:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.5.11

Pernikahan Salih Yaacob & Emi

Salih Yaacob & Samihah Sheikh Ali


Majlis Pernikahan


Majlis Resepsi


Pic from Sinar.fm

30.5.11

Salma juara mentor 5

Salma, Juara Mentor 5 Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton



SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.

Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.

“Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir,” kata Salma dalam satu sidang media.

Selepas memenangi program yang turut disiarkan secara langsung di TV3 itu, secara automatik Salma akan bergelar artis di bawah stesen televisyen itu sebelum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

“Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian dan teringin untuk memiliki album sendiri. Dengan wang tunai yang saya dapat ini, mungkin saya akan merealisasikan impian saya.

“Saya juga merancang untuk membawa keluarga makan angin,” ujarnya lagi yang turut mengaku statusnya sebagai janda beranak satu.

Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda berusia lebih tiga tahun.

Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.

Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.


Sumber : mStar

29.5.11

Cuti sekolah adalah musim kerja kahwin

Cuti sekolah dah tiba..
Bermulalah musim kenduri-kendara..
Pakat-pakat pilih tarikh hari dan masa..
Agar kesesuaian sama dirasa..
Bakal pengantin tak gelisah..
Mak bapak tak gundah gulana..
Sedara mara pun selesa..



26.5.11

Movie marathon

Huhu.. Banyak dah senarai tayangan yang dok ada dalam senarai aku. Mungkin aku akan buat movie-marathon untuk 2-3 tayangan. Itu pun ikut kesempatan tapi biasanya 1 cerita jer dah tak larat tengok. Hahaa... Apa-apa pun, kesesuaian masa jadi taruhan. Yang mana sesuai dengan keadaan, yang itu jadi pilihan.

[ Pirates of Caribbean : On Stranger Tides ]
 
[ Nur Kasih The Movie ]
 
[ Fast & Furious 5 ]
 
[ Kungfu Panda 2 ]

[ X-Men First Class ]


Silalah pilih yang mana berkenan di hati..

Kaya anjing


Jutawan Malaysia pelihara 30 ekor anjing RM39.83 juta


KENNY LAI bergambar bersama seekor anjing baka Mastiff Tibet di penthouse miliknya di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Seorang jutawan Malaysia, Kenny Lai mungkin dianggap pencinta haiwan peliharaan paling mewah di Malaysia apabila memiliki 30 anjing baka Mastiff Tibet bernilai lebih £8 juta (RM39.8 juta), lapor sebuah akhbar dalam talian semalam.

Jutawan berkenaan sanggup menjelajah ke seluruh dunia bagi mencari baka yang 100 peratus tulen kerana haiwan tersebut dianggap sebagai raja segala anjing.

"Berdasarkan nilai pasaran terkini, 30 anjing yang saya miliki sekarang bernilai lebih dari £8 juta, "katanya seperti yang disiarkan di laman berita mailonline. Dia memelihara kesemua anjing di sebuah penthouse mewah miliknya di Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi apabila tempat peliharaan berkeluasan 5,000 meter persegi yang dilengkapi pendingin hawa dingin turut mempunyai pasukan penjaga, jurulatih dan doktor haiwan bagi merawat anjing tersebut.

Penakluk agung, Genghis Khan bersama angkatan tenteranya menggunakan 30,000 haiwan tersebut ketika cuba menakluk Eropah Barat.

Penduduk tempatan percaya anjing itu memiliki roh sami-sami yang tidak cukup baik dijelmakan sebagai manusia atau untuk ke syurga.

Dia pada mulanya membeli sembilan anjing itu pada harga £3.2 juta (RM15.95 juta) sebelum membiaknya.

Di United Kingdom, anjing tersebut bernilai di antara £850 (RM4,238) dan £1,000 (RM4,986) bagi setiap seekor anak haiwan itu. - Agensi


Sumber : Kosmo

25.5.11

Baru ku tahu..

Selalu bila bosan-boring buat kerja, aku akan lepak-lepak sekejap dengan kakak 'tea-lady' untuk mengurangkan tensen. Tapi bukan dia sorang lah, dengan orang lain pun aku berbual jugak. Dengan rakan se-opis, dengan supervisor cleaner, dengan tukang kebun.. Nak kata aku ni peramah, tak lah sangat tapi bila jumpa diorang-diorang ni, melepak ler sekejap.

Semalam pulak aku lepak dengan sorang pakcik ni. Berbual tentang cuaca yang panas, dan aku pun ada tercakap yang 'kadang-kadang bila badan panas sangat, malam-malam pun aku mandi'. Tiba-tiba pakcik tu buat muka terkejut sambil cakap 'kenapa mandi malam-malam, tak elok untuk badan..'

Dia pun bukak cerita.... Selalu sangat mandi malam boleh mengundang stroke/angin ahmar dan paru-paru berair. Tang paru-paru berair - aku memang dah tau. Tang kena stroke/angin ahmar tu, selain kerap mandi malam - kalau kita kerap sangat masuk bila masuk bilik air @ toilet tu salah satu penyebabnya.

Mula-mula tak percaya jugak, tapi bila pakcik tu cerita lebih lagi - kebanyakan orang yang kena stroke/angin ahmar penyebab dia jatuh dalam bilik air. Seeeee......ada kaitan kan dengan terlalu kerap ke bilik air - memang baru ku tahu penyebab 'jatuh_bilik_air - angin_ahmar'

Jadi aku nak nasihatkan kat korang-korang semua termasuk diri aku ni jugak ( yang agak-rajin mandi malam ) supaya :
  1. Kurangkan mandi malam
  2. Kurangkan masuk bilik air/toilet selepas Isyak

Bersamalah kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.

24.5.11

SUPER JUNIOR-M @ Presint 3, Putrajaya



    SUPER JUNIOR-M kat Hari Belia Negara 2011  
  Persembahan percuma untuk semua yang hadir.. 

 


Nak tau lain-lain info, klik sini --> KBS


Kerja baru


Kerja Baru...!!!

Sejak awal tahun 2011 ni ramai dah kawan-kawan opis aku yang dah berhenti kerja. Ada yang balik kampung ( jaga orang tua ), ada yang dapat kerja baru ( kerja lagi bagus, gaji lagi besar ), bagi yang dah kahwin - berhenti dan pindah ikut suami, ada yang sambung belajar lagi ( amik master, phd, degree.. ).

Dan yang ramainya pindah tentulah yang dapat kerja baru dengan dapat gaji besar. Ada juga yang dapat kerja kerajaan. Untung diorang semua, rezeki di tempat baru.. rezeki masing-masing kannn...

Aku ni jugak yang masih berada kat kilang lama yang sama - alhamdulillah dah masuk tahun ke-4 aku bertahan kerja kat sini. Kilang aku ni memang gaji ada kechik sikit dari kilang lain ( kiranya gaji tu tak berapa nak ikut 'market' kerja sekarang ) tapinya aku selesa kerja kat sini.

Kat kilang aku ni - ruang kerja yang agak selesa, cara kerja yang bersesuaian, kebajikan pekerja terjamin, aktiviti sosial yang menarik untuk pekerja, bebas member pendapat dan bebas bergaul dengan rakan sekerja selagi tidak melepasi bata-batas sebagai 'pekerja kilang'.

Aku harap agar dapat bertahan lebih lama kerja di sini. Dah malas dah nak cari kerja di tempat lain. Tak larat nak ber-temuduga lah..

5S - Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke

Elements of 5S.

5S comprises 5 simple steps:
  1. Seiri: Sorting out. Remove unnecessary items as appropriate.
  2. Seiton: Systematic arrangement. Prefix a place for every thing and put every thing in place.
  3. Seiso: Spic and span. Cleaning not for beautification alone but with a sense of purpose.
  4. Seiketsu: Serene atmosphere/sanitizing. Environmental cleanliness. Standardization. Develop standards/evaluation criteria.
  5. Shitsuke: Self discipline/training. Create awareness of all 4Ss and train to implement.

23.5.11

7 jenazah



Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat.

Foto:Chua Kok Hwa/THE STAR

22.5.11

Sepatu Merah 1st Giveaway


Bonuslink dan shell



Seminggu yang lepas aku dapat info/gambar sebelah ni dari email. Sebagai ahli bonuslink-yang-setia ( padahal nak kutip point jer.. ), 'kami' digalakkan untuk membeli minyak di stesen minyak Shell.

'100 point tambahan akan diberikan sekiranya mengepam sebanyak RM100 atau lebih sepanjang tempoh promosi'..

Tempoh promosi adalah dari 1/Mei/11 - 30/Jun/11.

Satu taktik licik untuk menarik minat pengguna. Dan aku antara pengguna yang tertarik dengan iklan sebegini.. hahahhaha... =)

Mari ramai-rami kita isi minyak kat stesen minyak shell.

19.5.11

Exora

Exora test drive.. pasti mantap kan..#allaboutexora! Get your Test Drive session today!

iPad to make calls?

iPad to make calls? No roaming charges? Join 'Say YES. Win Big' to get urself an iPad! #YES4G

ADT for a good night's sleep.

Are you always on your toes for sounds at night? Get #ADT & get a good night's sleep.

18.5.11

McChicken dan makan malam


Nampak gambar burger ni.. sedap kan. Apatah lagi kalau percuma. Hari ni nyer makan malam, kami makan burger mcD - McChicken.

Dapat kupon mcd dari facebook dengan website mcd. Beli satu a-la-carte burger ni, leh dapat 1 lagi percuma. Cuma bayar RM6.45 untuk 2 burger... boleh kata murah kannnn.....

So ini malam kita makan mcChicken saja. Aku redeem sampai 3 kupon tau.. Sapa-sapa lagi yang nak, boleh print out kupon ni, hitam putih pun ok gak. Cepat-cepat, promosi sampai tengah malam ni sahaja ( 18/5/11 - 12 tgh mlm ).

Sekian.....

10 Sebab Malaysia Destinasi Tepat Untuk Melabur

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyenaraikan 10 sebab Malaysia merupakan tempat yang tepat untuk melabur, dengan berkata kini masa yang sesuai untuk berbuat demikian memandangkan ekonomi semakin meningkat.

Berucap kepada pelabur-pelabur Amerika Syarikat pada Forum "Invest Malaysia New York 2011" yang berlangsung di Bursa Saham New York, Perdana Menteri berkata negara mempunyai kekuatan ekonomi dalam kepelbagaiannya, dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

"Sekiranya kami terus bersaing dalam ekonomi global baru, kami perlu menjadikan sebahagian besar bakat di kalangan rakyat kami dan bukan hanya sebahagian daripada mereka...bangsa Melayu, Cina dan India adalah sama dan bersatu dalam semangat 1Malaysia bagi membolehkan setiap orang memainkan peranan masing-masing.

"Sebagaimana masyarakat pelbagai imigran dengan budaya berbeza di Amerika yang menjadi sumber keteguhan, saya yakin terdapat kekuatan dalam kepelbagaian Malaysia," kata beliau pada pelancaran berkenaan yang dihadiri 363 bakal pelabur.

Keduanya, Najib merujuk kepada semangat dalam bidang perniagaan yang memacu negara dan berkata 10 ketua syarikat paling berjaya termasuk Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, yang dibawa bersama dalam misi ke New York itu.

Axiata, kata beliau, mempunyai lebih 150 juta pelanggan mudah alih yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1.5 bilion orang di 10 negara dan Malayan Banking Bhd serta CIMB Bhd, dua daripada lima kumpulan perbankan utama Asean juga semakin kukuh di rantau berkenaan.

"Mereka hanya beberapa daripada banyak syarikat Malaysia yang kukuh di Asean dan melangkauinya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib juga menjelaskan kepada mereka yang hadir bahawa hubungan sejarah Malaysia dengan China, India dan Timur Tengah bermakna negara dapat melibatkan diri dengan pusat pertumbuhan ekonomi baru muncul itu dan serentak dengan mengadakan jalinan dengan barat.

Ini, kata beliau, adalah sebab kenapa lebih 5,000 syarikat dari lebih 60 negara menubuhkan pangkalan di Malaysia, dan menambah yang negara menjadi lokasi lebih 160 ibu pejabat operasi, 209 pusat pemerolehan antarabangsa, 19 pusat pengedaran serantau dan angka ini bersedia untuk berkembang.

"Melabur di Malaysia, anda akan mendapat seluruh Asia," kata beliau.

Keempatnya, Najib berkata Malaysia akan terus meliberalisasikan perkhidmatan utama selain daripada meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan yang diumumkan dua tahun lepas.

Najib berkata beliau menjangka sektor perkhidmatan, tidak termasuk perkhidmatan kerajaan, akan berkembang lebih tujuh peratus setahun sehingga 2015, meningkatkan sumbanganya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 61 peratus.

Perdana Menteri juga memaklumkan pelabur AS bahawa "Kerajaan mengetahui yang terbaik" telah berlalu dan menjadi sebab kenapa beliau mengadakan Program Transformasi Kerajaan atau GTP.

"Sasarannya untuk menjadikan penyampaian kerajaan bagi perkhidmatan awam lebih efektif dan bagi menggerakkan Malaysia ke hadapan untuk menjadikannya maju, bersatu dan masyarakat saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua," kata beliau.

Walaupun bukan mudah, Najib berkata GTP telah menunjukkan hasil sebenar, dengan memberi contoh laman web My Procurement yang meningkatkan tahap ketelusan di mana butir-butir pembida yang berjaya bagi 3,500 kontrak kerajaan kini disenaraikan dalam talian.

Tambahan pula, kata Perdana Menteri, ekonomi juga melalui transformasi dengan memberi menyebut 12 bidang utama yang telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengadakan 131 Projek Permulaan (EPP) bagi memulakan pembangunan di seluruh sektor.

Dalam hanya enam bulan, Najib berkata kerajaan telah melancarkan 72 projek dan inisiatif dalam 54 EPP berasingan manakala komitmen pelaburan setakat ini berjumlah lebih US$35 bilion dan dijangka mewujudkan hampir 298,000 pekerjaan dalam masa 10 tahun akan datang.

Najib berkata alasan ketujuh ialah aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam industri Malaysia yang mencatatkan rekod, di mana pelaburan asing dalam projek yang diluluskan hampir US$10 bilion, kenaikan hampir 32 peratus.

Sumber terbesar pelaburan asing ialah Amerika Syarikat dan corak pertumbuhan FDI dilihat berterusan pada 2011.

Perkara kelapan yang disentuh Najib ialah mengenai peningkatan dana asing dalam pasaran modal Malaysia, dan berkata prestasi hebat Bursa Malaysia pada 7 Jan, 2011, apabila penunjuk pasaran utama, FBM KLCI, mencecah 1,572.21 mata, paras tertinggi sejak 1998.

Najib berkata unjuran oleh Barclays Capital menyatakan peningkatan status pasaran modal Malaysia daripada "sekunder" kepada "baru muncul maju", bulan depan, akan menarik sehingga US$3 bilion dalam aliran masuk modal baru dan menaikkan kedudukan Malaysia dalam indeks antarabangsa.

Semasa mengulas lanjut, Najib berkata pelabur-pelabur seharusnya memanfaatkan Asean, yang mempunyai lebih 600 juta rakyat, manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dijangka pada purata enam peratus setahun.

"Jika Asean merupakan negara tunggal, ia akan bernilai US$2 trilion, dan pada kedudukan ekonomi kesembilan terbesar dalam dunia dan ketiga terbesar di Asia.

"Saya telah memberikan sembilan alasan yang menarik kenapa Malaysia merupakan tempat yang tepat untuk melabur. Alasan kesepuluh saya agak mudah, sekarang ini - kini peluang anda untuk memulakan usaha teroka," kata Najib.

Dengan memberi contoh keputusan radikal usahawan terkenal Henry Ford untuk membayar lebih kepada pekerjanya dengan pelbagai kemelut yang ditempuhi syarikat untuk menjadi syarikat automobil yang besar, Najib berkata beliau berazam untuk membawa perubahan yang diperlukan negara bagi memacu transformasinya.

"Kami berazam untuk membangunkan dan melaksanakan, apabila anda melabur dalam program transformasi Malaysia, anda akan memperoleh lebih US$440 bilion dalam peluang," kata Najib. - BERNAMA


Sumber : Kosmo

Sesak

 
 
BILA TOL PERCUMA...
 
Kenderaan ke arah Petaling Jaya terperangkap dalam kesesakan selepas kerajaan memansuhkan kutipan plaza tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) di Kuala Lumpur pada Rabu. Sejak 16 Mei lalu, pemansuhan kutipan tol berharga 50 sen diharap memberi kelegaan kepada kira-kira 100 ribu pengguna lebuhraya tersebut. Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kerajaan mengambil kira beban rakyat apabila membuat keputusan untuk memansuhkan tol itu tujuh tahun lebih awal daipada perjanjian konsesi yang sepatutnya tamat pada 13 Mei 2018. - Foto BERNAMA
 
 
Sumber : Kosmo

17.5.11

Sunsilk Perfectionista




Rahmat

Selamat cuti semua..
Sekarang ni di JB sedang hujan..
Rahmat dari Allah swt, memberi rezeki kepada hamba-hambaNya..

4 hari cuti

Kalau orang lain cuti cuma 2 ( sabtu, ahad ) + 1 ( wesak day ), aku punya 4 hari terus.. Haha.. kiranya aku cuti panjang lah ni ( lebih 1 hari jer punn... ), kengkawan di opis sila jangan jeles yer..

Apa aku buat dalam 4 hari ni..???

Hari Sabtu
Berjejak-kasihan dengan kakak-ipar yang datang dari Sinagpura. Dah lama tak jumpa dia, haruslah borak lama-lama.


Hari Ahad
Meronda dengan kakak-ipar. Dia ajak tengok tapak umah lama dia - layan kannnn..

Hari Isnin
  1. Bawak adik buat KPT 12 tahun
  2. Bawak abah amik ubat kat Poliklinik HSA dengan bukak akaun tabung haji
  3. Hubby buat MYKAD baru sebab MYKAD dia rosak - lencun-rosak kena hujan
  4. Aku buat surat beranak baru - yang lama missing-in-action

Hari Selasa
Cuti am sempena Hari Wesak. Aku je lah yang cuti, hubby keje. Company dia takde Cina/India so takde lah cuti. Tunggu raya puasa/korban - baru dapat cuti lama.


Walaupun cuti lama, bukanlah melepak kat umah saja.. Dok keluar manjang. Jadi hari ini, nak rehat sepuas-puasnya.. =)

iPhone4 in white - cool..


14 days challenge


16.5.11

Take my heart

Selamat Hari Guru 2011


Selamat Hari Guru
2011

Kepada semua warga pendidik di bumi Malaysia.
Sentiasalah bersemangat untuk mendidik anak bangsa mu..

13.5.11

You got me

12.5.11

Kerja aku

Sekarang ni, tiap-tiap hari ada je kejenyer...

Dah tak larat nak settle.

Joblist pun dah manjang jer penuh, tu belum kira yang pending lagi.

Tak terkata banyak lah.

Andai ada 1 job yang aku dah misplace, memang menggagau-gagau ler mencarik.

Aku rasa meja aku ni dah penuh dengan segala macam dokumen, bertimbun-timbun jugak lar....

Dah sediakan fail - fail pun dah penuh.

Dari fail kecik - aku guna fail besar pulak - pun penuh jugak.

Hishhh tak tau nak buat camna lagi.

Ni aku tawakkal je menghabiskan kerja sebelum hujung hari Jumaat.

Harapnya, takde lah aku 'carry-forward' keje minggu ni ke minggu depan.

Tak larat weiii...







** Huhu.. badan dah penat, otak dah letih, mata dah kuyu, kakitangan dah lembik..

11.5.11

ISLAM agama rasmi Malaysia

Terima Hakikat Islam Agama Rasmi Negara - Najib


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua pihak harus menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain.

"Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam di sini Rabu.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Najib berkata dalam pertemuan selama sejam dengan pemimpin dan cendekiawan Islam itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan termasuk isu "menukar" agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sememangnya berjumpa dengan pemimpin Islam dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang ini amat penting saya berjumpa dengan kumpulan ini dan sekali lagi kita bincang atas isu ini dan juga atas perkara-perkara yang lain," katanya.

Katanya di dalam pertemuan itu pemimpin dan cendekiawan Islam itu juga bersependapat bahawa adalah penting untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak mestilah membendung perasaan emosi untuk tidak membuat apa jua perkara yang mengganggu gugat keamanan dan keharmonian serta kesejahteraan negara ini.

"Mereka juga sependapat mahukan rakyat diberi satu jaminan supaya menyerahkan perkara ini kepada pihak kerajaan untuk menanganinya dengan penuh kebijaksanaan dengan hikmahnya tanpa membiarkan isu ini menjadi satu yang boleh merosakkan apa yang telah kita bina dalam negara kita terutama sekali keharmonian antara agama," katanya.

Ditanya bentuk tindakan terhadap pihak yang akan terus mengeksploitasikan isu tersebut, Najib berkata: "Yang pertamanya, kalau mereka nak buat apapun, ia tidak akan dapat mengubah hakikat (Islam sebagai agama rasmi negara). Realiti (itu) tak boleh diubah."

Katanya pihak berkuasa juga tentunya boleh mengambil tindakan kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu ini sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

"Kita tidak mahu sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara, sebab yang paling penting sekali adalah keamanan dan keharmonian negara kita," katanya.

Menjawab satu soalan sama ada saranan itu dibuat hanya kepada pemimpin tertentu, Najib berkata: "Saranan adalah kepada semua pihak bahawa kita mesti menolak kefahaman yang keterlaluan dan ekstrem. Tidak kira (mana-mana pihak)."

Najib berkata keharmonian dan keamanan di Malaysia telah menjadikan ia sebagai model sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh ramai pihak di luar negara dan ia harus dikekalkan.- BERNAMA


Sumber : mStar

10.5.11

Harga gula naik 20sen menjadi RM2.30/kg

Harga gula naik 20 sen


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) semalam.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, MPEN menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya, harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).


Sumber : Kosmo

8.5.11

Selamat Hari Ibu 2011

Selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini. Bukan hari ini sahaja hari ibu, tapi setiap hari adalah hari ibu juga hari kasih sayang.

Duhai IBU jasa dan pengorbananmu tidak ternilai harganya..

6.5.11

Terbaru

Sultan Kelantan sedia untuk berkahwin


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Dalam satu sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini kelmarin bagi mengumumkan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin.

Sambil tersenyum baginda, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

Sultan Muhammad, 42, yang membahasakan diri baginda sebagai 'saya' atau 'kita', berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir dengan berkat doa Tok Guru (Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat), datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah (perkahwinan) akan berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad yang dimasyhurkan pada 13 September tahun lepas menggantikan bapa baginda, Sultan Ismail Petra, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Sebelum ini baginda pernah mendirikan perkahwinan dengan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, namun tidak dikurniakan cahaya mata. - Bernama.


Sumber : Kosmo

5.5.11

THOR de movie


THOR - Courage is Immortal


Balik kerja semalam, sempat singgah TGV Tebrau City sebab nak tengok cerita ni. Mula-mula tengok cam bosan tapi bertukar menjadi menarik dan hebat. Memang dah rasa mengantuk tau mula-mula tu. Nasib baik kejap je part bosan, masuk part aksi terus mata tak lepas pandang skrin.

Aksi-aksi dalam cerita ni memang hebat. Menarik sangat... Tak sedar pun dah 2 jam duk dalam panggung. Memang cerita yang hebat.

Pada yang belum tengok cerita ni, aku cadangkan korang pegi tengok. Memang berbaloi.

Aku bagi

Redmummy pregnant lah..

Aku baru tau ni, yang kak Red pregnant tau.. ---> Red baby is coming.. :)

Tahniah kak. Bertambah seorang lagi ahli keluarga akak.
Jaga diri, jaga kesihatan elok-elok tau...
=)

BERHENTI.. jangan jadi penyibuk..!!!



  BERHENTI !!! 


Sudah-sudah lah jadi 'annoying person' kat dalam opis ni. Bosanlah aku tengok perangai kau. Naik menyampah pun ada. Takyah lah nak berlagak sangat. Tak perlu nak jadi 'tukang komen' bila orang lain tengah berbual. Menyibuk jer..

3.5.11

Lagi berita tentang kematian Osama Laden

Banyak benar cerita tentang kematian Osama Laden dalam suratkhabar. Masih ada rasa tak percaya dalam diri ini. Betulker berita kematian ini? ( Kematian - wajarkah dipermain-mainkan... ). Tiada bukti yang sahih menunjukkan tentang kematian Osama Laden ( sekadar menyebut tentang kematian - tiada bukti ).

Terpulang pada diri masing-masing nak mempercayainya..


Lagi berita tentang kematian Osama :

2.5.11

Kematian Osama Laden




Diberitakan bahawa OSAMA LADEN telah terbunuh..


p/s : Pic from Yahoo

1.5.11

Hari Perkerja

Selamat Hari Pekerja
2011
There was an error in this gadget

:: Blogger