:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.12.15

30 Disember 2015




Hari ni last day kerja untuk tahun 2015 ni.
Esok cuti ganti sempena JDT menang AFC cup aritu (lambat giler nak dapat cuti replacement).
Lusa pulak cuti tahun baru.
Seronok cuti lama-lama....

Minggu depan dah masuk tahun baru, hari baru, bulan baru untuk 2016.

Apa yer yang nak dihajatkan??

Semoga semuanya baik-baik belaka dan berada dalam lindungan Yang Maha Esa.

2015 - tahun yang penuh dengan kenangan
2016 - tahun yang pastinya mencabar

Well, hidup mesti diteruskan.
Apa jua rintangan dan cabaran yang melanda mesti diharungi.
Berlapang dada dalam menempuh segala kesulitan.

Yang penting POSITIF.
Insyaallah, akan mudah semuanya.

Colorful

Collage by my son....
So colorful.

29.12.15

Cuti 4 hari

Aktiviti 4 hari lepas semasa cuti panjang :




Khamis (24/12/2015)
- Melepak kat rumah. Sesambil tu kemas-kemas keadaan rumah yang semak-mata-memandang.... hhhahhaahhah...
- Mana dengan kain baju yang tak berlipat. Barang mainan anak-anak yang bersepah... huhu... pitam mak sekejap
- Anak-anak tengok ceramah Maulid kat tv. Berselawat. Tengok kartun jugak..
- Masak untuk makan malam (nasi goreng udang). Pepagi sarap kat mamak.

Jumaat (25/12/2015)
- Bercuti kat rumah sesaja. Ada takpun pergi Tesco Tebaru, makan-makan lepak-lepak. Tesco jiran saya. Sampai dah muak sebab selalu sangat pergi Tesco.
- Masak untuk makan malam (nasi putih + tumis udang + sayur kacang buncis). Tak sarap. Tengahari makan kat Tesco (seee.....Tesco lagi..)

Sabtu (26/12/2015)
- Hasben ajak pergi Zoo Johor. Bawak anak-anak mengenal binatang. Malangnya, zoo tengah renovate so tak banyak binatang yang ada dalam tu.
- Pepagi sarap kat larkin. Makan tengahari kat Galleria@Kotaraya. Ewah... lincah jer dua budak kenit ni berjalan sana sini kat tempat yang luas.
- Tapau makanan kat pizza hut bawak balik rumah. Spaghetti dengan pizza mini.

Ahad (27/12/2015)
- Settlekan apa yang patut sebelum naik keje. Barang anak-anak. Baju-baju kerja saya dan hasben.
- Sempat pegi Mydin. Belikan subang baru untuk si kecik Arissa. Subang hilang sebelah masa mandi hari sebelumnya.
- Masak untuk makan malam (nasi putih dengan sambal sotong).


Dah... tu jer aktiviti saya sepanjang cuti panjang 4 hari yang lepas.
Minggu ni pon cuti panjang lagi 4 hari.
Eloklah, dah hujung-hujung tahun dapat cuti lama-lama di rumah.
Hilangkan stress...

23.12.15

TODAY



Holidays is coming....

19.12.15

Legoland Malaysia








Here we come... LEGOLAND MALAYSIA

My company family day.

17.12.15

Mesin kira



Yay... Arini dapat mesin kira @ calculator baru.
Kalkulator lama tu lama khidmatnya.
Tapi disebabkan yang display dah tak betul, tu yang tukar baru.

Besday boy


~ My Precious Besday Boy ~
17 Disember 2012


My boy genap 3 tahun hari ni.

Eh..rasa cam baru je dia ni lahir.
Tup..tup.. dah 3 tahun rupanya.
Cepatnya membesar.
Terbau-bau lagi bau dia masa baru lahir (sindrom mak-mak).

4 tahun menunggu barulah Ameer lahir.
Anak yang ditunggu-tunggu penyeri rumahtangga kami dan cucu yang dinantikan oleh atok dan nenek.
Kesayangan atok dan nenek sangat ni....

Ibu doakan yang terbaik untuk anak ibu ni.
Semoga membesar dengan sehat dan berjaya dunia dan akhirat.

Saaaaayyyyyyyaaaaannnnngggg Ameer banyak-banyak...muahhh...

15.12.15

Counting




Counting...

2 days left for the big day.
My precious time and moment.

10.12.15

Essential Oils



Tengok ni...
Sekarang ada musim baru - Penggunaan Minyak Essential Oil dari Young Living.
Banyak khasiat. Banyak faedah. Bermanfaat.

Ada banyak jenis minyak, antaranya:
RC
Thieves
Pan Away
Joy
Purification
Lavender
Peppermint
Lemon
and so on...

Saya baru beli RC untuk sinus, batuk, demam, selsema..
Next order nak beli Lavender untuk senangkan tidur dan nyenyakkan tidur.

Perkara yang baik harus dikongsi bersama.
Boleh google untuk dapatkan maklumat yang terkini. Dah banyak orang share.
Harga sebotol minyak ni pada saya adalah mampu milik. Kita bukannya nak guna semua. Cuma beli yang mana bersesuaian dengan keadaan kita.
Boleh lah mula menabung untuk beli minyak ni.
Dan setiap botol kecil ni katanya (baca: pengedar) boleh bertahan selama beberapa bulan.

Mari bersama hargai diri dan keluarga kita.
There was an error in this gadget

:: Blogger