:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

24.9.13

Pening

Kerja sebagai QA ni memeningkan. Lagi lah pulak kita ni yang jaga document. Rasanya semua benda nak kena ingat, nak kena faham, nak kena hafal. Macam mana tu.. Pening kepala saya dibuatnya..

Belum lagi yang terima arahan dari pelbagai arah. Yang tu kata ni. Yang ni kata tu. Buat itu buat ini. Serabut sangat.

Jalan terbaik, saya terima dan catit segala arahan yang diberikan. Lepas tu proses arahan tersebut seperti yang dikehendaki. Andai kata dapat diselesaikan, saya selesaikan. Kalau tak boleh, minta bantuan dari rakan setugas. Tak boleh juga, tebalkan muka tanya balik arahan dari pemberi-arahan minta dia terangkan apa yang dikehendaki.

Hujung-hujung saya serah tugas pada bos paling besar untuk selesaikan masalah. Fikir jalan penyelesaian. Mana boleh orang bawahan selesaikan masalah bos kan...

Saya dah bosan layan perangai orang yang taknak memahami perasaan orang lain.

posted from Bloggeroid

No comments:

:: Blogger