:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

25.1.17

Wafer rolls




Wafer Rolls Chocolate Zess


Sedap wafer ni... Ala-ala love letter yang macam brand Julies tu.

Biskut nyer sedap. Coklat dia cair dalam mulut masa dimakan. =)

Kita beli yang besar, dalam tin tu. Beli Ahad lepas kat pasaraya Hwa Tai Kipmart Masai, ada promo harga rm11.8+. Kalau tak promo above rm13 or 14 macam tu.

23.1.17

Perihal anak

Bilamana orang sekeliling bercerita perihal anak-anak, kita yang mak-mak ni pon akan ikut sembang sama dengan topik diorang tu.

Antaranya:

1- Anak pakai pampers brand apa?
Drypers, Huggies, Petpet.

2- Anak minum susu apa?
Anmum, Dutch Lady - susu tepung.
Goodday - susu kotak.

3- Baju anak-anak beli kat mana? Brand apa?
Saya akan beli baju anak-anak saya mengikut kesesuaian. Takde special brand. Yang sedap mata memandang, selesa dipakai, dengan harga berpatutan. Beli kat mana-mana pun takpe, yang penting selesa pakai.

Saya pernah beli brand Pureen, Tollyjoy, Jbaby, Masterbaby, yang takde brand pun ada...

Saya minat pakaikan anak-anak saya dengan seluar askar. Cantik dan kemas. Beli kat pasar borong, harga sangat berpatutan dan memang ada saiz yang sesuai (anak saya umurnya 3 dan 5 tahun).

4- Barang mandian?
Sebamed - masa si abang baru lahir, badan dia rengsa. So gunakan mandian sebamed untuk dia.

Drypers, Pureen - jenis head to toe. Senang sekali harung dari kepala sampai kaki, syampu dengan sabun badan all in 1.

Pakai yang sesuai dengan kulit mereka. Saya sentiasa sediakan bedak Agnesia yang botol merah tu, gunakan kalau badan diorang kegatalan.

5- Botol susu? Pencuci botol?
Pureen, Tommy Tippee, MAM - botol susu.

Pureen - pencuci botol.

6- Breast pump?
Memula pakai tangan. Lepas tu beli brand UniMOM.

7- Kasut dan selipar / sandal jenis apa?
Kasut eh.. yang mana muat dengan kaki mereka. Terbaru beli kat dalam UO, saiz tepat harga hebat.

8- Mainan
Si abang suka kereta. Banyak dah koleksi dia.
Si adik suka buku. Buku / majalah ayah dia pun, dia akan kata "buku adik"...

9- Gajet
Anak saya takde gajet sendiri, semua pakai makpak punya.

Soalan mengenai suami anda

Tadi singgah blog ni moonpunyerblog, jumpa satu posting yang agak menarik.

Kak moon, kita cnp posting akak ni...=)

==============================

Sejauh mana anda kenal suami anda? Copy, paste dan jawab semua soalan. 
Tag nama suami dan biar dia nilaikan jawapan anda... (tak boleh nak tag sebab ni blog, bukan fb. Kalau fb, cepat je aku tag dia....)


1. Dia duduk di depan tv, apa yang ditonton?
On tv, carik channel 5 singapore, tengok movie . 

2. Korang keluar makan, dia order makanan apa?
Lontong / hotplate / roti canai / nasi lemak / nasi goreng kampung telo mata - ikut keadaan semasa.

3. Makanan yang dia tak suka.
Hasben seorang yang "pemakan". Jarang sangat dia tak suka makan. 

4. Korang keluar makan, dia order minuman apa?
Nescafe ais atau kopi ais.

5. Jenis muzik kegemaran.
Dia suka lagu-lagu old skool.

6. Hobi atau dia suka mengumpul apa?
Dia suka kumpul movie.

7. Makanan yang dia sanggup makan hari2.
Nasi goreng / sambal sardin.

8. Jenis pakaian yang dia takkan pakai.
Say NO to hipster style..

9. Pasukan bola kegemaran?
Tak minat bola.

10. Sukan kegemaran?
Hhhmmm badminton kot..

11. Kamu nak buat kek harijadi untuk dia, kek apa yang kamu akan buat?
Kek coklat.

12. Apa yang dia buat sepanjang hari?
Main game kat henfon dengan tengok movie.

16.1.17

Thank you... Terima kasih




Alhamdulillah...

Terima kasih pada semua pelanggan-pelanggan saya....

Terima kasih sebab sokong bisnes saya.

13.1.17

Mary Jardin




Sape pernah dengar tentang produk ni???

I is pertama kali dengar, nampak dan tahu.

Dah cari dalam internet, ini "skincare" yang "organic based".

Testimoni semua bagus-bagus dan menarik.

Macam nak cuba, nanti iols google info banyak-banyak dulu baru fikir masa bila nak beli.

Dah masuk 36 tahun ni baru terpikir skincare segala bagai...eh pun baru suka lipstik juga...bhahahahaaaa...

10.1.17

Year of Rooster




Kalau ikut kalendar China, Tahun 2017 ni adalah tahun Ayam.

Sama dengan tahun 1981 (2017 = 1981).

36 tahun

KEEP CALM IT'S MY 36 BIRTHDAY!


Lambat 2 hari ==> Selamat hari lahir pada diri sendiri pada 8/Jan/2017.

"Terima kasih ya Allah, dengan izin-Mu, masih diberi kesempatan bernyawa dan bernafas di bumi ini. Semoga aku tidak lalai dalam menunaikan perintah-Mu. Patuh dan amanah pada suruhan-Mu. Teguhkanlah imanku, rahmatilah diriku dan keluargaku. Semoga aku masih boleh berbakti kepada kedua orang tuaku. Kau lindungilah kaum keluarga. Amin."

-----------

Dah 36 tahun dilahirkan - anak pertama dari 5 beradik.

Berkahwin, berkeluarga - anak 2 orang.

Belajar tinggi kat Kedah - UUM di hati.
Dari Permas Jaya --> Johor Bahru --> Melaka --> Kedah.


Jelajah Malaysia:
Johor
Melaka - Bandar Melaka, Masjid Tanah, Kuala Linggi, Air Keroh
Kedah - Changlun, Alor Setar, Jitra, Baling, Sungai Petani, Kuala Kedah, Bukit Kayu Hitam, Langkawi
Putrajaya
Kuala Lumpur - TBS, Jalan Masjid India / TAR
Perak - Tanjung Malim, Kuala Kangsar, Pekan Kati
Perlis - Padang Besar, Kuala Perlis
Pulau Pinang - Butterworth, Penang bridge
Pahang - Pulau Tioman



PUSKAS Award 2016



Tahniah Mohd Faiz Subri.
Pemenang anugerah FIFA PUSKAS Award 2016.

Menjadi kebanggaan Malaysia.

Semoga terus maju dalam bidang sukan.

#faizsubri #puskas2016


p/s: Korang yang lain tu, takyah nak gaduh-gaduh sangat tentang baju apa dia pakai masa amik award tu. Itu hak dia.

3.1.17

Permulaan 2017


Assalamualaikum...

Permulaan hari bekerja untuk tahun 2017.

Diari dan kalendar baru, helaian baru.

Semangat baru. Azam baru.

Sentiasa positif dan fikirkan yang baik-baik sahaja.

Mencari reha Allah serta keberkatan-Nya.

:: Blogger