:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.12.11

2011...fly away..



Sob..sob..
Tahun 2011 dah nak meninggalkan kita.
Akan datang tahun baru 2012 pula.

Segala kenangan indah pahit dan manis pastinya menjadi kenangan.
Manis tidak semestinya indah.
Dan pahit tidak semestinya memilukan.
Ada masanya, pahit akan manis akhirnya ( kata Ukays.. ).
Begitu juga sebaliknya.
Apa saja yang terjadi, adalah ketentuan dari-Nya.
Sebagai hamba, terimalah segalanya dengan redha dan ikhlas.
Kerana ia mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik, ikhlas dan redha dengan kehidupan...
Segalanya pasti terlipat kemas di dalam memori untuk kenangan masa hadapan.


@ please fly carefully 2011, we will miss u..

From google.com



Google.com for the last day of 2011.
Welcome 2012..

30.12.11

Berakhir 2011

30.12.2011

- Jumaat terakhir dalam tahun 2011
- Hari ke-364 dalam tahun 2011
- Hari terakhir bekerja untuk tahun 2011
- Hari gaji + bonus

29.12.11

Iklan tipu

Aku paling menyampah bila tengah-tengah syok buat keje tetiba dengar bunyi mesej. Lepas tu mesej yang datang tu mengarut-ngarut.

Ni salah satu contoh :
RM0. Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih Cabutan B'rtuah "RM 19,000.00" dari SHELL HELIX No Reg 552299
Sila Call di Talian 0178941357
Terima kasih.

Memang rasa cam nak maki je...
Iklan yang tak tentu sahnya.
Buat semak inbox kat henfon aku jer. Grr...

28.12.11

Usher in 2012 with Youth Code, for skin that looks and acts dramatically younger #imworthit




LOREAL product for 2012

Look cute and stylish today with the #cartoonusbpendrive #milkadeal

Look cute and stylish today with the #cartoonusbpendrive #milkadeal

A #TigerBalmPlaster




Gunalah tiger balm plaster untuk melegakan sakit-sakit badan dan sendi serta otot.

Caruman KWSP Majikan 13%

Kadar Caruman KWSP Majikan 13 Peratus Untuk Pekerja Berpendapatan Sehingga RM5,000


KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar carumanan berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP.

Bagaimanapun, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus, katanya dalam kenyataan Selasa.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini," katanya.

Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, katanya KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah ini kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia. - BERNAMA



# Sumber : mStar

@ Caruman majikan - 13% ( kuatkuasa - bermula Januari 2012 )
@ Caruman pekerja - 11%

Johor Premium Outlet

Jom shopping... =)

27.12.11

Tikus - Santapan



Bila tikus jadi santapan
Segala nya indah
Bagai dunia 'kita yang punya'
Hahahahhahah.....

Nesvita for brunch

Asslamualaikum..

Dah selamat bercuti selama 3 hari, hari ini kita mulakan minggu yang baru.
Siapa yang tak sempat sarapan tu boleh lah makan+minum nesvita ni.
Aku suka oat.


Sesuai juga untuk minum petang dan malam..

23.12.11

Cuti panjang


Google today


Selamat cuti panjang semua..
Selamat menyambut hari Natal..
Dapat cuti 3 hari - Sabtu, Ahad, Isnin.
Minggu depan kita jumpa lagi.

22.12.11

Lucky draw



Hadiah lucky draw - Kamera Panasonic Lumix

Kepenatan

Semalam adalah satu hari yang penat.
Bermula pagi dengan kerja-kerja pejabat.
Menginjak ke tengahari bergerak ke MPC untuk QCC Final Presentation.
Stay sampai petang.
Dah selesai majlis, bersiap-siap untuk Annual Dinner malamnya di Persada Johor.
Berjimba ria di majlis makan malam tahunan.
Majlis tamat pukul 12 tengah malam...
...
...
...
...
...

@ So skema kan...

@ Pagi ni terasa sangat penatnya sebab semalam tak sempat nak tidur-sekejap-waktu-siang. Dan badan jadi letih yang amat sangat..

@ Walau duduk sahaja dengar orang buat presentation, badan tetap sakit sebab kerusi kurang empuk..

@ Majlis makan malam mula on-time tapi habis lambat. Dulu-dulu punya majlis habis sekitar 10.30 malam - 11.00 malam. Tapi semalam habis pukul 12 tengah malam. Dah bergambar sakan baru pulang ke rumah.

@ Sampai rumah, buat-apa-yang-patut dan zasss terus pejamkan mata tidurrrrrrrrr dengan lena.

@ Pagi-pagi terjaga dari tidur, terasa sangat badan letih-penat.

@ Sekarang di pejabat mata sangat letih, badan sungguh penat. Rehat tengahari nak tidur.

21.12.11

QCC Final Presentation @ MPC


Date : 21 December 2011
Venue : MPC Bandar Baru Uda, JB
Event : QCC Final Prensetation

Impress your friends today with a beautiful bright iPad2. Head over to #all2buys #milkadeal

Impress your friends today with a beautiful bright iPad2. Head over to #all2buys #milkadeal

#MysticalEve 2012



Usher in 2012 with Youth Code



20.12.11

Annual Dinner



Bersedia untuk 'Annual Dinner Company' esok malam..

Tawaran ke SBP | Sek Men Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, N9



Adik yang bongsu dapat tawaran kemasukan ke tingkatan 1 di SBP ( sekolah berasrama penuh )
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sekarang ni tengah dok fikir nak pergi ke tak.
Dalam hati dia 50-50, separuh rasa nak pergi separuh lagi taknak pulak.

19.12.11

2 pusat pemindahan banjir di Johor

JOHOR BAHARU: Dua buah pusat pemindahan banjir dibuka di Kluang malam semalam apabila 144 penduduk dipindahkan berikutan banjir di daerah tersebut.

Pusat tersebut ialah SK Kampung Mengkibol yang menempatkan 101 mangsa dan SJKC Ping Ming yang menempatkan 43 mangsa banjir.

"Seramai 350 penduduk di lima buah kampung Orang Asli di Kahang juga telah terputus hubungan apabila jalan ke kampung tersebut tidak dapat dilalui," kata petugas di bilik gerakan banjir Kluang, Ishak Atan ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Menurut beliau bilik gerakan banjir daerah tersebut belum dibuka secara rasmi namun pihak berwajib sudah mulai menggerakkan jentera masing-masing bagi membantu mangsa yang terlibat.

Mangsa banjir mulai berpindah semalam apabila paras air Sungai Mengkibol naik ke tahap 25.99 meter berbanding tahap bahaya 25.46 meter berikutan hujan berterusan.

Menurut laman Public InfoBanjir milik Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, seramai enam mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Kamisan di Ladang Chaah, Batu Pahat dipindahkan semalam.

Mereka dipindahkan ke balai raya kampung tersebut apabila air Sungai Lenik meningkat kepada 6.63 meter, melebihi aras bahaya 6 meter.

Aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat juga telah melebihi paras normal 18.95 meter apabila mencatat kenaikan kepada 19.85 meter.

Aras air Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat juga telah meningkat dari 7.92 meter kepada 8.55 meter.

Orang ramai di kedua-dua kawasan tersebut dinasihat agar berjaga-jaga dengan kemungkinan aras air sungai akan meningkat.



# Sumber : mStar

B+



Assalamualaikum.
Selamat pagi.

Cuaca yang dingin dan mendamaikan.
Amatlah sesuai untuk tarik selimut sampai ke dada.
Ohhhhh tidakkk....
Aku takleh nak begitu kat opis ni.
Itu hanya untuk orang yang tek bekerja sahaja.
Aku kan kerja, kenalah pergi opis jugak walau tadi pagi liat nak bangun.
Walau badan letih-tak-cukup-rehat.
( dahlah jalan jem naseb baik sempat punch-card-on-time )

Sekarang ni kat opis kena 'JADI POSITIF' dari segi penampilan dan fikiran.
Kalau tidak aku akan layu je sampai abis waktu kerja nanti.
Kena cergas untuk usir itu 'monday blues'.
Sebab banyak dah kerja yang menunggu ni.
Walau tak larat, harus ku gagahi jua..
Kesian kannnn... =(

17.12.11

Sabtu hingga Ahad

Hujung minggu jalan-jalan

Sabtu : Johor Jaya  -->  Permas Jaya  -->  Pasir Gudang  -->  Larkin  -->  Pontian

Ahad : Pontian  -->  Muar  --> Pontian  -->  Permas Jaya  --> Johor Jaya



Notes :
Permas Jaya - Majlis kahwin / Kenduri berkhatan
Pasir Gudang ( Taman Air Biru ) - Majlis kahwin
Larkin ( SMT Azizah, Jalan Datin Halimah ) - Perjumpaan pra-majlis perkahwinan
Pontian - Tempat rehat ( Rumah atok )
Muar ( Pagoh ) - Majlis kahwin

16.12.11

Tonite | NAPBAS 2011





Date : 16 December 2011

Time start : 6.30 pm

Venue : Grand Ballroom, Putrajaya Marriott

Dress code : Formal

Saga FLX SE, a ride that will be the envy of others.



Finding ways to pressure your peers? Saga FLX SE, a ride that will be the envy of others.: Proton Saga FLX SE 1.6L is the hottest sedan in its class. More performance, comfort and hot style yet it won’t burn hole in your pocket. Hurry, visit nearest PROTON showroom and drive one today. The pressure on!

Make-up kereta korang..



Samsung galaxy tab new version



Shape your body



Mission Impossible | Ghost Protocol



VW's for test drive



iPhone 4S with maxis | New Year brand new gadget



15.12.11

Quick update..

Nerves bila kena berurusan dengan orang yang 'lain-dari-biasa'.

14.12.11

Daulat Tuanku | Sultan Abdul Halim, SPB Yang Dipertuan Agong ke-14



KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Ini kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama adalah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun. Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam, menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, kelmarin. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Istiadat semalam adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Upacara bermula jam 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Mesyuarat dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian di-Raja Kedah yang dikenali sebagai ‘Sikap’ yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi. Istiadat semalam juga membabitkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Syed Danial kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan. Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan berkenaan.

Istiadat semalam dihadiri Raja-Raja Melayu, kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir semua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua jabatan.



Sumber : Berita harian

13.12.11

Iklan | Jahit baju & seluar



Cara pengiklanan yang paling mudah.

JAHIT BAJU & SELUAR
LAKI & WANITA
ASKAR & AWAM
LANSIR DLL

Buat template dan cat didinding rumah anda.

Tengok gambar ni, salah satu contoh pengiklanan menarik yang aku nampak.
Alkisahnya, aku pergi majlis kahwin kawan hubby kat Pasir Gudang, dalam perjalanan balik aku terperasankan iklan ni kat salah sebuah rumah yang ada kat situ.
Masa pergi tak nampak, masa balik boleh pulak nampak sebab pergi dan balik ikut jalan lain.

Dalam hati berdetik, senangnya nak buat iklan.
Dari jauh dah nampak.

Ada sesiapa lagi yang berani nak buat iklan macam ni??
Pasti havoc..

Layankan



Ya.. anda difahami..
Silalah bebel lagi.

Selagi anda tak bosan membebel, bebel-lah lagi.
Aku tadahkan telinga je mendengar.
Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Mana-mana yang penting - aku capture.
Mana-mana yang hampeh - aku passed-by-kan jer.. he..he..

Nampak macam aku peduli,
Tapi sebenarnya aku TAK-PEDULI langsung.
Ibarat angin yang lalu.
Tak perlu dikesahkan.
Sebab esok-esok pun kau akan membebel lagi.

Sekian, harap maklum.

Hari ini : 13-12-11

Satu lagi tarikh menarik untuk dikenang..

13.12.11


Susunan nombor menurun bermula dengan
nombor 13 diikuti dengan 12 dan diakhiri dengan 11



# Tahun 2011 ni banyak tarikh-tarikh menarik kan..

Watak-watak pengguna facebook

Ha..ha.. ni aku cilok-dengan-izin dari fb kawan aku.

Kat bawah ni dia senaraikan watak-watak pengguna facebook zaman sekarang..

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari... ...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan ( Contoh :: 71M@T -> Jimat )

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan ( contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc. )

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam.

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! ( contohnya amek gambar dgn mulut terbuka luas, jelir2 lidah... oouch )

10. SHOW-OFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.



# Pilihlah mana satu yang kena dengan korang..
# Saja suka-suka, jangan pulak ada yang terasa hati..

12.12.11

Google today


Google's appearance today - Robet Noyce's 84th birthday


Who's this person?

co-founded Fairchild Semiconductor in 1957 and Intel in 1968

11.12.11

Sarapan pagi

Assalamualaikum..
Selamat pagi Ahad..
Selamat hari minggu..
Selamat semuanya..

Ber-online @ Habib Johor Jaya

Sarapan pagi nasi lemak berteman air nescafe O / nescafe ais...

Nyaman dan mengasyikkan..
Sambil ditemani rintik hujan..
Membasahi bumi..

Menginjak ke tengahari berpergian ke majlis kawen teman hubby..

Gekko Dashboard Manager - #danstechnologies #milkadeal



MPV for a greater life



Financial advice #PrudentialMY



10.12.11

Gerhana bulan penuh



Dikatakan malam ini akan berlaku gerhana-bulan-penuh yang dijangka bermula dari pukul 7.30 malam..


Sumber
gg

EPIConcert! Check out who they are...



EPIC people will be gathering at the EPIConcert! Check out who they are...: If you grew up to the 90's tunes of Backstreet Boys, Nsync, or even Spice Girls...GET READY for a blast to the past this December! Bringing you back to the 90's are some of Malaysia's favorites like BUSCO, Queenz Cheng, Narmi, Paperplane Pursuit and more!

EPIConcert aims to raise funds for EPIC Causes such as EPIC Homes - an outreach project dedicated to building homes for the Orang Asli and creating low-cost housing that ANYONE can build in a matter of days.

To reach this EPIC feat, bring yourself to The Stage and have fun with some of Malaysia's top young musicians while reliving some of the best hits and moments the 90's had to offer.Stand a chance to win a Samsung Galaxy SII while chilling out to 90's tunes at :

The Stage @ Publika, Solaris Dutamas
3-6pm, 11th December 2011

Ticket Price : RM 25

To purchase tickets, make an enquiry at EPIConcert Facebook. Stand a chance to win a Canon EOS Camera Bag by sharing this campaign.

Fear, isolation and violence that only YOU can help to take away...



Fear, isolation and violence that only YOU can help to take away...: The fight for survival is a daily battle for refugees and asylum seekers in Malaysia. Coming from countries such as Burma, refugees are forced to flee from their homelands in pursuit of safety from oppressive conditions such as confiscation of homes, forced labor, systematic rape and torture. However, their efforts to gain freedom in Malaysia are short-lived due to discrimination from local employers. Refugees and asylum seekers work in situations where they face verbal and physical abuse from employers, low/unpaid wages, and long working hours in exploitative conditions.

Question is, where is the humanity in all of this?

Agree to stand up against forced labor and human trafficking by signing a Petition Letter to the Prime Minister of Malaysia today!

Petition available here : http://chn.ge/heimalaysiapetition

UNICEF Malaysia – Teach Respect



UNICEF Malaysia – Teach Respect: Think back to your childhood. Did you ever get called names, ignored, bullied or made fun of? Did it happen once or twice, or all the time?Did it hurt?Some children get picked on far too often, just because of who they are. Other children are bullies because they don’t know any better.We believe that all children deserve better. UNICEF Malaysia’s Teach Respect mini-campaign aims to empower adults and children alike to promote fairness, empathy and mutual respect in their communities. This initiative is in honour of Universal Children’s Day on 20th November: a day to remind us of our duty to protect childhood for all children, everywhere.To learn how you can help us spread tolerance and understanding, please visit the Teach Respect site, view and share the video Public Service Announcements and join our community discussions on Facebook between November 14 and 24.You can teach children to respect one another.

A Sweet Birthday



A Sweet Birthday: Bring about birthday cheer to underprivileged children through Caramel, an online platform that enables Malaysians to fulfill birthday wishes of less fortunate children in the country. Log on to Caramel’s [website] and click on ‘NGO’ to view details of children from different shelter. Donations are to be made three weeks prior to a child’s birthday.Check out Caramel's Facebook Fan Page for updates too!

Gifts of Hope


Gifts of Hope: As World Vision hits its 15th year of service in Malaysia, many have benefitted from their works and efforts due to the contributions from the public.To give more, World Vision will be bringing back the Gifts of Hope Catalogue where you get the opportunity to share some special gifts during this season of giving.The Gifts of Hope Catalogue features over 20 special gifts that are practical, life-changing and life-saving to others. Each gift is special in its own way and goes as far as Thailand and Indonesia. You even have an option to share the gift by giving as a group!Make sure to check out the following roadshows to shop for meaningful gifts for yourself and your loved ones:


1 Utama Shopping Centre (7th - 11th December)
TESCO Kepong (23rd - 24th December)

Book your seats now, it’s the MAS Year End sales!



Book your seats now, it’s the MAS Year End sales!: From Paris to Japan, MAS wants you to enjoy a wintery holiday with special year-end, all-inclusive fares! Travel anytime now till 31 December 2011; booking period ends 11th December 2011.

Libresse for women..



3 new designs in stores! Get all 6 tin cases now!: This December, collect all three, all new specially designed tin cases from Libresse that come with free paper cut dolls! With every purchase of a Libresse promo bag (2 x 12s Maxi Night Wings / 2 x 20s Maxi Non Wings / 2 x 16s Maxi Wings). Get yours now!

9.12.11

...mengantuk..penat..

Letihnya badan..

Mengantuk pun ye juga..

Kerja pun banyak..

Tapi sentiasa nak menguap..

Tak larat nak bergurau-senda..

Cuma nampak bantal dan tilam..

Alangkah indah kalau dapat melelapkan mata sekarang ni..

Tapi mata-mata ramai..

Tak selesa jadinya..

8.12.11

Perkhabaran sedih



Al-fatihah..


Menerima perkhabaran sedih..
Salam takziah kepada ahli keluarga sebelah my mom kerana abang tiri my mom baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pontian lebih kurang pukul 10 pagi tadi.

Kepada ahli keluarga yang lain, banyak-banyakkan bersabar, berdoa, berzikir dan membaca surah Yaasin.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin...

Malaysia's snorkeling destinations are in deep trouble. Act fast.



Malaysia's snorkeling destinations are in deep trouble. Act fast.: The Coral Triangle feeds 120 million people and has the highest concentration of coral species in the world. Support WWF's MYCoralTriangle Campaign: Help save the Coral Triangle and save your seafood with just US$5. Visit wwf.org.my

You wanted Yuna? You got it! Hotlink #NowYouCan is bringing u the 1st People Powered Concert ft Yuna!

You wanted Yuna? You got it! Hotlink #NowYouCan is bringing u the 1st People Powered Concert ft Yuna!: Hotlink is bringing you the world’s 1st People Powered Concert. Be among the first in the world to watch Yuna take on the virtual stage with her new single at the first ever People Powered Concert on December 14th 2011! It only takes 10,000 Hotlink numbers to unlock the concert, so book your seats now and recruit your friends!

7.12.11

Sok..sek..sok..sek....Ombak Rindu


Filem arahan Osman Ali
Terbitan Astro Shaw - Tarentella Pictures, LLC

Antara pelakon nya..
Maya Karin - Aaron Aziz - Lisa Surihani - Bront Palarae



Novel Ombak Rindu
Karya terhebat Fauziah Ashari

Izzah - Hariz - Mila - Dato Sufiah - Pak Dollah



p/s :
- Banyak yang dah tengok - semua komen cerita ni menarik
- Sesiapa baru nak tengok, sila sediakan tisu banyak-banyak
- Novel cetakan terbaru dengan muka pelakon di depannya
- Dikatakan hasil jualan dah mencapai RM4 juta

JCard members' day @ Jusco Tebrau City



JCard day
Rabu dan Khamis

Jom kita shoppingggg.... =)

Kupon Burger King



Promo Burger King.

RM5 sahaja untuk sebiji burger.

Boleh pilih samada nak black pepper atau spicy jalapeno.

Promo tamat 8/12/11.

Cepat-cepat print kupon ni sebelum anda menggigit jari..

Nyum..nyum..nyum..

Dah penat kerja tapi tak di bayar gaji



Bagaimana perasaan korang bila 'kita dah penat bekerja tapi tak di bayar gaji??'

Macamana dengan urusan seharian kita?
Makan minum kita?
Perbelanjaan isi rumah kita?
Dapur kita?
Hal ehwal kesihatan kita?

Semua tu kan perlukan duit.
Takkan nak minta sedekah pada orang lain?
Takkan nak harapkan simpati dari orang lain?

Kalau macam tu, apa guna kita kerja tapi tak di bayar gaji???
Dah penat kita membanting tulang tapi tak nampak hasilnya.

Kita kerja sebab perlukan duit.
KERJA = DUIT  --> Bukti kepada hasil titik peluh kita.

Janganlah pentingkan diri sendiri sahaja dengan menindas orang lain.
Anda sebagai majikan, sepatutnya membayar hasil titik peluh yang telah dikeluarkan oleh pekerja anda.
Mereka membanting tulang bagi memastikan kerja anda itu siap sepenuhnya.
Dan gaji itu yang mereka harapkan dengan selesainya kerja anda itu.

Jangan ingat anda sahaja yang susah.
Bila pekerja tak bergaji, lagi susah kehidupan mereka.


Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan..

6.12.11

Giant Weta



Memperkenalkan Giant Weta. Apakah itu Giant Weta?

Sebenarnya, ia adalah serangga yang menyerupai cengkerik yang sangat besar yang juga merupakan serangga terbesar di dunia. Ia seberat tiga ekor tikus dan lebih besar dari beberapa jenis burung.

Panjang sayap serangga itu 7 inci tetapi lihatlah serangga itu di atas tangan manusia, ia seperti makhluk asing.

Mujurlah, Giant Weta hanya boleh dijumpai di Pulau Little Barrier di New Zealand.

Pulau itu sebenarnya membantu Giant Weta menjadi sangat besar kerana di situ tidak ada banyak pemangsa dalam habitatnya.

Giant Weta itu ialah yang terbesar pernah ditangkap gambar dan dijumpai oleh pengembara bernama Mark Moffett.

Mark memberanikan diri memegang Giant Weta berkenaan dan memberikannya makan lobak.

(Gambar: Gizmodo.com)



# Sumber : myNewsHub
There was an error in this gadget

:: Blogger