:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

28.5.12

Baru baik demam

Assalamualaikum..
Salam Isnin yang mulia..


Aku kan baru seminggu baik dari penyakit (ujian dari Nya..).
Aku kena cirit-birit, muntah-muntah + sakit kerongkong, pening kepala, demam, sakit perut.
Pergi klinik Penawar, check doktor terus kena masuk air 1 botol sebab teruk sangat.
Bertapa aku sejam lebih kat klinik sebab nak tunggu air habis.

4 hari menerus dari Ahad, Isnin, Selasa dengan Rabu minggu lepas aku lepak kat rumah.
Sebab sakit, hubby suruh duduk umah family, senang nak jaga plus ada orang tengok-tengokkan aku.
Aku tidor sana, dia pun sama teman aku tidor umah family aku.

Nak kata mengidam, memang aku rasa taklah tapi masa sakit hari tu rasa nak makan macam-macam.
Mintak hubby beli buah tembikai dengan air 100 plus. Sebab dah malam, kena beli buah kat Jusco Permas. Pasaraya paling dekat dengan rumah.
Pastu nak makan laksa penang. Mintak abah belikan kat pasar malam.
Nak minum vitagen, mintak adik belikan.
Sebab sakit, bolehlah mintak macam-macam. Kalau sehat, takde makna diorang nak layan kannn...
Sampai adik kata "Dah macam tuan puteri pulak nak kena layan bagai... "

Itulah untungnya jadi orang sakit, semua orang layan aku elok jer.
Hubby ada jugak mintakkan air penawar dengan atuk angkat dia.
Katanya buat pulih semangat aku. Biar kuat sikit, jangan lembik sangat.

Oh masa aku sakit, mak pun sakit jugak sebab lepak buat tempahan kuih 300 biji.
Buat bertiga tapi adik-adik tolong sekejap je.
Dia bertungkus-lumus siapkan tempahan.
Sudahnya demam lebih kurang aku.
Ni alhamdulillah, semua orang dah sehat.
Harapnya aku tabah nak bawa perut ni sampai 9 bulan.
Biar kuat dan sehat...


# Sekarang dah nak masuk 3 bulan.. =)

17.5.12

Novel untuk dijual













Ada beberapa novel yang aku nak let-go sebab nak beli novel baru.
Kepada yang berminat, boleh klik sini  --> 1, 2, 3... Shopping...
untuk membeli..

16.5.12

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru

Kepada semua guru-guru di Malaysia

14.5.12

Mummy-to-be



@ Kesan dari keadaan ni, blog tak ber-update

@ Draft banyak, publish sikit

@ Suka tidur

@ Siang-siang cergas, malam-malam lemah

12.5.12

Selamat Hari Jururawat 2012

Happy Nurses Day 2012


Selamat Hari Jururawat 2012

Selamat menabur bakti kepada rakyat Malaysia
Di dalam melaksanakan tugas anda sebagai JURURAWAT
Dengan penuh berhemah, cermat dan teliti

9.5.12

Google today

4.5.12

Google today

3.5.12

Blank

..Blank

..Tak tau nak update apa

..Selsema melanda

..Kepala pening
There was an error in this gadget

:: Blogger