:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.5.10

Yang ditunggu dah tiba


Alhamdulillah, yang dinanti-nanti, yang ditunggu-tunggu, akhirnya muncul jua...

Apa dia????
Result keputusan peksa SPA lah... yuhuuuuuuuu.......


Inilah result nyer....



Okey, kita kasi besar sket...

Dah selamat, lega pon.... Takyah nak tunggu2 lagi. Keputusannyer, 1 lulus dan 1 gagal.

Lulus - Pegawai pembangunan masyarakat
Gagal - Pegawai tadbir dan diplomatik


Berbaloilah dengan usaha yang telah dilakukan.... Mom, i've done it for uuu...... Semoga impian menjadi kenyataan. Mom harapkan me dapat kerja dalam sektor kerajaan. Eh bukan mom jer, dad dan ahli keluarga yang lain pon sama. Memang harap sangat me jadik 'orang gomen'. So inilah hasilnyer. Me dah lulus periksa. Tunggu panggilan jer untuk ke peringkat seterusnya. Usaha tangga kejayaan. Segala ketentuan adalah bidang kuasa Yang Maha Esa, Allah swt..... Cuba dan cuba sampai berjaya. Andainyer gagal jua, anggaplah ianya sudah ditakdirkan....


I'm very happy today... =)

29.5.10

Pergi selamanya..


Al-Fatihah

Semalam, pakcik ku telah pon meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Satu2nya adik-ipar lelaki for my mom. Nenekku hanya mempunyai 2 orang anak perempuan, my mom dengan my aunt. So, now nenek hanya ada seorang menantu lelaki sahaja. Keadaan arwah yang kritikal pada hari khamis malam adalah penghujung kepada riwayatnyer.. Sebelum ini arwah telah menjalani pemeriksaan di HSA dan HSI. Me sempatlah beberapa kali menjenguk arwah semasa hidupnya. Pemeriksaan yang dijalankan mengatakan bahawa arwah menghidapi barah pada bahagian atas kepalanya.... Keadaan yang sungguh tak dijangka...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan ornag2 yang beriman. Pada ahli keluarganya terutama makcik ku, semoga dia terus tabah menjalani kehidupan ini. Yang mati tetap mati, kita yang hidup kenalah meneruskan kehidupan di dunia ini. Kematian tidak boleh dijangka, tidak lambat dan tidak juga cepatnyer... Semuanya telah tertulis....

28.5.10

C.U.T.I

Hari ke-2 me berehat di rumah. Cuti yang panjang. Minggu ni me cuma kerja 2 ari jer... yayyyy.... Sesekali dapat bercuti panjang, memang rasa seronok. Rasa cam cuti-cuti malaysia plak... hehehehe.. 2 ari dapat MC sebab sakit telinga, 1 ari public - wesak day dan 2 ari lagi cuti hujung minggu. Total up 5 hari cuti. Memang lama kan. Kalau gi jenjalan pon bagus juga. Sayangnyer tak boleh nak jenjalan... hubby keje, lom gaji plak.. So melepak kat umah je lah, layan blog, facebooking, surfing, chit-chat and bla..bla..bla...

Seronoknyer.....!!!

27.5.10

FACEBOOK dan penggunaannya

Copycat dari email, buat renungan kita bersama...
[ bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diriku sendiri... ]
-------------------------------------------------------------------------------------------


Facebook sebagai laman sosial - dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

A- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

B- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

C- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Teruk tak???

Dari semalam petang, tido sampai pagi ni. Kol 4.30pg tadi baru bangun dari tido. Maser2 tido tu pon, bangun kejap2 jer. Masa hubby balik keje kol 6ptg, kol 12mlm dan beberapa kali lagi lah... ntah tak ingat kol baper... Oopppsss bendera merah, takleh solat - tu yg bantai tido lelama.. Lagi pulak semalam pi check-up telinga. Kena cuci lagi... Bila sampai umah, kepala dah berat semacam - pening... Dalam telinga ni ada reben ubat, esok baru leh tanggalkan. Reben ni kena ada 2 ari dalam telinga. Infection dlm sangat, masa kena cuci tu tekanan jadik terlalu kuat dalam telinga. Tak tertahan rasanyer....so doktor decide untuk letak reben ubat dalam telinga. Reben tu untuk keringkan condition dalam telinga disamping untuk matikan germs & fungus dalam tu. Hopefully my telinga cepatlah baik hendaknyer.. Berusaha selagi terdaya...

Nampak tak benda putih kat telinga tu? Tu lah kapas, dalam telinga plak de reben. Tapi tak nampak lagi. Kena tunggu sampai esok baru lah buleh nampak bentuk reben tu.

25.5.10

Berapa berat blog anda???

Blog korang loading cepat ker lambat?? My blog ikut masa, kenkadang cepat kenkadang lambat. Lambat load bersebab - internet slow ataupun banyak sangat tempek widget kat blog. Lambat loading tak baek untuk kesihatan blog yer.... Kat bawah ni pic menunjukkan berapa berat my blog dan berapa masa untuk loading.


Macam mana nak kira???

Klik ikon ni [ Website speed test ], masukkan alamat blog masing2 dan klik pada check! Dan hasilnyer seperti gambar di atas yer. Mudah kan... Dari situ kita boleh perbaiki keadaan blog kita. Organize semula... Mari kita cuba beramai-ramai....

Thank to MommyPinky sebab sebarkan tutorial ni. Ada jugak beberapa tutorial yang MommyPinky sediakan, so boleh cuba mana2 yang berkenan dihati.

Inilah hasilnyer kalau rajin buat blogwalking. Boleh jumpa macam2 tutorial.
Sambil menyelam minum air, sambil blogwalking, kutip ilmu bloggin yer...

Terima kaseh daun keladi...

*** Ni entry yang terlambat... hehehhee

Last 2 weeks, adalah sekumpulan jejaka macho ni belanja lunch untuk department kitorang... Diorang belanja satu department makan mcD yang tengah promo double tuuuu.... Memang sedap giler ah. Belanja atas sebab dapat kerja kat  kilang rikevita ni lah.... So ni kira celebrate diorang ni dapat keje tetaplah kat sini. Siri belanja-membelanja ni dah macam satu tradisi kat sini. Yang junior akan open table untuk yang senior. Biasanya tu belanja makan jer lah..... Eh ni bukan paksaan tauuuuuuuuuu..... tapi atas dasar kerelaan dan kemampuan duit poket diorang yer.... Kami2 semua kat sini tak pernah nak paksa, CUMA sekadar berkias-kias, "dah dapat keje, bila nak belanja kitorang makan...?" @ "wei, dapat gaji pertama belanja ahhhh....". Itulah antara kata2 yang akan kedengaran yer... Me dolu pun, takdelah duit banyak sangat. Tapi de lah belanja depa sumer makan-makan [tapi dah lupalah beli apa]. Lagi pulak, dengan cara ni dapat menzahirkan rasa hormat kita kepada senior2 atas tunjuk ajar yang mereka berikan masa training kitorang ni. Kita juga dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan-kekeluargaan di antara kami. Semoga depa yang belanja kitorang makan ni, dilimpahkan rezki lagi dan dimudahkan dalam segala urusan. Amin.


Mari soroti aksi sehari makan mcD yer...


[ de sponsor team ]

[ tengoklah aksi2 diorang ni makan mcD ]

[ this is my action ]


Terima kaseh daun keladi,
Lain kali, orang lain plak lah yangbelanja kami yer...

23.5.10

Family day

Salam Ahad...

Hari ni nak pegi mengembara. Memula nak pergi umah family kat Permas.
Pastu petang sket gerak ke Kota Masai, rumah family hubby.
Hari ni sesi jenjalan ke rumah2 family.
Kalau sempat, nak singgah kat beberapa pasaraya for window shoppping.
Just nak cuci2 mata and lepakkkk.....
Dah lama tak melepak, ni lah peluang nyer...
Oklah, nak bersiap ni.
Japgi nak gerak dah, pas abis tengok Melodi ni....

Lady Gaga - Bad Romance

Jom layan Lady Gaga


Dengan lirik sekali...

Bad Romance Lyrics

Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

I want your ugly
I want your disease
I want your everything
As long as it’s free
I want your love
Love-love-love
I want your love

I want your drama
The touch of your hand
I want you leather studded kiss in the scene
And I want your love
Love-love-love
I want your love
Love-love-love
I want your love

You know that I want you
And you know that I need you
I want a bad,your bad romance

I want your loving
And I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your loving
All your love is revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

I want your horror
I want your design
‘Cause you’re a criminal
As long as your mine
I want your love
Love-love-love
I want your love

I want your psycho
Your vertical stick
Want you in my room
When your baby is sick
I want your love
Love-love-love
I want your love
Love-love-love
I want your love

You know that I want you
And you know that I need you
I want a bad,your bad romance

I want your loving
And I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your loving
All your love is revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Walk walk fashion baby
Work it
Move that bitch crazy
Walk walk fashion baby
Work it
Move that bitch crazy
Walk walk fashion baby
Work it
Move that bitch crazy
Walk walk fashion baby
Work it
Imma Freak bitch baby

I want your love
And I want your revenge
I want your love
I don’t wanna be friends

(The Same But In French)

Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

I want your loving
And I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your loving
and all your love is revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oooh! Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

21.5.10

Hari yang ceria...

Haaaaaallllllllllooooooo.............. Assalamualaikum...

Hari ni adalah dari yang menyenangkan + hari-sakit-telinga. Yang menyenangkan serta mengujakan sebab 2 orang bos takde arini. Sorang outstation, sorang lagi bercuti... yahoooo...... janganlah bos aku baca entry, kalu tidak mampus aku... hehehhehe... Sayangnyer, telinga ni maseh terasa lagi sakitnyer... seperti ada bengkak didalamnyer.... huhhuu. sedihnyer, bila lah nak baik. Tak sabar nak merasai kenikmatan mendengar dengan jelas-dan-nyata dari kedua2 belah telinga....

2, 3 ari ni badan sakit2 sebab penat wat keje luar. Kelmarin dan semalam de wat inspection kat production warehouse. Ni semua gara2 bos dapat komplain dari customer yang produk-kilang-kami telah "diserang" oleh sang semut. Berhempas-pulas kami ( adalah dalam 10+ staff yg bekerja... ) membuat inspection tu sebab barang nak keluar hujung minggu ni. 1st day ( rabu ), mula buat dah petang. Then hujan, stop inspection, sambung esoknyer.... 2nd day, mula pon dah petang ( lagilah lambat dr 1st day ). Buat inspection sampai dekat kol 7 mlm baru abis. Alhamdulillah dapat ler OT sket.... =). Sampai jer kat umah, badan dah penat-letih giler. Tak boleh tahan. Nasib baik hubby paham, so dia biarkan jer me merehatkan badan sampai ke pagi. Bangun pagi pon rasa letih sangat. Pinggang sakit. Kaki kebas. Kira satu badan lah lemah. Tambah lagi telinga sakit, so hari ni kurang mood bergumbira nya.

Namun begitu, maseh lagi ada maser nak join pot-luck. Hahaha.... Sesi makan2 sebab de sorang member ni nak benti keje dah. Dia akan berpindah ker putrajaya, mengikut husband yang bekerja di sana. Memang havoc giler and happening. Sedih pon ada sebab akan hilang sorang lagi rakan sekerja. sob... sob...

Oh.... malam ni de committee dinner. Berbelah bagi nak pegi ke tak - 70% nak pergi, 30% lagi taknak pegi. Camner ek, pegi je lah kot... Makan free, saper taknak kan. Dinner kat George & Dragon Cafe kat taman tasek tu... Tempat makan mahal yer.. Eh dah petang ni, nak bersiap lah. Nak ber dinner.. Pegi je lah, takde rugi pon. Kalau tak pegi tu yang rugi...

Daaaa.......

19.5.10

Tilu

Tilu - Ku Bukan Aku
[ official music video ]

18.5.10

Miss USA 2010 - Keturunan Arab Lubnan

[ gambar ehsan dari KOSMO ]

Pertandingan ratu cantik Miss USA 2010 telah dimenangi oleh sorang pompuan cantik keturunan Arab Lubnan ( Rima Fakih ) yang mewakili daerah Michigan. Satu-satunyer pemenang yang berketurunan Arab-America dan mungkin... mungkin yer... mungkin MUSLIM..... huhuhu... Islam telah diperlekehkan....

[ dia ni memang cantik kan... ]


Antara gambar2 semasa pertandingan tersebut...
[ gambar ehsan dari pakcik google... ]



Apa kata anda ???

Nak tau lebih lanjut, klik SINI...
Nak tengok lain2 gambar, boleh search kat google / yahoo or whatsoever lah...

---------------------------------------------

10 Things to Know About Rima Fakih
( dapat dari the Frisky )

---------------------------------------------
She might be the first Arab-American, Muslim, or immigrant, to win the Miss USA title, but the pageant organization hasn’t kept adequate enough records to determine so. [CBS News]

Rima is a champion pole dancer. [TMZ]


She believes birth control pills should be paid for by health insurance. “I believe that birth control is just like every other medication even though it’s a controlled substance,” said Rima during the personal interview portion of the Miss USA pageant. [CBS News]


Last year, Rima became the first Arab-American crowned Miss Michigan USA. (Apparently, they keep better records than the national committee?) [My Fox New York]


She has said that her status as a beauty queen “would prove that Arabs don’t always try to separate themselves, but instead are integrated into American culture.” [My Fox New York]


Rima says her family celebrates both Muslim and Christian faiths, and she attended a New York Catholic school. [CBS News]


She earned her Bachelor of Arts degree in Economics and minored in Business Administration at the University of Michigan-Dearborn. [The Detroit Blog]


She was a volunteer social worker during her college years. [My Fox New York]


Rima is the ambassador of The Pink Fund, an organization that provides financial aid to women and men afflicted with breast cancer. [The Pink Fund]


She has also worked to raise awareness of breast and ovarian cancer and women’s self-defense. [The Detroit Blog]

17.5.10

Alhamdulillah..

Dengan segala kesyukuran, me telah selamat berbuka puasa....
Hari ni nyer menu berbuka puasa, di beli dari pasar malam Kg Melayu. Dengan rasa tak bersalah, me mintak orang sakit ( hubby ler... ) bawa me ke sana.

Juadah yang dibeli,
mee hoon sup utara ( 2 bungkus )
laksam kedah ( sebungkus )
nasi campur + mee goreng ( hubby nyer )
nasi goreng + ayam goreng ( mine )
tau fu fah ( semangkuk )

Ha amacam, banyak juadah kan... me yang pilih semuanyer... hehehhe =)
Air tak beli, minum air kosong je kat umah. Arini dah dapat sehari, esok insyaAllah nak sambung lagi. Kalau idak pon, me kan puasa isnin dan khamis jer... Hubby dah bagi green light untuk teruskan puasa. Yang penting inform dia dulu... lalala...

P.U.A.S.A

Salam siang...

Hari ni puasa ( puasa ganti.. ), abang pulak lom sehat lagi. Sian dia. Suruh amik cuti. rehat kat umah dia taknak. Nak keje gak.. Kalau ler dia cuti arini, me pon cuti sekali lah... Boleh rehat2 kat umah lagi... Arini puasa sebab ganti hari2 yang tak puasa masa bulan Ramadan yang lepas. Orang lain semua dah abis ganti, me baru sibuk2 nak mula ganti arini. Lepas2 raya aritu, adalah 2-3 hari ganti puasa. Sekejap jer rajin, pastu malas. Lama baru ni nal ganti balik. Teruk kan... Kali ni nak puasa ganti banyak2 ikut kemampuan diri. Tengah rajin ni baik teruskan jer. Kang bila dah period, dah malas nak puasa, tak puasa lah gamaknyer..... Harap nyer kuranglah dugaan hari ni...

p/s : nak makan apa yer buka puasa nanti... =)

16.5.10

Kategori Kuning??? Sungguh tak tersangka...

Eh korang, me baru terperasan yang blog ni "Pelangi Kehidupan" termasuk dalam kategori kuning kat blog en.Ben lah..... hahahhaha.... gumbira nyer. Memang tak tersangka. Terima kaseh lah en.Ben sebab sudi masukkan blog-yang-tak-seberapa ni dalam kategori kuning. Lagi sekali - gumbira dan terharunya... Tak caya, leh tengok gambo bawah ni....


[ ini buktinya... =) ]


p/s : ni capture lebih kurang 2 jam yang lepas. sekarang ranking mungkin dah berubah...

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru

... kepada semua guru2 yang pernah mendidik diri ini menjadi seorang insan yang berguna
... jasamu mendidik ku akan ku kenang selagi hayat dikandung badan
... tetap kekal dalam ingatan, tetap segar dalam kenangan
... semoga dirimu wahai guru ku sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa
... sejahtera lah hendak nyer


" Guru Pembina Negara Bangsa "

Ingatlah... 5 perkara vs 5 perkara

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

15.5.10

Barang dapur

Me baru jer sampai umah. Tadi kuar pegi Tesco Plentong beli barang dapur sket - pegi dengan orang sakitlah... ( cik hubby tu ). Me heret orang sakit pi beli barang dapur - tak patut kan.... Tapi kalau tak pegi dengan hubby nak pegi dengan saper lagi.... Malas ah nak pegi naik taxi atau bas. Sayang duit nyer... Dah abis belanja, singgah kat KFC plak, layan promo baru - KFC black pepper. Sedap jugak lah... 


Next time makan lain plak lah...

Hidup

Dalam hidup, kita kena ada pendirian. Kenapa? Sebab kita bukan barang mainan yang-boleh-tolak-sana-tolak-sini. Setiap kali kita melakukan kerja kenalah ikhlas. Jangan selalu sangat rasa terpaksa, nanti kerja tak menjadi. TAPI memang kadangkala kita terpaksa buat sesuatu kerja tu. No choice! So dimana letaknya pendirian kita? Masa tulah kita kena bijak pertahankan pendirian siri sendiri. Kalau dah memang kerja kilang, mestilah hari2 ngadap benda yang sama. Macam tu juga kalau kerja kat opis, orang yang sama, kerja yang sama kannn.... memang susah nak elak kalau kena suruh-itu-ini. Nak tak nak, terpaksa terima je arahan tu walaupun dalam hati tu berbuku jer nak marah orang yang sesuka hati suruh buat-itu-ini. Masa ni lah kita kena cool kan hati, terima kerja dengan ikhlas, dan kerja pon menjadi.  Kalau dah rasa banyak sangat kerja, kenalah pandai berkata TIDAK , TAKNAK , terima kasih TAPI SAYA SEDANG BANYAK KERJA. Takde salahnyer, kita berkata demikian. Tapi fikirkan dulu segala risiko yang akan terjadi sebelum membuat keputusan. Jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan orang lain....



** Sekadar renungan... **

13.5.10

Pengasas al-Arqam meninggal dunia

Dari berita tv3
Pengasas kepada ajaran al-Arqam - Ashaari Muhammad telah pun kembali kerahmatullah siang tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Aminnnn....

Al-Fatihah


Week 11 - How many wiggies?


Ha mari kawan mari tuan mari teman mari sanak dan saudara.. Mari mari mari.... Anda nampak itu gambar, dengan segala hormatlah hamba nak minta lah tuan-puan sekalian tolong kirakan, ada berapakah jumlah wiggy di dalam gambor dia atas..... Hamba ni dah ler penat bekerja, kena plak wat keje kira-mengira waktu senja2 nihhh.... Tak larat ler. Sampai naik juling biji mata hamba dok kira berapa jumlah wiggy yang ada.

Dah kira ke belom? Kira elok2 tau. Ish sampai nak terkeluar bijik mata hamba mengira wiggy yang ada dalam gambor ni..... =(. Dengan gambo yang sedang2 kechik, dah ler kechik banyak ler pulak.....

Dan setelah ditambah ditolak dikali dan dibahagi, berapa jawabnyer???

Ha ni dia jawab nyer....
Jumlah wiggy yang ada dalam gambor di atas adalah sebanyak....
--> ada 220  wiggy kesemuanya

Dapat tak? Kalau tak dapat, kira semula yer.
OK lah, hamba dah letih ni, mari kita layan video kat bawah ni plak lah.

Project Alpha Season 2 dari episode 22 hingga 25.

[ episode 22 ]


[ episode 23 ]


[ episode 24 ]


[ episode 25 ]



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Busy ker arini... ?????


Yolahhh.... ari ni rasa cam sibuk sangat dengan keje2 yang melambak ( semalam kan MC so berlambak kerja nyer... ). Ni pon dah petang2 baru lah nak bloggin' - sementara tunggu hubby datang amik nak balik umah... Banyak sangat document yang nak kena siapkan. Termasuklah beberapa mesyuarat nak kena attend. Mata ni sampai dah tak larat nak ngadap komputer. Biasa tu sempat lagi bagi masa untuk bloggin, arini memang tak sempat. Betollll tak tipuuuuu...... Sungguh ler mencarik masa2 yang sesuaaaaaaiiiii untuk bloggin, akhirnya dapatlah masa ni sket. OK lah kan, daripada tak sempat langsung. Ingatkan nak bloggin dari rumah jer, tapi hubby amik lewat dia de keje lagi, so bloggin dari opis lah oiiii.... Barang2 sumer dah siap kemas, nanti hubby sampai terus caucincau.... Tak berani nak stay lelama... Takuuuutttttttt........ Keylah, nak sambung ngan entry lain tentang project alpha plak. dah yer....

12.5.10

my hubby



Sian my hubby.... arini wat keje (outstation) kat kluang, johor. Muka lepakkkk gilerrrr.....
Sesampai je kat umah tadi, terus ajak makan roti canai. Hubby tapaukan roti sardin untuk me. So kitorang makan sesama lah... Sekarang kitorang dah mula kurangkan makan nasi waktu malam. Nak "kecikkan" badan sket.... hheehehehehe...... Lepas mandi segala, dia dah tido pon skang ni... Siannyer hubby, penat sangat....

Itulah yang dinamakan kerja kan... Alah bisa tegal biasa...

me... ???!!!

Halllloooooo......I already wake-up... hehehehheheee.......
Sekarang tengah layan citer Adamaya - citer yang dah nak habis dah... Biler citer ni betol2 habis, me nak siri marathon kat catch-up tv di tv3 plak....

Sebelom tido tadi, me sempat join GENG BLOGGER fanpage dalam facebook. Me jadi ahli yang ke-3072. Dah jejak 3ribu lebih tu, ramai nyer... Memang ler me ketinggalan dalam hal2 nak promote blog ni. Untuk newbies cam me, patutnya kena join fanpage ni awal2 lagi. Tapi takper, its better late than never kan. Sekarang me dah join. Kena wat strategi plak nak promosikan my blog....

So saper2 nak tau lebih lanjut dan join geng blogger ni, boleh klik kat bawah ni.


Check up lagi... Bloggin' lagi...

Hari ni me pergi HSI untuk check-up telinga ni. Pergi pagi hubby yang anto. Cam biasa, gi daftar, sarapan, tunggu panggilan appointment, cuci telinga, amik MC, amik ubat. Arini rasa len macam sket, rasa makin sakit plak bila kena cuci telinga. Padahal dah masuk kali ke-4 dah 'mencuci' telingan ni. Tapi memang hari ni rasa paling sakit. Pas abis cuci telinga, terus kepala pusing, takleh nak bangun terus dari pembaringan. cuci telinga sambil baring.. kalau duduk susah nak cuci lah... Tak penah2 tau cenggini, arini memang power kena cuci telinga ni. Tadah jer lah, doktor memang cakap, kali ni nyer cuci dekat dgn gegendang telinga, tu yang cepat pening. Tekanan dalam telinga kuat sangat tu....

Dah settle cuci-cuci sumer, amik surat MC then gi farmasi amik ubat. Sampai sana, ruangan menunggu penuh. Ramai lah plak orang tunggu nak amik ubat. Takper, tunggu jer. Suddently, 10 minit pastu, staff farmasi bagitau yang sistem down, so susah lah nak trace ubat yang doktor perskripsikannn..... Bengang betol, dah ler orang ramai, sistem plak down, memang cam lalat orang2 hurung kat kaunter ubat - tanya itu ini.. Nak senang, gi jumpa doktor balik, tanya perskripsi ubat yang di bagi, then datang balik kat farmasi amik ubat. Leceh betol.... Dah ler me nyer kepala masih pening2, turun-naik-turun-naik tangga kat situ, rasa cam nak pitam plakkkkkkk............ Tapi kaki ni tetap melangkah ikut arahan. Takde maser der nak datang petang karang ker, esok ker semata-mata nak amik ubat jer. Baik sudah kan ari ni jer.... Senang, takde maser nak ulang-alik datang spital ni.... Dah dapat ubat, trus amik cab balik umah. Dari pagi keluar umah ( dlm kol 7.15pg ), sampai kat umah semula masa azan Zuhur tengah berkumandang.... Memang asyikkkkkkkkk....

Oh, lagi 2 minggu kena datang lagi wat check-up. Taon ni memanjang ler me amik MC. Tiap kali check-up, dapat MC.  Begitulah selama 4x ni.... Menurun prestasi kerja tahun ni....

Ni dah kat umah dr tadi facebooking dgn blog walking jer.... Sambil tu basuh baju-angkat kain jemuran and masak air. Air minum dah tinggal sket, kenalah masak. Kang time nak minum air takder, lagi haru..... Takkan time tu nak minum, time tu nak masak air??? Dapat air panas ler jawabnyer.... ahahhhahahahahaha.... Keylah nak sambung facebooking dgn blog walking yer..... Kalau tak pon, solat pastu tido. Malam tadi tengok project alpha s2 video (episode 12 ~ 22) secara maraton. Kol 3 pg baru tido. Ni saki-baki mengantuk der lagi.... Tak tahan dah, nak tido kejap lah.... da....

zzzZZZZzzzzZZZZzzzz............

11.5.10

Wassup.. wassup...

Assalamualaikum sumer....

Korang tengah watper hah? Me tengah layan video project alpha s2. Dah lama ketinggalan nak tengok video bersiri ni. Hari ni tengok episod 12 sampai 23... Sambil2 tu jawab soklan kuiz dalam Ruumz utk PA S2 ni... Hadiah menarik lagi tertarik, sapa taknak kannnn... So saper2 nak cuba boleh klik kat icon bawah. OOppppssss.... sebelum tu, nak kena register dulu yer baru buleh join contest nyer..... heheheh...


Jom layanzzz....

10.5.10

Oohhh...


Tiba-tiba ternyanyi lagu ni pagi-pagi ni... Teringat lah pulak, hehehe.. =)


Ku Redha Sendiri

Aku bukan aku
Yang kau kenali dulu
Engkau bukan engkau
Yang pernah memukau

Di hadapan kita
Dua insan berbeza
Yang mencari-cari
Arahnya sendiri

1
Suara senada
Seia sekata
Tiba saatnya
Bercanggah jua

Kita yang bersifat baru
Berubah dengan waktu
Kau dan keangkuhanmu
Mencabar kesabaranku

Ke mana kelembutan
Bicara yang bersopan
Diriku dikasarkan
Oleh pengalaman

Andainya berjauhan
Rahmatnya kedamaian
Biarkan pergi
Biarku di sini

( ulang dari 1 )
Biarlah pergi
Ku redha sendiri
There was an error in this gadget

:: Blogger