:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.7.11

Boring dengan kerja



Sungguh lah boring bosannn...
Dari tadi lagi rasa letih dan ngantuk sangat..
Walau hari ini hari Jumaat, tak pula nak rasa keseronokan hari terakhir kkerja untuk minggu ini..
Dah tak sabar nak tunggu waktu habis ( walau kerja yang ada semakin banyak )..
Dah tak sabar nak balik rumah berehat-rehat..
Wahai kerja, bilalah ko nak "surut" nih,,

27.7.11

WW #10 - My nephew wedding (Selamat Pengantin Baru)

WW #9 - Ole-ole dari Jepun

WW #8 - Ole-ole dari Bali

WW #7 - Makan

26.7.11

Kecoh cincin 24 juta

 

Ni dalam opis aku tengah kecoh yang Datin Rosmah Mansor beli cincin harga juta-juta.. 24 juta katanya.. Tak tau nak percaya ke idak. Khabar angin yang tak tahu betul atau tidak. Adakah fitnah semata-mata atau sebaliknya.

Propaganda apakah..??

SPRM sila jalankan tugas anda. Periksalah kebenaran berita ini. Jangan tutup mata dan pekakkan telinga. Kalau betul dia beli dengan DUIT dia sendiri, itu tak jadi hal.

Tapi kalau beli guna duit rakyat - itu PENINDASAN namanya. Dengan nilai yang sebegitu tinggi, mampu untuk membantu orang-orang miskin yang ada kat Malaysia ni.

Wahai orang kerajaan - SILA JANGAN SALAH GUNA DUIT RAKYAT...


[ Inilah cincin yang diperkatakan itu.. ]

Nak tau lagi, korang boleh google sendiri info ni.
Tepuk dada tanya iman..

Tarikh lihat anak bulan

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling,Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. -Bernama


Sumber : Sinar Harian

Countdown to Ramadan


Menghitung hari..
Detik demi detik..
Menunggu Ramadan yang bakal menjelma..

25.7.11

Waktu Imsak dan berbuka bagi Negeri Johor



Kepada semua muslimin dan muslimat di negeri Johor, di sini saya ingin kongsikan maklumat untuk waktu imsak dan waktu berbuka bagi bulan Ramadan yang bakal menjelma.

Sila besarkan gambar untuk maklumat yang lebih jelas.
Dialu-alukan untuk print-out sebagai panduan bersama.

Syaaban dan kelebihannya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
 

Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
 
Sabda Nabi s.a.w.:
Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
 
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan ( terlepas ) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
 
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
 
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.
 
Sabda Nabi s.a.w.:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan ( menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa ( jasmani dan rohani ).
 
Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
 
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
 
Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
 
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
 
Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban
Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban). Apa pentingnya Nisfu syaaban? Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu Syaaban menurut hadis :
  1. Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  2. Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.
  3. Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.
  4. Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.
  5. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)
 
Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan.

Antaranya disebut dalam kitab-kitab :
  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.
  • Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
  • Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
 
Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya. Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:- Angkat kepala mu ke langit, tulah malam yang dibukakan pintu langit.
 
Sabda Nabi s.a.w:-
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)
 
Sabdanya lagi:-
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman:" Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)
 
Tersebut dalam kitab A-Barokah:-
Bahawa jin,burung,binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
 
Tersebut dalam kitab Iq'na:-
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:-
 
Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka segala pintu Syurga.
 
Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.
  • Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.
  • Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
  • Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
  • Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
  • Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.
  • Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
  • Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu. dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-
 
Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:-
 
Sehingga naik fajar subuh.
 
Dan katanya lagi :-
 
Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)
 
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
 
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Ahad malam Isnin)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.... Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
 
Baca doa nisfu Sya'ab! an (ada didalam Yasin Majmuk)
 
3. Baca surah ikhlas 1000x
 
4. Berpuasa pada siangnya (Isnin)
 
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
 
Antaranya yg termasyhur adalah:
  1. Malam Dimustajabkan Doa
  2. Malam Pembahagian Takdir
  3. Malam Rahmat
  4. Malam Berkat
  5. Malam Pengampunan (Taubat)
  6. Malam Penebusan
  7. Malam Syafaat
  8. Malam Penulisan
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
  10. Malam Rezeki
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat
  12. Malam Penghidupan
 
Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? ! setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat.
 
Sabda Nabi s.a.w: " Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10."
(Hadis Riwayat Tirmizi)
 
Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada! hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya."
(Hadis Riwayat Muslim)
 
Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin amin ya rabbal alamin.



# Sumber dari internet

22.7.11

Hujung minggu ini


Tak sabar nak tunggu hari Ahad tau..

Kenapa yek..??

Sebab ada - Family Telematch ( ala-ala hari keluarga gitu... )

Mesti seronok kan...

Bergumbira sambil merehatkan hati yang lara..

JUJUR dan IKHLAS


  J  U  J  U  R 


Dalam hidup perlu jujur.
Tanpa kejujuran hidup tiada maknanya.

Jujur dalam persahabatan.
Jujur dalam pergaulan.
Jujur dalam percakapan.
Jujur dalam pekerjaan.
Dan yang paling penting kena JUJUR dengan diri sendiri.

Tambah sikit...
Kalau dah jujur tu kenalah ada IKHLAS nya.
Sebab jujur dan ikhlas adalah kunci dalam kehidupan.

It's Friday



Oh yeahhhh...

Hari ini hari Jumaat.

Kena cepat-cepat siapkan kerja.

Nak bercuti di hujung minggu dengan gembiranya. =)

21.7.11

Khamis

Assalamualaikum..
Selamat petang..



Alhamdulillah sempat jugak menyinggah blog petang hari ni. pagi-pagi tadi sibuk memanjang sampai tak sempat nak jengah blok walau sekejap ( hahaha..sibuk ngalahkan menteri pulak ).

Keje yang masuk banyak sangat. Tak terkejar dek jari-jari halus ku ini... Eh tak semua busy, ada gak yang buat-buat busy tau... hehehhheeeee..

Ini pun nasib baik sempat, kalau tidak tak taulah bila lagi nak jengah blog.

Eh nak berkemas, nak balik umah. Nanti sambung lagi dari umah.
Cau..cin..cau..

20.7.11

WW #6 - Main air di Desaru (2007)

WW #5 - Mee Bandung Muorrrrrr....Sedap gilerrr...

19.7.11

Drama J.U.V.A.N.A


Dah berakhir pun kisah JUVANA ini.
Drama yang ditunggu-tunggu setiap hari Isnin pukul 9.00 malam di TV3.

18.7.11

Malaysia pusat pengeluaran Blackberry


Malaysia proses pengeluaran Blackberry Curve 3G untuk Asia Pacifik.

Baca berita kat SINI.

Yok makan berger mcd lagi.
Double cheeseburger tu.
Sila print kupon ni banyak.
Dan makan sampai muntah.


Masa terhad
18 ~ 20 Julai
Isnin, selasa, rabu.

11 yang unik

11 - 11 - 11
11 November @ Jumaat

20 - 11 - 2011
20 November @ Ahad

Tarikh-tarikh penting lagi unik.
Akan tercipta sejarah pada 11 yang unik.

1st giveaway @ lindarosman.com


Sakit lengan



Assalamualaikum

Selamat pagi Isnin

Hari ni mood tak berapa nak elok sebab aku tengah sakit lengan.
Dari semalam pagi lagi lengan ni dah sakit.
Korang pernah rasa tak?

Rasa sungguh tak selesa tau sebab macam-macam rasa ada kat lengan ni - lenguh, sengal, berat, macam-macam lagi lah..
Rasa sakit sangat selagi keadaan ni tak kembali kepada asal tau..
Nak buat kerja kat opis pun tak de mood..

15.7.11

APM 2011 Singapura


Anugerah Planet Muzik 2011

Jumaat
15 Julai 2011
9.00 malam

Live telecast from Suria Channel Singapore..

13.7.11

WW #4 - Aku suka







 




Perspektif

Muka ganas...
Hati kiut..


Kenyataan tak boleh blah.
Perspektif orang memang tak sama.
Setiap orang punya pandangan masing-masing.


Muka ganas, belum tentu dia jahat.

Muka cantik, belum tentu hati baik.

Baik tingkahlaku, tak semestinya baik budi pekerti.

Buruk perangai, tak semestinya teruk amalannya.


Jangan cepat melatah.
Jangan cepat menghukum orang lain.
Kaji tingkahlakunya, kenal budi pekertinya.
Baru boleh 'jatuhkan hukuman'.

Malaysia tidak gentar berdepan dengan Arsenal

Malaysia tidak gentar


BERDEPAN bintang-bintang Arsenal bertaraf dunia bukan bermakna para pemain skuad bola sepak kebangsaan tidak berupaya untuk menandingi kehebatan mereka di atas padang.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim melaungkan keyakinan untuk memastikan tentangan hebat diberi kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

“Walaupun mereka (pemain Arsenal) semuanya berstatus bintang dunia tetapi itu tidak bermakna kita tak mampu menandingi mereka.

“Apa yang diharapkan esok (hari ini) ialah supaya kami dapat mencipta satu kejutan.

“Peluang ini bukan senang nak dapat. Tak semua pemain dapat peluang seperti ini dan harap rakan-rakan sepasukan memanfaatkannya,” kata Safiq ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.

Safiq, 24, yang bakal mengemudi jentera tengah sku- ad kebangsaan sama ada bersama Amar Rohidan atau Shakir Shaari, kini berada pada prestasi terbaik.

Pada dua aksi terakhir bersama skuad kebangsaan iaitu bertemu Taiwan pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014, Safiq telah menjaringkan satu gol pada aksi pertama di Bukit Jalil dan aksi kedua di Taipei.

“Saya berharap dapat bela- jar sesuatu apabila berdepan lawan kuat seperti Arsenal ini. Kami akan cuba yang terbaik dan kalau ada rezeki saya mahu menjaringkan gol,” jelas pemain tengah Selangor itu.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terpaksa menyimpan suaranya untuk memberi arahan sepanjang 90 minit perlawanan malam ini setelah mengalami masalah sakit tekak semalam.

“Tak kisahlah (jika Arsenal memandang rendah). Yang penting saya mahu pemain beraksi dengan baik dan dari situ nanti barulah kita akan mendapat pengiktirafan dari- pada Arsene Wenger (pengurus Arsenal).

“Buat para penyokong yang akan ke stadium, harap semua rakyat Malaysia memberikan sokongan padu sambil hadir dengan memakai jersi Malaysia sama ada kuning atau biru,” kata Rajagobal.


Sumber : Kosmo

Tak tahu


Kadangkala aku kelu.
Kadangkala aku kaku.
Kadangkala aku lesu.
Kadangkala aku tak tahu...

Kerna adakalanya aku tak tahu apa yang nak diceritakan.
Hati sangat sedih bila fikiran kosong.
Dan blog terbiar sepi.
Kepenatan dengan kerja seharian membuatkan aku tak mampu untuk berlamaan menghadap blog.

11.7.11

Double cheeseburger pulakkk..



Jom kita makan mcd sampai muntah.
Kepada para peminat double cheeseburger, silalah print kupon ni dan tebus di mcd yang berdekatan anda.

Beli 1 dapat 1 lagi percuma.
( burger sahaja tau, fries dengan air harga lain )

Promo : 11 - 13 Julai 2011

Salam Isnin

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin..

Hari ni pagi-pagi datang opis terus check email dengan blog. Huhu..semalam dan malam tadi tak sempat nak check sebab keluar ronda-ronda dengan opismate ke Muar, Batu Pahat dan Ayer Hitam. Kira ni baru sempat nak update blog.


12 jam perjalanan semalam
JB - Muar - Batu Pahat - Ayer Hitam - Machap - JB

Keluar dari rumah terus ke hostel budak opis dalam kol 9 pagi, gerak dalam kol 10 pagi.
Terus ke Muar sebab nak makan Mee Bandung Muar yang sedap.

Dalam perjalanan ke Batu Pahat, singgah kat sebuah masjid untuk solat dan berehat sekejap.
Pastu gerak ke Batu Pahat pulak. Kat sana kitorang makan Nasi Beriyani Md Shah dan main bowling kat Pacific Bowl dalam bangunan BP mall.

Next gerak ke Ayer Hitam pulak. Dalam perjalanan ke sana, singgah kat tepi jalan untuk makan durian. Sedap tau durian kat sana.
Pastu sambung perjalanan ke Ayer Hitam - cuci mata tengok barang-barang yang ada kat situ. Nasib baik poket kering, takdan nak shopping banyak. Kalau tidak, haruslah borong banyak barang kat sana. Cuma dapat beli bantal peluk dengan mangkuk tembikar jer.
Bantak peluk aku punya, yang mangkuk tembikar tu bapak aku kirim suruh belikan. Nak bagi mak aku katanya. Sweet kannn....

Dah puas jalan-jalan situ, terus gerak balik ke JB.
Kali ni singgah plak kat R&R Machap untuk solat, berehat dan minum-minum.
Dah selesai semua teruskan perjalanan balik ke JB.
Akhirnya, dekat-dekat kol 10 baru sampai.

Aku tunggu hubby datang hostel amik aku. Balik umah terus kemas-kemas barang yang ada. Bersihkan badan sikit dan tidurrrrrrrrrrrrr..........
Ni pun masih tak hilang lagi penat berjalan semalam.
Ikutkan hati nak je cuti hari ni, tapi keje banyak so tak mungkinnnnnnnnnnnn nak cuti kann....


# Daytrip yang sangat puas.. Dah lama tak melepak dengan rakan sekerja tau.. =)

Giveaway fridge magnet from daydeck86


9.7.11

Salam sabtu

Assalamualaikum..
Selamat Sabtu..

Hari ni bersiaran dari umah family sebab malam tadi tidor sini. Sayangnya tak bawak laptop pulak netbook comel kita tu, jadinya ni meminjam laptop adik untuk ronggeng kat internet.

Apa yang seronok pagi-pagi ni yer.....

Sekarang kedaan aman sahaja. Takde lah bunyi bising kenderaan yang banyak kat higway pasir gudang ni. Kalau semalam, ya ampun...penuh kenderaan, sesak yang amat. Ni semua gara-gara BERSIH tu lah... Tapi pak polisi masih lagi berkeliaran di sana sini. Buat semak mata jer... hahahahaha....

Oh sekarang ni tengah tengok cerita "Sergeant Hassan" ( sebut dengan slang inggeris yerr... ) kat saluran astro prima. Dah datang permas, sudah tentulah ber'Astro' kita ni. Menggodek semua siaran mana yang sempat tengok.

Kat sini je lah dapat tengok siaran astro, kat umah sendiri memang tak pasang lah. Pepagi kuar umah, malam baru balik - rasa rugi plak nak langgan astro ni. Lagipulak siaran tv yang ada sekarang pun dah cukup banyak - malaysia + singapura. Kan banyak tu... eh eh, tambah sikit siaran indonesia pada waktu malam sahaja...

Hubby tak berapa minat bola, dia biasa-biasa aja. Kenapa...?? Dia lebih suka tengok movie/cerita inggeris kat channel 5 singapore tu. Tu sebab utama untuk tak langgan astro. Menjimatkan duit poket bulanannnn...


# Nak bersiap-siap sekejap. Nak ke giant - memborong langsir dan kain baju..

Malam indah

Malam yang indah lagi hening..
Bersama bintang-bintang betaburan di dada langit..
Menghiasi malam yang penuh syahdu..
Terleka aku seketika menyaksikan keindahan ciptaan Yang Maha Esa..
Keasyikan yang membuatkan aku terfikir sejenak tentang kekuasaanNya dan keagunganNya..
Sesungguhnya Tiada Tuhan Yang Wajib Disembah Melainkan Allah swt..
Hanya Dia yang mampu untuk mencipta dunia ini..
Kekuasaan dan keagungan yang tidak mungkin ada pada hamba-hambaNya..
Tidak mungkin dapat ditiru..
Tidak mungkin dapat dicuri..
Hanyalah Dia yang berkuasa..

8.7.11

Limited edition



Jom GCB, limited edition ni..
Harga lunch hour.

Yang dituntut.....BERSIH 2.0

 

Yang dituntut dalam demontrasi BERSIH 2.0

Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Akses kepada media bebas dan adil
Masa minimum untuk berkempen selama 21 hari
Kukuhkan institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor


Boring...semua pasal BERSIH 2.0 nih



He.... boring... boring...
Ni semua gara-gara BERSIH 2.0 lah.
Nak pergi kerja ke, balik dari tempat kerja ker, mesti sesak.
Padahalnya nak buat kat KL je tapi kat JB ni pun sesak jugak.
Polis-polis bersepah kat merata-rata tempat.
Dah macam gencatan senjata pulak tengoknyer.
Bezanya askar tukar dengan polis.
Mana yang naik motor, naik kereta, naik van..
Kat jalan-jalan utama dengan highway memang ada je lah polis tunggu kat tepi-tepi jalan tu.
Hishhhhhhhhhh bila lah nak abis ni.

6.7.11

WW #3 - Yang indah di pandangan

Akhirnya....Dipindahkan....

Bersih Batal Demo Jalanan, Buat Program Di Stadium
Oleh ARIFFDUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga akhirnya akur dengan saranan kerajaan untuk membatalkan perhimpunan haram jalanan yang dijadual pada Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau menerima tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan di dalam stadium.

"Sekarang kita ambil keputusan untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan, tapi ubah ke stadium...stadium mana kita akan bincang dengan kerajaan," katanya ketika ditemui di Istana Negara di sini, Selasa.

Beliau dilihat memasuki di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 1.55 petang.

Turut serta bersamanya ialah, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Ambiga keluar pada pukul 3.20 petang.

Dalam pada itu Ambiga berkata, beliau menjunjung titah Seri Paduka berhubung saranan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Bersih melalui perbincangan.

"Saya gembira kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah satu pertemuan yang membuahkan hasil" katanya.

Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan titah khas yang menasihatkan rakyat mengelakkan kemusnahan negara dengan menyelesaikan satiap permasalahan melalui rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Seri Paduka bertitah rakyat Malaysia tidak boleh terikut-terikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankansemua pihak.


Sumber : mStar

5.7.11

Germany Playboy cover's - May 2011

Sekarang kan dah masa rehat, aku jenjalan le ke blog para blogger sekalian. Tup tup nampak isu hangat ni - Sila Sahin seorang MUSLIM sebagai penghias muka depan majalah Playboy.
 ( tadi baca kat sini )

Terus google nak tengok sape dia orang nyer...

Ini hasilnya.....


Cantiknya orang, lawa kulitnya tapi sayangnya dia telah mengekploitasikan kecantikan dirinya sendiri dengan menayangkan tubuh badan kepada umum dengan memberi pulak hak penayangan-tubuh kepada majalah Playboy.

Nampak sangat dah terdesak nak bebas. Sampai dah tak tau alternatif lain kearah kebebasan. Sanggup menggadai tubuh badan malah maruah diri kepada bangsa asing yang ingin menghancurkan ORANG ISLAM. Dia ni sanggup merendahkan martabat diri sendiri kepada penjajah ISLAM.

Apa nak jadi wanita zaman sekarang. Anda di luar sana, jagalah saudara-mara perempuan yang lain agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang menyesatkan ini. Bukan begini caranya nak dapatkan kebebasan kerana masih banyak cara lagi untuk memperjuangkan hak dan kebebasan diri sendiri...

Fikir dengan mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara. Apakah kesannyer daripada tindakan yang kita akan lakukan itu..
There was an error in this gadget

:: Blogger