:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

18.12.13

Annual Dinner 2013

8.11.13

Google 8/11/13

4.11.13

Google 4/11/13


3.11.13

Pemberitahuan.. Sukatan minyak & kuantitinya

Stesen minyak kantoi menipu

http://www.sinarharian.com.my/stesen-minyak-kantoi-menipu-1.216515

------

Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter

Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.

Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!

Sebarkan!

posted from Bloggeroid

2.11.13

OK dah

Lama giler tak update blog guna PC.
Asyik guna henfon je.
Dah le jari ni besar, seksa nak menekan huruf-huruf yang kecik tu...

Semua ni sebab PC buat hal dengan broadband bengong punya pasal.
Ok sekarang semua dah kembali ke asal.
PC makin OK (belum ok sepenuhnya, tapi boleh lah)..
Broadband dah terminate yang lama, register plan baru siap wifi sekali.
Baru senang nak blogging laju-laju...

1.11.13

Happy holiday

Pic from fb/unicef



Happy Diwali to all my Hindus friends..
Happy holiday to others..
Happy working to others..
Cheer up your life this weekend..

posted from Bloggeroid

29.10.13

Hidup

Repost from fb..



Hidup kita..

posted from Bloggeroid

27.10.13

Morning

Pic from fb/8tv



Selamat pagi.. Assalamualaikum...
Good morning semua..

Hari ni saya nak pergi makan kenduri kat Pontian.
Abang tiri mak saya buat kerja kahwin anak dia... =)

posted from Bloggeroid

24.10.13

Breastfeeding

Repost from fb




I love breastfeeding... !!!

posted from Bloggeroid

23.10.13

Cuba teka

22.10.13

Google 22/10/13

17.10.13

BEWARE

JEWS have intentionally developed some websites to spread wrong information about Quran and Hadith, so plz Seriously beware of the following websites & inform everyone:

1.www.answering-islam.org
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com
4.www.Allahassurance.com

PLZ SEND this msg to as many muslims as possible.
If U dont spread it, all muslims around the world could get wrong information about Islam forward this message as much as you can..
Dpt info ni.. Tadi ada mintak ustaz kat UM check... Dia kata betul.. Plg bahaya is answeringislam...

(Forwarded msg from a friend)

posted from Bloggeroid

12.10.13

Free

Repost from fb



Kenyataan yang tidak boleh disanggah.
Percuma dan kena-beli.
Apa pilihan anda???

posted from Bloggeroid

11.10.13

Dah sah dah

Repost from fb



Ha kan dah sah.. Memang dah sah diorang berdua ni dah kahwin. Dah ada anak lagi.

Tahniah buat Aeril Zafril dan Wawa Zainal.

Takyah lah sorok. Beritahu je pada peminat semua yang awak berdua tu dah kahwin. Lagi senang.
Perkara yang elok baik dihebahkan agar tak timbul fitnah di kemudian hari.

posted from Bloggeroid

Google kena hack

10.10.13

Hujan

Alhamdulillah... Hujan turun lagi membasahi bumi.
Membawa rahmat pada sekalian alam.
Menyejukkan hati yang panas.

posted from Bloggeroid

9.10.13

Terima kasih

Selalu dengar iklan "Terima kasih" kat radio.
Saya setuju sangat dengan apa yang diperkatakan.

Sesetengah orang amat sukar (baca: susah) untuk mengucapkan atau melafazkan 2 patah perkataan "terima" dan "kasih".
Bukan kena bayar pun. Tak keluar duit pun. Cuma keluar air liur je.
Itu pun nak berkira.

Kita ucap Terima Kasih, penerima rasa sangat berbesar hati. Terasa diri mereka dihargai.
Jangan jadi manusia sombong. Dah ditolong orang lepas tu membongkak dan bangga diri.
Hidup bukannya sentiasa menongkat langit. Kadangkala sujud ke bumi jua..

Jadi, jangan lupa untuk ucap Terima Kasih yer...

posted from Bloggeroid

7.10.13

Al-Quran

Repost from fb - Nama-nama Islam


posted from Bloggeroid

6.10.13

Hari raya haji

Alhamdulillah...


posted from Bloggeroid

4.10.13

Istilah makanan yang berkaitan dengan babi/khinzir

Repost from kakrose.blogspot.com dan di-olah sedikit mengikut pemahaman saya...


Label pada bungkusan seperti "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan daripada babi".
Selain itu "The source of gelatin capsule is porcine" yang bermaksud "Kapsul gelatin adalah dari babi".

Antara istilah lain yang digunakan:

Pork - daging babi dalam masakan

Swine - keseluruhan kumpulan babi

Hog - babi dewasa melebihi 50 kg

Sow - babi betina dewasa

Sow milk - susu babi

Boar - babi liar

Lard - lemak babi untuk membuat minyak masak dan sabun

Bacon - daging haiwan yang disalai termasuk babi

Ham - daging paha babi

Pig - istilah umum seekor babi, berat kurang 50 kg

Porcine - istilah yang digunakan untuk menunjukkan sumber bahan tersebut adalah daripada babi, terutamanya dalam bidang perubatan


Kepada semua umat Islam, berhati-hati ketika memilih dan membeli makanan. Lihat label pada bungkusan. Baca dan fahamkan. Andai ragu-ragu, haruslah dielakkan.

Mencari yang HALAL itu fardhu.

posted from Bloggeroid

Pilihan

Repost from fb



Pilihan di tangan anda.

posted from Bloggeroid

2.10.13

Apa yang hangat

@ Masih lagi tentang kes isteri Mat Yo tendang pengawal keselamatan

@ Rozita Che Wan dirisik Zain Saidin

@ Suspek bunuh pengasas Ambank

@ Masa untuk lihat anak bulan Zulhijjah

@ . Rukun Islam ke-5 : Menunaikan Haji

@ Wayang : KL Gangster 2

posted from Bloggeroid

1.10.13

Ameer - Guardian



Semalam balik keje terus pergi Guardian beli barang-barang ni - baby koolfever, air badak, bedak agnesia.

Baby koolfever ni gunanya untuk turunkan suhu badan baby. Badan Ameer ada panas sikit semalam, taknak bagi suhu nya naik guna koolfever ni. Tampal kat bahagian belakang badan kawasan dada. Suhu cepat turun. Lagi bagus dari lekat kat dahi. Kalau takde koolfever baby, boleh guna koolfever dewasa tapi potong dua sebab besar sangat untuk baby.

Air badak ni untuk minum bagi sejuk badan. Boleh campur masa sediakan susu baby atau untuk lap badan bagi sejuk juga. Nak jadikan 'mineral water' pun bolehh...

Bedak agnesia untuk kawalan ruam badan. Ameer jenis yang kuat berpeluh macam ayah dia. Raja kipas. Kat leher dia dan kat pelipat dia ada tumbuh ruam. Nak bagi cepat kering, tabur bedak ni kat tempat ruam tu. Nanti sejuk jer... Taklah gatal sangat..

posted from Bloggeroid

Hari raya haji

Tarikh untuk melihat anak bulan Zulhijjah telah ditetapkan pada hari Sabtu 5/10/13.

posted from Bloggeroid

30.9.13

Google 26/9/13

29.9.13

Berkongsi

Repost from fb - Ummi Mama Biz



Berkongsilah walau sedikit..

posted from Bloggeroid

28.9.13

Makan-makan



Juadah makan-makan yang-dah-lepas.

Ada mee goreng best, sate sedap, puding susu laici mengancam, air ribena menggoda jiwa. Yang tiada adalah kek sebab tak beli (belum gaji, kek postpone).

Juadah ni sempena sambutan hari lahir mereka-mereka ni..
3 Sept - Firdaus - 31 tahun
23 Sept - Asmahazwani - 18 tahun
24 Sept -Fatih Rifqi - 5 bulan
posted from Bloggeroid
AKu dan DiriKU...

26.9.13

Penyu



Ini penyu pemberian kawan yang baru pulang dari Pulau Perhentian di Terengganu.
Dia dan pasangan pergi berbulan madu di sana..

Terima kasih.
Penyu yang cute dengan anaknya..

posted from Bloggeroid

25.9.13

Beringat selalu

Repost from facebook - mommyiskandar.com


posted from Bloggeroid

Update

Baru kutahu rupanya lagi senang update blog guna henfon dari pc/laptop.
Guna application 'Bloggeroid' lagi mudah, cepat dan senang.
Sungguh lah ketinggalan zaman kan... Orang lain dah lama buat, saya baru nak mula.
Yelah..saya pun baru-baru ada smartphone.
Jadi dengan mudahnya saya akan selalu update blog guna henfon.

posted from Bloggeroid

24.9.13

5 things

Repost from facebook


posted from Bloggeroid

Pening

Kerja sebagai QA ni memeningkan. Lagi lah pulak kita ni yang jaga document. Rasanya semua benda nak kena ingat, nak kena faham, nak kena hafal. Macam mana tu.. Pening kepala saya dibuatnya..

Belum lagi yang terima arahan dari pelbagai arah. Yang tu kata ni. Yang ni kata tu. Buat itu buat ini. Serabut sangat.

Jalan terbaik, saya terima dan catit segala arahan yang diberikan. Lepas tu proses arahan tersebut seperti yang dikehendaki. Andai kata dapat diselesaikan, saya selesaikan. Kalau tak boleh, minta bantuan dari rakan setugas. Tak boleh juga, tebalkan muka tanya balik arahan dari pemberi-arahan minta dia terangkan apa yang dikehendaki.

Hujung-hujung saya serah tugas pada bos paling besar untuk selesaikan masalah. Fikir jalan penyelesaian. Mana boleh orang bawahan selesaikan masalah bos kan...

Saya dah bosan layan perangai orang yang taknak memahami perasaan orang lain.

posted from Bloggeroid

19.9.13

Google 19/9

Ameer sudah 9 bulan



Si kecik Ameer Rayyan ni sudah pun berusia 9 bulan pada 17/9 yang lalu.

Perkembangan terbaru,
@dah ada gigi kecik 2 batang. Untuk asah gigi dia tu, mulalah dia gigit sana gigit sini. Mangsa gigitan adalah ibu dan ayah.
@dah mula lepas-lepas tangan nak berjalan sendiri.
@dah pandai makan macam orang besar. Asal nampak orang tengah makan, mesti cepat-cepat datang dekat nak mengecek makan. Suap lah sikit buat rasa. Makan baby-bytes pun dah pandai.
@sekarang suka nak berdukung.
@EBM dah kurang minum. Nak yang direct breastfeed.
@susu formula brand Anmum dah minum sampai 8 oz.
@siang kurang tidur, asyik main je keje dia. Malam tidur awal sebab dah penat.
@baju seluar dah pakai saiz M/L ikut jenis kain. Baju baby dah boleh simpan.
@kesihatan - alhamdulilah memuaskan.
posted from Bloggeroid

Majalah



Macam dah lama tak beli majalah.
Suratkhabar pun dah kurang baca.
Rancangan tv pun tengok bila sempat je.
Dengar radio pula masa dalam kereta.
Semua bergantung pada keadaan dengan yang mana sempat je...

Minggu lepas pergi kedai beli majalah PAMA dengan Harmoni.
Majalah PAMA untuk tambah ilmu keibubapaan dan kekeluargaan.
Sejak ada anak ni nak kena selalu membaca dan tambah ilmu di dada.
Itu nak tahu, ini nak kena ambil berat. Macam-macam lah...
Selain tu, saya baca kat blog - pengalaman para blogger dalam mendidik anak-anak..

Majalah Harmoni tu pula untuk santai-santai.
Intai-intai dekorasi rumah/ruang, masak-masak dan juga kekeluargaan.

Penyebab kurangnya beli majalah ialah:
1) Saya suka ulang-ulang baca dari kulit-ke-kulit setiap majalah tu.
Selagi tak bosan, saya akan baca.
2) Tengok muka depan majalah.
Kalau intipati menarik dan model pun ok, baru saya beli.
Agak-agak tak menarik hati dan minat saya, saya takkan beli.
3) Terlalu banyak iklan dalam majalah.
Dah macam kedai jamu bergerak tapi berkonsepkan majalah.
4) Kongsi baca dengan adik-beradik.
Bila sorang beli, yang lain baca je. Takkan beli majalah yang sama. Membazir.

posted from Bloggeroid

18.9.13

Google 18/9

17.9.13

Nama

Disekeliling kita, ada segelintir orang lelaki dan perempuan yang mempunyai nama yang sama - bergantung kepada ejaan dan bin/binti nya.

Antaranya, saya senaraikan beberapa nama:

SHAHIZAN
Perempuan - NorSHAHIZAN
Lelaki - Ahmad SHAHIZAN

YAN
Kawan perempuan saya - Norazian (panggil YAN)
Sepupu lelaki saya - panggilannya abang YAN

AZREEN
Perempuan - Nor AZREEN binti ...
Lelaki - Nor AZREEN bin ...

LIZA
Perempuan - NorhaLIZA
Lelaki - Md. LIZA

FITRI
Perempuan - FITRI Omesa
Lelaki - Mohd FITRI

Perempuan - Nurul FITRI binti Mohamad
Lelaki - Nurul FITRI bin Esa

AKMAL
Perempuan - Azliana AKMAL binti Hamzah
Lelaki - Mohd AKMAL bin Salleh

posted from Bloggeroid

15.9.13

Reunion

Saya sekeluarga sedang menuju ke Negeri Sembilan kerana hubby saya ada reunion pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson.

posted from Bloggeroid

9.9.13

Raya 2013

Antara gambar untuk Jalan-Jalan Raya 2013

@ Ramona's

@ Liliyana's

@ Aliff & Nabila's

@ Fawaz & Diana's

@ Syahrezan & Kak Lia's

@ Md. Anuar's

@ Fawaz & Diana's -2

@ Noen's

Sibuk mengemas



Ni aktiviti semalam.

Orang lain tengah tengok tv. Si kecik ni sibuk ukur almari nenek dia. Kejap berdiri. Kejap kang duduk. Itulah ulang-ulang yang dia buat. Sorang-sorang pun jadi. Puaslah ibu dia jadi jaga - tengokkan dia semalam. Risau ada. Geram pon ada. Dah penat baru dia berhenti. Lepas tu terus tangkap dia bawak masuk bilik air mandikan.

posted from Bloggeroid

7.9.13

Pengantin



Tadi hubby wasap gambar bakal pengantin ni. Tengah tunggu majlis nikah.
Sekarang dah selesai majlis rasanya.

Selamat pengantin baru Faizul @ along @ boboi...

Sebab majlis pengantin kat KL, jadinya kami kena tinggal kat JB ni (haha...rela hati kena tinggal sebenarnya...).
Hubby kata ni kan keluarga angkat dia, tak sedap hati kalau tak pergi majlis nikahnya.
Jadinya hubby ikut rombongan pengantin naik bas ramai-ramai pergi KL tu.

Masa majlis kahwin kami tahun 2008, dia dengan adik ni yang jadi pengapit hubby.
Dia jadi pengapit nikah dan sanding belah perempuan.
Adik dia pengapit majlis belah lelaki.

posted from Bloggeroid

Jam

Tarikh kejadian : Hari Khamis
Masa kejadian : Pagi


Alkisah pagi Khamis..

Tengah syok tidur, sekali tu rasa nak kencing.
Bangun lah pergi tandas.
Rupanya si kecik pun terjaga sekali.
Dah sudah ke tandas, nyusukan si kecik dan sambung tidur.
Pandang sekilas kat dinding tengok jam...
Oh baru pukul 4 pagi, kita sambung tidur.

Dalam 20 minit macam tu, dengar makcik sebelah panggil cucu-cucu dia pergi sekolah.
Terpikir jugak, takkan pagi-pagi buta nak pergi sekolah.
Sungguh tak logik.
Belum Subuh pun.
Awal lagi kan..

Sambil tu capai jam tangan nak tengok masa.
Sekali tu dah pukul 6.40 koooooo.....
Melompat lah bangun pergi bilik air mandi.
Nasib si kecik sambung tidur, takdelah dia terkejut tengok ibu terlompat bangun pergi bilik air sebab dah lewat bangun.
Hui nasib baik dengar suara makcik yang kuat tu.
Kalau tidak, confirm pergi keje lewat. Paling tidak masuk keje tengahari!!!

Hahahhahahaaa....
Terima kasih lah makcik.
Sebab suara makcik yang kuat tu telah mengejutkan saya sekeluarga tersedar dari tidur.

6.9.13

Google 6/9/13

31.8.13

Merdeka ke-56



Selamat Hari Kemerdekaan
yang
ke-56


Kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bebaskan diri kita dari 'penjajah'.
Akal-minda-fikiran.

28.8.13

Google 22/8/13

19.8.13

Isnin 19/8/13

Selamat kembali bersekolah semula wahai adik-adik sekalian..
Rajin-rajin belajar ye.

Selamat bertugas kepada cikgu-cikgu semua..
Selamat berkhidmat.

Selamat bekerja juga kepada kawan-kawan sepejabat yang baru nak mula kerja sebab cuti raya yang lama..
(Bestnyer dapat cuti lama, raya pun lama).

Kepada yang tak berkaitan, Selamat beristirehat bersantai di rumah... =)

posted from Bloggeroid

18.8.13

Esok

Alamak... Esok dah sekolah.
Sape yang rasa diri tu budak sekolah, sila masuk bilik dan tido sekarang.
Kang tido lambat esok kat sekolah mengantuk.

Untuk para pekerja, standby esok jalan pasti sesak macam selalu.
Kena keluar pegi keje awal yer..

Selamat tidur semua... =)

posted from Bloggeroid

8 bulan sudah



Alhamdulillah...
Anakanda saya kini telah berusia 8 bulan.
Dia dh pandai dah panjat-panjat, capai itu ini.
Dan ada kemungkinan nak jalan jugak sebab dia dah cuba lepas-lepas tangan masa berdiri.
Sekarang ni kalau ibu dengan ayah nye makan, dah pandai datang dekat mintak di suap.
Suka tengok perkembangan dia.

Semoga anak ibu ni membesar dengan sihat dan kuat.
Taat pada perintah Allah.
Taat pada ibu dan ayah.
Membesar sebagai anak yang soleh..
posted from Bloggeroid

13.8.13

Salam Syawal 2013




Salam Lebaran kepada semua Muslimin & Muslimat.

Pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Google 13/8/13

5.8.13

Tak sama



Caption tak sama.

Gambar kuih tepung gomak.
Tapi caption kuih abuk-abuk..

posted from Bloggeroid

29.7.13

Sudah 7 bulan

Si kecik ni dah 7 bulan umur dia.
Rasa macam baru semalam lahirkan dia, arini dah 7 bulan.
Ibu sayang awakkkkkk....




posted from Bloggeroid

19.7.13

Ashraf Muslim

...Fenomena Ashraf Muslim telah melanda
...Sana sini sibuk diperkatakan
...Di laman-laman sosial amat lah banyaknya
...Sini cerita sana cerita sinun pun nak cerita jugak
...Nantikan sahaja apa pengakhirannya

16.7.13

Google 16/7/13

3.7.13

Google 3/7/13

29.6.13

Bola

Yay... Hari ni final piala FA.
JDT vs Kelantan.

Pakat-pakat sokong.
Saya tengok di rumah sahaja.
Tak sanggup nak bersesak-sesak di stadium.
Lagi pulak, jauh, tiket mahal.
Di rumah boleh bersantai depan tv.sambil makan dan minum.
Nak terlentang ke... Terlungkup ke... Tiada yang kisah.

Diharap para pemain akan mempamerkan aksi yang menarik.
Dan bermain secara profesional.
Main bola cara orang dewasa.
Bukan main bola ikut nafsu.

Go JDT.
Bawa balik piala kemenangan ke selatan semenanjung.
Anda JDT - harapan semua warga Johor.

LUASKAN KUASAMU JOHOR.

posted from Bloggeroid

28.6.13

Testing

Test...test... Guna henfon

posted from Bloggeroid

Ramadan Yang Hilang


Drama terbaru TV3 untuk slot Samarinda

RAMADAN YANG HILANG


Nak baca sinopsi, klik sini

25.6.13

Google 25/6/13

There was an error in this gadget

:: Blogger