:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.3.10

how-to-train-your-dragon movie


Hajat di hati nak tengok movie dah tercapai. Tadi dapat lah tengok citer "How to train your dragon".... refer entry lepas Citer ni memang best - 5 star rate. Masa memula masuk panggung orang tak ramai lagi, kendian tu baru penuh. Bila dah abis citer, masa nak balik tu baru terperasaan sekejap yang panggung memang penuh giler babassss...... Takde satu pon seat yg kosong. Ramai dewasa dari kanak2 yang tengok citer nih.... Kiranya iklan dengan citer ni memang best, seiring-sejalan. Citer superrrbbbbb best....



ni lah dia karekter utama filem ni
[ hiccup & night furry @ toothless ]
 



Nak tau leh lanjut tentang citer ni leh refer sini. So pada sesaper yang lom tengok citer ni, baik gi tengok cepat. Gerenti tak rugi duit tengok citer ni... Memang besttttttt.......

Kesedihan melanda

Aku masih lagi sakit telinga. Dah boleh dengar tp still perlahan. Itu pon dah alhamdulillah. Sakit kat dalam tu pon dah kurang ( kenkadang je dalam telinga aku tu sakit ). Next appointment bulan depan. Ni kena makan ubat jer. Aritu nyer check-up, doktor check dan cuci + masukkan ubat dalam telinga. Sakitnya Tuhan jer yang tau... ( tapi aku tahan sakit tu, sbb nak cepat baik ). Telinga aku dah kena infection, so kena wat regular check-up kat HSI.

Then semalam dapat perkhabaran yang pakcik aku sakit. Kena tahan kat spital Mersing. Sebelum tu dah de sorang pakcik aku sakit ( adik-ipar mak ). Dari Pontian ke HSA JB, skang de kat wad neurology. Benjol kat kepala dia dah pecah and doktor suspek itu adalah ketumbuhan. Skang ni kena tunggu result dari ujian2 yang telah dijalankan ke atasnya... ( kronik kan sakit dia... )

Berbalik pada sorang lagi pakcik aku ( ni abang mak ), dia ni skang dah dpt transfer dari spital Mersing ke HSA JB. Cuma nyer tak kena tahan kat wad, just check-up then boleh balik umah. Transfer tu sbb dekat dengan umah anak dia kat JB nih, so mudah lah nak ulang-alik. Kalau kat Mersing tu jauh sangat nak ulang-alik nye dari umah ke spital. Dulu dah kena tahan wad gak, ni pon kena lagi. Semalam tok aku datang dari kampung ke JB sbb nak tengok anak dia. Susah hati betol aku tengok tok aku ni... ( tok aku ni pompuan tau... ). Yelah anak sakit, mustilah risau kannnnn..... 

Aku doakan dua-dua orang pakcik aku ni cepat sembuh dari sakit begitu juga dengan aku ni...
Aminnnn......

29.3.10

M.O.V.I.E

Jom tengok movie. Ni me nyer senarai pendek beberapa movie yang berkeinginan untuk ditengok ( bila dah dapat gajilah... ). Ni kan dah hujung2 bulan, so mula lah gatal2 nak pi tengok wayang dengan hubby. Dia pon sama naik ajak tengok wayang gak... heheheh


How To Train Your Dragon
[ ni citer mesti tengok sbb maser tgk iklan nyer je dah menggamit hati nak tengok movie nih. walau pon kat JB takdak yg 3D effect, yang biasa pon OK jugak lah ]


The Lovely Bones
[ ni plak, member yang suggest suh tengok. agak2 best tak citer ni yer...???? sinopsis filem cam menarik, mungkin menarik lah kot.... ]


Alice In Wonderlands
[ ni plak citer yang me miss tengok maser tgh bulan aritu. walau pun nanti de yang kater "ala citer dah basi" tp me memang nak tgk sangat citer ini. masa tu punyalah planning bagai nak rak tp tak dpt tgk plak. so kalau TGV de tayang lagi movie, nak tengok jugak.. ]

Bowling Tournament 2010 [ RIKEVITA (M) S/B ]

Semalam de kejohanan bowling antara staff kira cam intergame lah... Seronok yang amat... Ramainye peserta yang hadir. Masa ni lah dapat berjumpa dengan staff2 lain yang bila time keja tu susah nak bertemu muka. Ada jugak yang datang dengan family, boleh lah beramah mesra dengan family diorang tu. Ada yang couple tu datang sesamalah.... Me datang dengan hubby jer. Seronok rasanyer sbb dah lama tak berborak kosong bersama.... 

Enjoy de pic sebab me tak kuasa nak citer bebanyak... =)


27.3.10

jom-jimat-air

Air... Sape suker air, angkat kakiiiiii......Berendam dalam air lelama, memang sedap... Besh nyerrrrrr... nak-nak dapat mandi air laut. Seronok kannnnn... Itu kalau kat luar rumah, tp kalau kat rumah tak boleh lah guna air banyak2 nanti bil air melambung pulak. Itu dah kira membazir. Jadi kena lah berjimat cermat bila gunakan air....


Macam mana nak jimat, senang jer... Ikutlah beberapa cara di bawah...

  1. Semasa mandi, kurangkan guna pancuran. Tadah air guna baldi.
  2. Jangan biarkan air mengalir semasa memberus gigi. Guna bekas kecil untuk menadah air.
  3. Pastikan mesin basuh penuh muatannya sblm digunakan.
  4. Jangan siram pokok bunga secara berlebihan.
  5. Baiki dengan segera sekiranya ada paip-paip yang bocor.
  6. Tutup paip dengan ketat slps digunakan bagi mengelakkan air dr menitis.
  7. Guna air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj dan di taman.
  8. Sentiasa guna baldi untuk menadah air.

** Sisipan dr akhbar harian metro

25.3.10

Wonder girls - Nobody (english version)

Week 4 - No sweat

Minggu ni punya entri bertajuk " No Sweat @ Tidak Berpeluh ".
Tajuk menarik lagi tertarik.

Setiap orang pasti akan berpeluh walau dalam kadar yang sedikit. Ada ker yang tak berpeluh langsung??? Wah itu orang ke bukan. Baik periksa betul-betul.... hahahahha hehehehh ( melawak jer... ). Berpeluh itu biasa / normal. Tetapi terlalu banyak berpeluh tu yang jadi tak normal. Dalam erti kata lain, berpeluh dengan kadar yang banyak (  mudah berpeluh walau dalam apa jua keadaan ). Ada tu tak kira tempat, cuaca panas ker, sejuk ker pasti  sweat kan. Ada jugak yang dok dalam air-cond pun boleh berpeluh....  Susah kan nak kawal peluh ni.. Kita juga akan berpeluh dengan tak disangka-sangka. Contohnya bila kita rasa gementar ker, takut ker dan sebagainya lah.... Bahagian yang menyumbangkan aktiviti perpeluhan pula ni pastinya ketiak, kat pelipat kaki dan juga badan kita. Kadang-kadang tu kepala pun berpeluh tau. Lagilah bila kita bersukan, memang banyak peluh yang keluar. Berpeluh-adalah-sihat. Terlalu-banyak-berpeluh-pasti-tidak-selesa.

Bila terlalu banyak peluh yang keluar, so bau yang kurang menyenangkan pun timbul. Pastinya bau-bauan itu tidak menyenangkan diri kita sendiri dan orang disekeliling kita. Mulalah kita rasa malu nak bercampur dengan orang sekeliling kita. Rasa rendah diri juga akan terbit bila keadaan ini terjadi. Kalau pun bukan kita yang terlalu banyak berpeluh ( orang lain yang berpeluh ), pasti kita juga takkan selesa berada di dalam situasi tersebut. Rasa tak best kan??? Ada tak cara nak atasinya??? Pasti lah ada. MANDI. Betul ker dengan mandi jer, bau-bau tu terus hilang??? Mungkin ya dan mungkin juga tidakkkk.... Kalau dalam sehari 5-6 kali kita berpeluh takkan nak kena mandi 5-6 kali juga???? Tak perlu semua tu. Cukup dengan guna deodorant / body spray bila dah selesai mandi. Mudah kannnn........ Terlalu banyak deodorant / body spray yang ada dalam pasaran sekarang ( ada juga menyebutnya sebagai odorono yer... ). Kat pasaraya, kedai-kedai runcit semua tu ada. Even kat farmasi pun ada. Mudah lah nak cari. Pilih sahaja mana yang berkenan dihati, beli-bayar dan boleh terus digunakan. Semua tu membantu kita untuk mengurangkan peluh. Membuatkan kita rasa selesa dan nyaman sentiasa. Ada tu boleh kekal segar sepanjang hari.... Kita pun tak rasa malu untuk berdepan dengan orang sekeliling kita. Kita punya self-esteem pun tinggi. Berada dalam kedaan selesa, membuatkan kita lebih yakin dalam melaksanakan apa jua aktiviti di dalam apa jua keadaan.

OK, nak bagus lagi, gunalah barangan dari rangkaian Adidas Action 3 ni. Ianya mudah dan senang digunakan. Produk ini memberi keselesaan berpanjang dalam mencegah perpeluhan, anti-whitening dan 0% alkohol. Bagus tak? Cool kan produk ni. Ada 6 jenis kesemuanya - FRESH, INTENSIVE, CONTROL, SENSITIVE, PURE dan PRO-LEVEL. Untuk kaum adam dan hawa. Pastinya kita akan rasa selesa dan nyaman sentiasa sepanjang hari dengan haruman yang segar setelah menggunakan produk ini. Boleh dikatakan sebagai produk " 2 in 1 ". Pertama - untuk mengawal perpeluhan, kedua - sebagai haruman. Rasanya dah tak perlu guna perfume lagi bila guna produk adidas ni. Wahai kaum hawa dan adam sekalian, bolehlah kita bersama-sama menikmati kebaikan-keharuman dari produk. Marilah bersama-sama menentang overflow perpeluhan untuk kebaikan bersama....

Sertai Project Alpha Musim ke-2 ni kat facebook dengan klik terus pada bagde ni.
Mudah-cepat-senang.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Auditions are now open!

23.3.10

~ Hari yg mendung-cerah-mendung ~

Wah cuaca hari ni, tak berapa panas. Kejap mendung, nanti cerah balik, jap lagi mendung semula. Nasib baik panas semula, kalau tidak mesti hujan sampai ke malam. Begitulah ramalan kaji cuaca pada hari..... hehehehh... itu ramalan aku sahaja. Semua tu kerja Allah swt, kita sebagai manusia kenalah reda dengan segala ketentuan Nya...



Begitu juga dengan sakit telinga ku ini. Hari ni de bunyi berdengung-dengung dalam telinga. Cam de construction site kat dalam tu. Kejap sakit, kejap kang OK, kejap lagi sakit balik. Adakalanya orang kat sebelah cakap pon tak dengar. Bukannya apa, getaran yg masuk kat dlm telinga ni sikit-perlahan ( bukan pekak yer... ), tu pasal tak berapa nak dengarrrrrr........ Tak tau ler bila nak betol2 baik. Kengkadang nak tido pon susahhhhh sbb sakit sangat... Hopefully, lepas 2nd appointment ni nanti dah baik ler telinga ku ini. Sian kan pada aku dan telinga ku... hhhhhmmmmm.....

21.3.10

we-are-the-world

Week 3 - My Favorite Surfing Spot

Internet? Surfing? Hhhhmmmm...... Satu kewajiban setiap hari 24/7..... Mesti nak kena melayari internet tiap2 hari, samaada kat pejabat ataupun kat rumah. Kenapa surf internet??? Nak tau, sbb nak tau perkembangan hal ehwal semasa, hal-hal dunia dan kehidupan. Me surf internet utuk update blog, play online game, update facebook, baca suratkhabar online, personal banking, chatting, dan banyak lagilah... Nak mudah lagi mestilah dengan internet-tanpa-wayar. Memang senang dan mudah. Kalau guna P1 Wiggy ni lagi mudah, cepat dan pantas. Nak download or upload pun cepat dan pantas. Tak perlu tunggu lama.


Hhhmmmm..... my favorite surfing spot tentu lah di rumah kat bahagian ruang tamu. Dekat dgn tv. Sambil tu boleh ler santai2, nak terbaring-terlungkup pun tak kisah sbb kat rumah. Memang seronok berada di rumah. Nak makan ker, minum ker, pun mudah. Lagi plak kat rumah ni tak banyak gangguan. Nyaman-tenang-aman bila berada kat rumah. Terhindar dari segala kebisingan yang melampau.

Tempat lain yang me suka untuk surf internet ialah kat McDonalds. Biasanya, kalau keluar jalan-jalan mesti singgah kat McDonalds. Capaian yang cepat disamping keadaan sekitar yang happening..... Sambil menjamu selera kat situ, sambil surf internet. Memang  menyeronokkan. Enjoy gilerrrrrrrrr....... Tempat selesa, makanan sedap. Me boleh dok lepak kat situ lama-lama. Memang tak boring lah. Dah puas kat sana, balik umah plak, sambung surf internet kat rumah.

Dalam banyak-banyak tempat pilihan me untuk surf internet, memang rumah dan McDonalds lah yang jadi pilihan. Kemudahan yang me perlukan memang sentiasa ada di kedua-dua tempat tu. Lebih tenang-selesa-aman. Kurang dari gangguan yang tak sepatutnya...


~ Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. ~

19.3.10

Nuffnang - Project Alpha Season 2

Minggu lepas dok ler berhempas pulas join Nuffnang nyer contest
Lepas submit entry, barulah terperasaan yang me tak review lagi tentang Project Alpha Season 2 ni. So, entry kali ni nak review sket tentang projek ni lah... By de way, project ni dah mula taon lepas utk yg musim pertama. Dengan tagline nyer "Uncovering Malaysia's Top Bloggers" ia merupakan TV online yg pertama di Malaysia. Diacarakan pula oleh host yang cantik-cute-menawan - Jojo Struys....

Covering 7 featured bloggers
Sixthseal, Beutiful Nara, Nicolekiss, Budiey, RedMummy, Fourfeetnine, Kennysia

Itu last nyer season, kali ni nyer season 2 masih lagi dengan host yang sama, Jojo Struys dan akan dilancarkan dengan rasminya pada 17 April 2010 akan datang....


Season 2 nyer featured bloggers

Penaja bersama untuk kali ini pula :
Main Sponsor – Adidas Action 3
Official Broadband Sponsor – P1
Official Flight Sponsor – Malaysia Airlines
Official Cosmetics sponsor – Rimmel
Official Hair and Make Up Sponsor – A Cut Above
Official Media Partner – Hitz FM and Era FM
Official Social Networking Site – Ruumz
Hotel Sponsors – 360Kuching and Millennium Hotel Group
Online News Portal – The Daily Chilli

So, apa tunggu lagi, jom reramai kita meriahkan Project Alpha Season 2 ni...
Yang de akaun fb, leh klik trus kat bagde bawah... lagi senang-mudah-cepat...
cau cin cau...

17.3.10

Alhamdulillah lega....

Alhamdulillah... lega sket raser kat dlm telinga ni....Sakit pun kurang sket. Siang td pi hospital, jumpa doktor pakar telinga-hidung-tekak ( T-H-T @ E-N-T ) kat Hospital Sultan Ismail, Pandan. Kat situ doktor check keadaan telinga dan cuci ( kasi bersih tp ada sket fungus yg taknak kuar... geramnyer...). Sakitnyer kena cuci, Tuhan je yg tahu. Terjerit2 gak ler dlm bilik rawatan tu sbb tak tahan sakit ( apa la, dh tua2 pon penakut... tp serius mmg sakit giler maser kn cuci telinga tu....btol, tak tipu.... =( .... ). Ni lah pertama kali dlm hidup kn cuci telinga sbb de fungus dlm tu. Ntah camner ader pun tak tahu. Siap kena marah lg dgn doktor sbb biarkan telinga de fungus.... Apa la nasib... dah telinga sakit, kene marah lg tambah sakit. Bukan telinga jer, hati-perasaan pon sakit jugak... hehehhehehhehee...Banyak juga ler fungus yg dpt "dimusnahkan" masa cuci td, CUMA de sket lagi yg taknak kuar sbb dok blh dlm sket & melekat dgn kuat kat dinding telinga. Cuci punya cuci punya cuci tp fungus still taknak kuar gak. Dah puas teriak dlm tu, doktor pon ckp " Oklah, awak balik dulu mkn ubat, then seminggu lg dtg check & cuci. Memang yg ni susah nak kuar sbb tgh "aktif' dlm telinga awak ni... ". Sudahnya, aku pon baliklah. Opps sblm tu amik MC ( arini dgn esok ) then pegi farmasi amik ubat.

Arininye citer...

07:50 Pagi masuk opis. Mintak permission dgn boss nak pegi spital.
              Pegi HR opis, bw refer letter.
08:10 Pakcik driver tolong anto gi HSA.
08:30 Register kat Klinik Pesakit Luar, HSA. Amik nombor giliran.
08:40 Nombor naik, masuk bilik rawatan-doktor check.
              Then kn transfer plak pegi Poliklinik HSA.
09:10 Sampai kat poliklinik, trus panjat ke tingkat 3.
              Register.... tp xleh nak wat rawatan. Kn transfer ke HSI Pandan
            plak ( leceh lah, pegi sana, pegi sini ).
09:20 Call hubby bgtau keadaan semasa. Call juga supervisor bgtau menda yg sama..
09:40 Tunggu pakcik driver dtg dr kilang sbb nak pegi ke HSI Pandan.
10:20 Pakcik driver sampai & trus gerak.
11:00 Tiba kat HSI, trus gi kat Klinik Pakar Telinga-Hidung-Tekak
              ( THT @ ENT ) & register.
11:10 Staf kat kaunter bgtau dpt jmp doktor kol 2ptg.
11:25 Gerak gi kafeteria HSI, nk makan ( perut dah berdangdut mintak diisi... ).
12:00 Selesai mkn, beli metro. Dok kat lobby spital sampai waktu
              appointment ( malas nak balik umah ). Baca paper-santai-rehat-tertido....
13:50 Gegas ke kaunter pendaftaran sesi ptg ( cam dak skolah ).
              Dah siap trus ke kaunter klinik plak.
14:20 Masuk bilik rawatan, doktor check-telinga-cuci-telinga.
15:00 Pegi kaunter, dpt update info ttg telinga. Next appointment, next week.
15:20 Amik MC, pegi farmasi amik ubat.
15:30 Amik taxi balik umah.
15:50 Sampai umah, rehat-solat-tidur..... zzzz.... ( penatnyer badan ).

Begitulah ceritera sepanjang hari ini...


Ubat dr farmasi HSI


Registration card
Next appointment - 26 mar 2010 / 9 am



p/s : Doktor kat HSA dgn HSI baik2 lah. Staf lain pon OK. Rezki hari ni... =)

16.3.10

Earth Hour 2010


Earth Hour 2010 is coming.... but does anybody knows what is the earth hour? Tau ke tak? Yang mana tau tu OK lah. Yang tak tau tu, ni nak bagitau sket. Earth Hour tu adalah kempen tutup lampu selama sejam @ 60 minit pada 1 hari setiap tahun. Untuk tahun ni, ia diadakan pd 27 Mac 2010 ( dah tak lama lagi tu... ) pd pukul 8.30 mlm. Jom sokong tutup lampu selama 1 jam. For me, ini tahun ke-2 join aktiviti ni. Menarik tau, seronok pon ada... Kat kawasan rumah ni masing2 bergelap. Ada yg keluar sambil pegang lilin, borak2 di halaman, ada yg tengok tv ( kamilah tu, tutup lampu jer, tv tak off pon... heheheh ) dan macam2 lagilah. Memang happening...

Kempen ini telah dianjurkan oleh WWF (World Wildlife Fund) dan dimulakan pada tahun 2007 di Australia. Ia adalah untuk menyokong kempen pemeliharaan & pemuliharaan hidupan liar sedunia. Sejak itu, ianya telah menjadi acara tahunan bagi setiap negara / negeri / pertubuhan / persatuan / organisasi / syarikat / kumpulan / orang perseorangan. Pada tahun 2009, sebanyak 4000 bandar dari 88 buah negara telah pun menyertai kempen tutup lampu ni. Nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI untuk global atau SINI untuk Malaysia.

Malaysia pula menyertai kempen ini bermula pada tahun lepas, 2009. Disamping itu juga, kita semua menyumbang kepada "electricity cost saving". Walau hanya sejam, kita dah boleh berjimat. Untung tak??? Walaupun nampak sedikit, ia sebenarnya memberi impak yang besar. Kempen ni sebenarnya mengajak kita untuk mengenali erti berjimat cermat. Berjimat dalam menggunakan sumber2 penting yg ada di bumi ini, agar generasi akan datang dapat merasainya jua...


***   Jom join Earth Hour 2010   ***

15.3.10

Oh telinga ku...


Hhhmmmm.... masuk ni 3 ari dah sakit telinga. Ada bengkak dlm telinga + ada nanah sket. Mak kata mungkin de bisul dlm telinga tu ( yer kerrr..... ntah ler.... ) tp memang perasan yg telinga sblh kiri ni besar sket dr telinga sblh kanan. Dah g jumpa doktor, doktor pun kata memang de bengkak kat telinga. So dia bg lah macam2 ubat untuk dimakan. Ari ni plak dapat MC 1 ari. Oh.... disebabkan bengkak ni, me pon jadik kurang pendengaran ( ala-ala pekak sekejap.... ). Wahai telinga ku yg sakit, bilalah ko nak sembuh???? Sakitnye tak leh nak diluahkan. Tido pon tak selesa... Baring tak selessa.... pendek kata, memang tak selesalah memanjang. Disebabkan laluan angin kat telinga ni tersumbat, maka bertambah lah tekanan dlm telinga ni...Ishhh cepatlah sembuh. Ya Allah, ko sembuhkanlah penyakit ku ini... Aminnnn...


p/s : nak pegi makan ubat ni. moga2 cepat sembuh... =)

13.3.10

Week 2 - I Just Love Good Smelling People

Wangi dan bersih, itu satu kemestian bagi diriku.... Walaupun dalam keadaan kerja yang padat, wangi dan bersih @ bersih dan wangi ini, tetap menjadi keutamaan. Ada ker orang yang tak suka wangi-wangian ni? Ada ker? Mesti lah takder kan... Semua suka wangi dan bersih. Sebab bau yang wangi dan berkeadaan bersih ini, amatlah disukai oleh semua golongan. Maka dengan itu, terbitlah rasa segar dari dalam diri (kalau bau badan kuat sangat, keadaan akan jadi tak selesa....). Nak buat kerja apa pon, pasti mudah dan selesa. Hati pun rasa tenang jerrrr......

TETAPI, ada juga yang tak ambil peduli dengan keadaan diri sendiri, bau badan kuat sangat lah..... Tak endah kan dengan bau badan sendiri. Sampai ada yg kena tegur dengan rakan sepejabat. Ye lah, baru masuk keje tapi badan bau macam kambing. Mana boleh tahan..... Bila ditegur, tak boleh nak terima. Melenting, marah....cakap kita ni suka jaga hal orang lain. Kita ni bukannyer apa, nak menasihat je tapi dah disalahertikan. Dikata nye kita ni suka jaga hal orang lain. Ada ke patutttt..... Susah kan mereka-mereka ni nak terima teguran.

Yang menegur tu pulak janganlah over. Tegur kat khalayak ramai akan menjatuhkan maruah orang lain. So kena tegur dengan cara yang berkhemah. Kalau rasa susah nak tegur orang yang macam ni, apa kata hadiah kan mereka dengan wangian dari adidas action 3. Wangian dalam bentuk semburan "body spray" ni ada lima jenis; control, intensive, pro level, sensitive dan fresh. Bungkus elok2, then hadiah kan pada target (yg de smelly odor tu...). Pasti penerima akan faham maksudnya... Cuma jangan terlalu berharap. Selalunya perubahan yang terjadi tu akan berlaku sedikit demi sedikit. Be patient!!!!


Hhmmm baguskan wangian ni. Kalau raser malas dah nak tepek minyak wangi, guna jer adidas body spray ni. Mudah dan senang, Cuma sembur pada bahagian bawah lengan @ ketiak kita. Masa nak sembur tu, agak2 lah, jangan sampai abis 1 botol plak. Guna lah dengan cermat dan berkhemah.

Me pon selalunya memastikan diri ini dalam keadaan segar, wangi dan bersih setiap hari. Taknak lah de bau-bau yang kurang  menyenangkan. For my husband, penggunaan body spray ni amat mudah dan praktikal.. Tak perlu lagi pakai deodorant. Kemana-mana cuma perlu bawa body spray jer.. Nak wangi lagi, sembur sket minyak wangi lah. So, that is why " I just love good smelling people " around me. Kita selesa, orang disekeliling kita bertambah-tambah lagi lah selesa dengan tiadanya bau badan yang kurang menyenangkan....

Jom sertai projek alpha ni. Nak senang, klik je pd fb badge kat bawah ni. Mudah kan...






Projek Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.



p/s : 1st time ni nak join nuffnang nyer projek alpha. Cam tak cayer jer... hehehehhe =)

11.3.10

SPM & STAM 2009 - Result announce today....

Haha.. yang ditunggu-tunggu telah pon tiba..... Ini dia harinya, Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM & STAM bagi tahun 2009. Berdebarnya raser.... dub..dub..dub.. Camner yer dapat result nanti??? Ok ke tak?? Risau lah.... hehehhehhheeee..... bukannya me yang nak amik keputusan ni, tp orang lain. Orang lain yang peksa, orang lain yang risau tak bersebab, hhhmmmm.... Bukannyer apa, sesajer je nak raser gementar cam maser amik result peksa dolu-dolu, tahun 1999. ( wah lama sudah daku meningglkan alam persekolahan kan... ). Maser tu takut giler, takut tak lulus peksa sbb maser trial spm, result cuma cukup2 makan jer... Panas telinga tadah bebelan mak abah. hhiiihiihii... La ni, adik ipar, adik sepupu, anak sedara & adik kawan yang peksa. Moga2 depa sumer dapat result OK, bolehlah teruskan sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi lagi. Jangan hampakan perasaan orang2 disekeliling kita.... Semoga berjaya!!!!

2.3.10

Citer hantu kat panggung


Citer seram ni dah kuar kat panggung... Saper dah tengok? Aper reaksi anda... Saya lom tengok lagi, tak berani nak tengok sensorang. My hubby dah ajak pi tengok citer ni dari minggu lepas lagi... Cuma lom de kata putus lagi. Promo giler2 hebat... Tunggu lah weekend ni ~> 50-50. Nak tengok ke tak yer....

B.O.R.I.N.G......

Boringnyer, takleh nak wat keje sangat arini... komputer kena serang dengan virus... ni bebudak IT tengah cuba fix and repair.... wei virus, apsal lah ko attack komputer aku nih... kan aku dah tak boleh nak wat keje... mengganggu betolll !!!!!!!.....
( heheheheh ni blogin gn pc opismate... )
There was an error in this gadget

:: Blogger