Malam-malam sebelum sekolah kena tidur awal sebab pagi esoknya nak kena bangun awal - malas tau.... Lagi pulak, masa tahun 1 - 6 tu kat JB ni sekolah ahad - khamis. Hari ahad kan banyak citer-citer best, so susah nak tidur awal sebab mata masih melekat kat depan TV.

    Hujung tahun 1993 baru mula sekolah isnin - jumaat. Masa tu dah kurang seronok sebab dah sekolah menengah... Rasa cam biasa-biasa jer.. Bila sekolah menengah, dah besar kan. So takde lah excited sangat nak tengok TV ni. Cuma bila ada cerita-cerita menarik jer baru tengok TV.

    Oklah, nak tengok TV lagi sebab arini tak kerja, Dok umah santai-santai. Kemas, masak, basuh, makan, tido... Aktiviti sepanjang hari ini... =)

    1.1.11

    Welcome 2011..


    Selamat Tahun Baru 2011

    Memulakan hari baru dengan azam dan tekad yang baru.
    Tak perlu terlalu banyak azam - cukup dengan beberapa azam sahaja.
    Yang penting ianya tercapai.

    Bermulanya tahun baru ni, aku berazam untuk....
    Buka akaun tabung haji
    ( nak menyimpan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 )
    Tambah duit akaun simpanan
    Beli kereta - mudah untuk balik kampung
    Beli rumah - pelaburan 
    Bersenam - walaupun hanya 10 minit
    There was an error in this gadget

    :: Blogger