:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.6.13

Bola

Yay... Hari ni final piala FA.
JDT vs Kelantan.

Pakat-pakat sokong.
Saya tengok di rumah sahaja.
Tak sanggup nak bersesak-sesak di stadium.
Lagi pulak, jauh, tiket mahal.
Di rumah boleh bersantai depan tv.sambil makan dan minum.
Nak terlentang ke... Terlungkup ke... Tiada yang kisah.

Diharap para pemain akan mempamerkan aksi yang menarik.
Dan bermain secara profesional.
Main bola cara orang dewasa.
Bukan main bola ikut nafsu.

Go JDT.
Bawa balik piala kemenangan ke selatan semenanjung.
Anda JDT - harapan semua warga Johor.

LUASKAN KUASAMU JOHOR.

posted from Bloggeroid

28.6.13

Testing

Test...test... Guna henfon

posted from Bloggeroid

Ramadan Yang Hilang


Drama terbaru TV3 untuk slot Samarinda

RAMADAN YANG HILANG


Nak baca sinopsi, klik sini

25.6.13

Google 25/6/13

12.6.13

Google 12/6/13

8.6.13

MELAYU JOHOR

"MELAYU JOHOR"


Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah

Ibubapa


Tanggungjawab seorang anak.

Rindu blog

Hoho... bangun pagi-pagi sebab nak cepat-cepat bukak blog.
Rindunya nak ber-blog....
Sejak blogspot.com kena block kat opis terus tak dapat nak blogging...
Hua....sedeyyyyyyyyyyyyy....

Tapi taklah cepat sangggaaatttt...
Kena uruskan baby dulu baru boleh buat kerja lain.
Tadi baby dah bangun, dah mandikan, dah susukan dan sekarang tengah tido.
Barulah senang nak ber-blog.

Hoyeee...arini malas masak sebab nak pergi makan lauk pengantin.
Pagi tadi sarapan roti telur.
Oh ye, baby saya dah mula makan solid food.
So lepas dia makan tengahari nanti, barulah bergerak ke rumah pengantin.
There was an error in this gadget

:: Blogger