:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

27.6.12

Sarapan McD



Jom sarapan mcd.
Sausage McMuffin with egg

26.6.12

Susahnya nak puaskan hati semua orang

... Memang rasa susah yang amat sangat. Semua hati nak kena jaga. Ni hati sendiri siapa nak jaga?? Langkah selamat adalah lakukan setiap perkara dengan sebaik-baiknya yang adakalanya takkan dapat puaskan hati semua orang.

Pada yang terkecil hati, saya mintak maaf.

Tiada niat saya untuk melukakan atau menyinggung perasaan sesiapa. Tapi saya memang tak mungkin akan dapat nak puaskan hati semua orang. Terimalah saya seadanya kerana saya juga manusia biasa seperti anda semua yang tidak lari dari melakukan kesilapan/kesalahan...

8.6.12

EURO 2012




EURO 2012 dah mula.
Sure gempak..
Mesti kedai-kedai mamak penuh giler.

Selamat tengok bola yer korang.
Aku so-so je.
Lebih rela layan tilam-bantal dari layan bola.

1.6.12

Tak suka

Sejak disahkan mengandung bulan lepas, ada beberapa perkara yang aku tak suka atau terlebih suka nak buat.

@ Kurang makan nasi - satu hari makan nasi sekali je. Petang, kalau ada pilihan antara nasi dengan mee, aku pilih mee/beehoon. Lebih mengujakan.

@ Malas nak update blog - begitu juga malas nak online.

@ Malas nak berhias - sekadar pakai bedak untuk muka dan deodorant sahaja. Minyak wangi pun tak pakai sebab tak boleh terima baunya..

@ Tak pakai barang kemas - rantai leher dan cincin yang selalu pakai semua tu aku dah bukak dan simpan. Sekarang cuma pakai jam je.

@ Takde mood nak tengok wayang - banyak dah terlepas cerita-cerita best kat pawagam. Kalau nak tengok movie, tengok kat komputer je ( mintak member download-kan ).

@ Tak suka nak ambil gambar - takde perasaan pun nak pegang kamera. Selalu tu, tak pernah tinggal kamera. Tapi sekarang kamera tersadai kat meja laptop. Tak digunakan. Kesiannn...

@ Rajin tidur - pantang ada masa terluang, mesti nak tidur.

@ Banyak minum air putih - kalau dulu susah nak minum, sekarang pantang nampak mesti minum.

@ Suka makan buah.

@ Seboleh-bolehnya, pukul 5.40 aku dah stop kerja opis dan bersedia untuk balik. Tak kuasa nak OT dah.

Shopping online

Yer.. shopping online menular lagi dikalangan teman sepejabat.

Gara-gara seorang dua yang suka ber-shopping online, yang lain-lain ( termasuk aku ) pun turut terjebak sama.

Sekadar nak beri-penghargaan untuk diri sendiri atas kerja keras selama ini.

Sesekali me-reward diri sendiri tak salah kan...
There was an error in this gadget

:: Blogger