:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.6.11

Senyum sampai telinga..

Alhamdulillah, hari ni gaji dah masuk...
Yay seronok.. ( boleh senyum sampai ke telinga ).
Balik ni nak pergi makan best-best dengan hubby.
Seronoknyerrr..... =)

29.6.11

Perjalanan Israk Mikraj dan kejadian yang berlaku

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.


KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ
Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.
- Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah.
- Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput.
- Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri.
- Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik.
- Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri.
- Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan.
- Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu.
- Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk.
- Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan.
- Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


Pengertian Israk Mikraj

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1)

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18)

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.


SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ
Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.


28.6.11

Teringin


Teringin nak makan kat sini lagi.
Macam nak reserve seat hujung minggu ni, untuk yang 'International buffet'.
*wink*

Sweet things that start with C


Semua makanan yang sedap mula dengan huruf C kerrr...???
Coklat, candy, cheesecake..
Yang bila dimakan terasa sedap nyer lalu di anak tekak.
Hiissshhh tak sabar nak tunggu gaji.
Nak makan manisan puas-puas.

27.6.11

June-20 : Meaning of my blog name

Nama blog - aidahJamiran's blog
Alamat blog - aidahjamiran.blogspot.com



Kenapa pilih nama ni?
Sebab tu nama singkatan dari nama sebenar aku. Sebelum nama ni ( aidahJamiran's blog ), aku dah ada nama lain - kemudian rasa tak best. Tak seronok guna nama tu. Lagi pulak ada beberapa blogger lain yang nama blog mereka lebih kurang sama, kadang jadi keliru - ni blog aku ke blog diorang. So aku tukar kepada nama sekarang - mudah dan senang.

Pilihan nama ni takde sebab-sebab yang lain selain aku rasa seronok nak guna nama sendiri untuk blog aku. Lebih bagus, mudah dan senang untuk aku ingat. Dan mungkin juga takde orang lain yang sama nama blog dengan aku.



# Kalau pun ada yang sama, dah tentu bukan aku... hahahaha...

June-17 : Celebrity crush

Aku minat dia nih..

[ Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ]




Dia nih..

[ Brendan Fraser ]




Dia nih..

[ Hugh Jackman ]




Dia nih..

[ Jackie Chan ]




Dan dia nih jugak.

[ Angelina Jolie ]




Cerita-cerita diorang memang best. Sebab lakonan yang mantap dan penuh penghayatan. Tengok aku ramai minat yang laki-laki je, yang pompuan kurang sikit.

23.6.11

Tawaran dari MOA

Tawaran mengikuti sijil Kemahiran Pertanian, Kem Pertanian & Industri Asas Tani untuk kemasukan Julai'2011 masih dibuka.

Sila hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut :
03-8870 1683 / 1684


www.natc.gov


# Kepada yang berminat nak sambung belajar dan tambah ilmu tentang pertanian, rebutlah peluang keemasan ini.

Karnival Ramadhan @ Persada JOHOR

21.6.11

June-9 : Currently purchase item

Taraaaaaaaaaaaaa.......
.
.
.
.
.

Semalam aku  beli stokin baru untuk pakai kat opis. Cantik kan stokin nih.... colorful. Sekali tengok cam ulat gonggok pun yer jugak.. Kawan aku lah yang cakap cam ulat gonggok masa dia nampak aku pakai stokin ni. Bila aku tanya kenapa, dia jawab sebab warna-warni dan belang-belang. Hahahaha...lawak lah kawan aku tuh..

Aku memang lama dah suka pakai stokin jenis camni, cantik pastu ngam je bila pakai kat kaki. Korang nampak kan, aku beli stokin brand Giant jer, harga pun murah - hanya 99sen sepasang. Aku beli tiga pasang.

Aku dah lama guna stokin Giant ni, kualiti ok dan tahan lama jugaklah ( lebih 6 bulan gitu... ). Dengan harga yang 99sen sepasang, dapat tahan sebulan pun dah baguskan... Oh bagi aku memang selesa pakai stokin ni kat opis. Bukan tak mampu nak beli stokin yang mahal tapi aku lebih selesa pakai yang camni.

Walau harga murah tapi selesa..



# Aku nyer blogging challenge ni dah tak ikut hari.
# Kiranya buat mana yang sempat dulu.
# Tapi yang penting aku akan cuba habiskan semua challenge yang ada.

Promo mcnuggets



Beli 1 kotak mcnuggets dapat 1 kotak lagi percuma.
Sila print-out dan tunaikan dan makan sampai puassss...... hahahahaha...

Wanita yang Menutup Aurat itu Indah seperti Emas Permata...

Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: ''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”
“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.
“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”
“Pernah.”
“Pernah masuk ke kedai emas?”
“Pernah.”
“Pernah ke pasar malam?”
“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”
“Tentu sahaja di kedai emas.”
“Bagaimana keadaannya?”
“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”
“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”
“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”
Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~


# Copy from email

20.6.11

Terkini tentang pencemaran 'plasticiser' dalam makanan

Produk Taiwan dicemari DEHP


KUANTAN - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar kecil) berkata, pengesahan itu berdasarkan analisis yang dijalankan oleh kementerian ke atas dua produk makanan tersebut.

"Bagaimanapun, satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta.

"Pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut dinasihatkan tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang's King Tai Chang Food. Co. Ltd., Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn. Bhd. dan Natural Beauty Drink Powder serta Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn. Bhd.

Tambah Tiong Lai, hasil analisis tersebut mendapati produk Natural Beauty Drink Powder pula tidak mengandungi DEHP.

Beliau juga berkata, produk Chuang's Square Cookies berperisa gula perang, gandum, badam dan bijan keluaran Chuang's King Tai Chang Food tidak dicemari DEHP.

"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kementerian akan terus memantau makanan yang diimport dari negara tersebut," jelasnya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk makanan Taiwan, boleh layari http://moh.gov.my atau http:/fsq.moh.gov.my.


Sumber : Kosmo

17.6.11

#P14G + RM50 = wins an iPad 2


Hati sedih.. Dia pergi..

Hati sedih..
Melihat dia berhenti kerja..

Hati sedih..
Melihat dia pergi..
Meninggalkan kenangannya bersama kami..

Hati sedih..
Entah bila ku kan bersua lagi dengannya..
Sungguh terasa kehilangannya..
Gayanya, lagaknya pasti jadi kenangan..

Hati sedih..
Tidak pasti bila kan bergelak ketawa..
Tidak pasti bila kan dapat bercerita tentang hal semasa..
Terasa amat asing bagiku bila dia tiada..
Terasa kosong dalam jiwa..

Hati sedih..
Mengenangkan esok dia tiada bersama lagi di pejabat..
Kehilangannya amat dirasai..
Seorang pekerja yang amat berdedikasi..
Seorang pekerja yang amat berhemah..
Seorang pekerja yang punya segalanya..

Wahai sahabatku..
Kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu..
Walau apa jua pilihanmu..
Kami tetap menyokong..
Semoga kau berbahgia bersama keluargamu..
Bersama orang-orang tersayang disekelilingmu..
Bersama Dia Yang Kau Cinta..

Wahai sahabatku 'Nurhuzaimah'..
Ingatlah bahawa kenangan kita bersama sentiasa mekar dalam ingatan kami..
Seluruh pekerja RIKEVITA..


# Sedih.. =(

Zakat

Memandangkan bulan puasa dah nak sampai, aku nak cerita sikit tentang zakat. Semoga ilmu yang aku sampaikan memberi manfaat kepada semua.
( InsyaAllah, semua maklumat yang diperolehi adalah sahih dan dari sumber-sumber yang dipercayai )


Apa itu zakat?
Zakat diertikan sebagai "sejenis cukai yang diwajibkan atas tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya ( rukun Islam yang keempat ); ~ fitrah = ~ badan adalah zakat yang wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali ( pada bulan Ramadan sehinggan sebelum sembahyang Hari Raya Puasa )"  --> Pengertian yang dipetik dari kamus Dewan.

Berapa jenis zakat yang ada?
Ada dua jenis - (1) Zakat fitrah, dan (2) Zakat harta

Apa maksud ( pengertian ) zakat ni?
Zakat fitrah
  • Zakat diri sendiri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Wajib bagi seorang suami @ ketua keluarga mengeluarkan zakat fitrah terhadap tanggungannya.

Zakat harta - mengeluarkan suatu kadar tertentu daripada harta tertentu dan diagihkan kepada golongan tertentu berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Apa jenis-jenis harta yang dikenakan zakat?
  1. Zakat emas dan perak
  2. Zakat perniagaan
  3. Zakat wang pendapatan
  4. Zakat wang simpanan
  5. Zakat saham
  6. Zakat pertanian
  7. Zakat ternakan
  8. Zakat rikaz & galian

# Sumber-sumber






16.6.11

Training..

Food Handling Training


Hari ni aku kena lagi attend training.
Kira-kira dalam bulan ni 3 aku attend.
Havoc betol, selalu tu nak attend satu training pun susah..

Penggodam laman web

SKMM: 41 Laman Web Kerajaan Digodam


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pada Khamis bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my.

"Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain .gov.my , sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan.

"Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut.

"Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam.

"Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia.

"Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi.

"Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm" kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Kenyataan itu menambah, serangan penggodam keatas laman web SKMM tidak berjaya.



Sumber : mStar

Lagi berita :

14.6.11

Malam ini.. dan aku..

Malam ni, aku tidak berada di rumah tapi berada di..... ( tutttt.... rahsia )..
Suami tersayang sedang berada jauh dariku... ( kat Kluang je pun )..
Panas sejuk malam yang dingin..
Jon kita 'bersama-sama' meneroka alam siber..
Yahuuuuuuuuu.......

Beli 1 kentang, dapat 1 lagi percuma..hanya di mcD



Promo kentang di mcdonalds hari ini dan esok.
Beli 1 kentang ( medium ) - dapat 1 lagi PERCUMA..
( kiranya dapat dua lah )

Sila print/cetak banyak-banyak, biar korang muntah makan kentang hari ni.

13.6.11

Demam Nora Elena

Salam siaran hari Isnin..

Walau hari ini hari yang sungguh sibuk tapi 'taufan Nora Elena' tetap melanda.. Sibuk semua berborak tentang drama ni. Siapa-siapa yang belum tengok, silalah tengok secara online sebab drama ni dah nak habis siaran.

Minggu terakhir siaran, mesti ramai yang terpacak depan TV kan... Tertunggu-tunggu tayangannya.. Hohoooo.... pastinya ramai yang pulang awal dari opis... =)

Go..go.. Nora Elena..



# Kepada 'pembantah' drama ni, harap maaf - permohonan anda ditolak..
# Yang suka lagi ramai daripada yang tak suka..

11.6.11

Enjoy

[ Middle of the road - Soley soley 1971 ]



[ Abi Hurairah & Usop - Soley Soley OST Hantu Kak Limah Balik Rumah ]

10.6.11

Nora Elena jugakkk..

 

Rasa-rasanya aku pun dah terjebak sama dengan cerita Nora Elena ni - tayangannya di TV3. Cuma takler dapat tengok semua, pasti ada episod yang tertinggal. Tapi tak mengapa sebab aku boleh tengok episod-episod yang terlepas di tonton.com.my lah.. Lagi senang. Tak perlu nak terkejar-kejar balik dari pejabat semata-mata nak tengok cerita ni.

Disebabkan dah terjebak dengan drama ni, makanya kenalah beli novel nyer. Oh yer, drama Nora Elena di diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ni. Aku dah pernah baca novel ni dulu masa muda remaja, pinjam dari kawan jer. Sekarang ni baru nak beli.


Kalau korang-korang perasan, dah banyak drama yang diadaptasi dari novel kannn... Salah satu cara yang bagus untuk menarik minat penonton dengan tengok drama dan beli buku.


# Aku dah mintak sepupu belikan novel ni untuk aku. Esok lusa dapatlah aku baca.. =P

Bantahan terhadap penyiaran drama Nora Elena TV3

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya
----------------------------------------------------------------------------------
TV3,
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
- Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"


( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan,
Putrajaya 



# Haha... pecah perut aku baca surat ni. Walau apa pun, tahniah pada pengarang yang sebenar. Surat anda ini sungguh menggelikan hatiku..
# Aku dapat link dia dari facebook kawan aku.

9.6.11

Tupperware Airtight Contest

" You have won a RM50 hamper from Tupperware through the TupperwareAirtight Contest. "


Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas aku dapat sms mengatakan yang aku menang hamper tupperware dari peraduan ni.

pic from redmummy.com

Aku join contest ni pun sebab baca kat blog redmummy.com. Thanx sis, sebab share info tentang tupperware contest ni. Sekarang ni tunggu lagi 6 minggu baru dapat hamper tu. Seronok nyerr.... barang-barang tupperware kan mahal, bila dapat hamper menang suka sangat... Tak menang Samsung Galaxy Tab, dapat menang hamper pun jadilah...


# Tak dapat yang besar, dapat yang kecik pun jadilah.. syukurrrr...

8.6.11

WW #2

Wordless wednesday

What is wordless wednesday?

Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon. Whereas blogs (web journals) are primarily about "words" bloggers love to dress their journal entries with imagery. WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry. ( from here )

Official website for Wordless Wednesday



* Maksud wordless wednesday ialah post entry bergambar tanpa tulisan.
* Satu gambar sejuta bicara


WW #1

Penyakit zaman sekarang

Penularan penyakit zaman sekarang
  1. Wabak E. Coli di Eropah - dikatakan ada dalam timun
  2. Plasticizer dalam minuman di Taiwan
Kepada semua rakan-rakan, sila tekankan lebih perhatian kepada 'penyakit-penyakit' ini. Sentiasa beringat sebelum terkena.

June-18 : My craving

My craving yer.... Bukan mengidam sebab mengandung yer... tapi aku akan 'gila' bila tiba musim buah-buahan. Dan yang paling aku suka adalah buah durian - sedap sangat. Mulalah gatal-gatal wallet keluarkan duit beli durian - jadi  mengidam bila tak dapat makan.


Sebab tu bila ada orang jual durian, aku mesti nak beli. Sekurang-kurangnya dapatlah merasa, mana tau esok-esok dah tak jual. Lagi-lagi sekarang ni, harga durian mahal. Kejap ada jual, kejap takde jual. Tapi beberapa minggu lepas dah dapat makan, beli kat SMART Pandan. Hilang sudah rasa mengidam. =)

Aku memang sukalah dengan durian ni. Kiranya satu family suka makan durian. Isinya yang lemak manis lagi sedap tu....fuuhhh...menjilat jari. Kata orang, yang pahit tu yang sedap. Kata aku pulak, mana yang aku makan empuk, enak, lemak, manis, ada pahit sikit - yang tu aku kata manis dan sedap.


Tapi ada jugak yang kata durian ni tak sedap, bau busuklah, apalah...siap mengamuk-ngamuk bila tau ada kawan lain yang makan durian. Dah macam orang bersalah pulak bila makan durian. Ala aku bolayan je semua ni, takde masa nak fikir. Diorang taknak makan, diorang punya pasal. Yang penting aku dapat makan. Tak ganggu orang lain punnnn....

Tapi jangan ingat yang kitorang tak suka makan buah-buahan yang lain. Cuma bila kata 'ada jual durian' jer, mesti usha punya lah...

7.6.11

Terbaru dari Nuffnang di blog aku

Iklan-iklan terkini dari nuffnang kat blog aku.. ( capture today )

[ CIMB Octo ]


[ Digi social reload ] 

Luv Nuffnang..

Training lagi....Tambah ilmu, tingkatkan kemahiran



Hari ni kena pergi training microb.
Khas untuk semua auditor baru.
Belajar macam mana microb ni membiak, tersebar dan mengganggu sistem badan manusia.


Makanya, tertangguhlah kerja-kerja lain yang perlu dibuat untuk hari ini.
There was an error in this gadget

:: Blogger