:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.11.09

MBP Ambassadors

2nd entry Nov'09

La ni, MomBloggersPlanet offer kerja kosong. Kepada sesiapa yg berminat, bolehlah mencuba nasib...

Jawatan : Duta MBP (Ambassadors)
Jumlah kekosongan : 5

Senarai tugas :
a) Moms Forum Moderator
b) Update Any New Blog Contest in the Forum
c) Review blogs in the Moms Review Moms Forum
d) MBP 1st Anniversary Gathering (planning/discussion)

Andai terpilih, bolehlah dpt benefit spt di bawah.... :
a) 500 MBP reward points upon hiring
b) 50 MBP rewards points monthly
c) Free Fame on MomBloggersPlanet
d) MomBloggersPlanet Ambassador Badge

Untuk maklumat lanjut, sila layari MomBloggersPlanet - MBP Ambassadors

26.11.09

Salam Iduladha



Salam kepada sahabatku ku sekalian... Hari Raya Korban dah tiba..... Aidah sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada semua... Salah dan silap harap dimaafi yer..

19.11.09

MomBloggersPlanet dari kaca mataku...

Haaallllooooooooo teman2 ku sekalian, pernah dengar ini nama ~~> MomBloggersPlanet ??


Ada ke idak? Kalau ade baguih lah. Kalau tak lagi, mari dengar Aidah nak cerita. Web ni Aidah jumpa dlm my friend's blog,

Nurul Dhia ( SuPeR DooPer KaWaii MoMMy & LiL' OnE )

dan di web sis Emila ( Emila's Illustrated Blog ).

Memula nampak badge ni, byk yg menerjah kotak pikiran. Apa dlm web ni? Special sgt ke web ni? Apa yg aku leh dpt kalau join web ni? Eh, aku yg lom de anak ni boleh join ker? Dan byk lagi persoalan2 len.... dan utk selesaikan segala persoalan yg ada kat my head ni, Aidah terus go through web ni. Baca mana2 yg patut. Dapatkan maklumat2 yg btol.... dan macam2 lah. Bila dah go through serba sedikit kat web ni, Aidah amik keputusan nak join - so terus lah sign up utk jadik member.... Now i'm a verified member hahahahahha.... ( sejujurnya, lama dah Aidah tempek bagde ni dlm my blog, before my registration... Jgn marah yer sis Ros... )

MomBloggersPlanet ni memang klas. Congrats to sis Ros. Kepada kawan2ku sekalian, tak rugi korang join web ni. Banyak info ada dlm ni. Sape2 yg br kawen ker, dah kawen lom jadi mak, ibu, umi, mama, mummy dll...., yg dah de anak ker, anak dara ker... boleh join web ni. Pengetahuan tak terhad utk sebilangan orang shj. Tak rugi join web ni tau.... So apa tunggu lagi, jom ar join MomBloggersPlanet ni.....

18.11.09

Pernikahan atau Perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Untuk suami... Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah.... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. Isteri adalah murid kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri... renungkanlah. ....Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia? Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri, jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


********************
Ni petikan dr email. Semoga jadi renungan dan panduan dlm kehidupan seharian kita yer.....

13.11.09

Update ~ tambah, buang, klik sana, klik sini...

heheheh.... dah mula dah... bukannya apa2 post pon, sekadar godek2 blog ni, bak kater kawan adda, "rerajinler le masuk blog ni, buleh dapat ramai kawan....". la ni bukan online nak carik kawan tp ngah cari tang mana yg buleh di adjust lagi biar blog ni nampak meriah. adjust ikut sesedap rasa cinta hatiku macam address blog ni cintarasahawa... hehehe jgn mare... setakat ni maseh OK lagi. dah jemu karang, tukar lah lagi. bosan gak lelama sgt, kang boring plak nak jenguk masuk. so, stay tuned...

p/s : kengkawan, sahabat, teman
~~> nama "Adda" akan ditukar kembali kpd "Aidah" atas permintaan husband. berkuatkuasa serta merta yer... suami ku bilang, "tak moh le nama adda, tak mencerminkan diri sendiri. tuko balik nama asal..." so obey the rule. husband is right. this blog is about me, myself & myfamily. that means what ever inside the blog must straightly reflect myself. so from now onward, only aidah will be appear in the post. hheeheehhehe

9.11.09

Masa untuk bekerja...

Wah wah wah... semalam satu hari suntuk adda & hubby mengemas rumah kami. Selalu tu kemas jugak, tp taklah sebersih & sekemas smlm. Memang pueh hati dapat kemas umah. Penat & peluh silih berganti, tp tak mengapa sbb peluh kan baik untuk kesihatan kita. lalalalalllaaaalal... umah ku dah bersih. yyyyyaaaaaaahhhhhhhhhuuuuuuuuu

5.11.09

Hujan....


Hari ni cuaca tak cerah. Hujan memanjang... Angin monsun dah datang membawa air hujan yg lebat utk makhluk2 dimuka bumi ini. Alhamdulillah, hujan dan panas silih berganti. Namu cuaca hujan ni pasti lama kan... adda & hubby risau memanjang sbb kami kan pegi keje naik motor, musti nak kena wat preparation pagi2 sebelum pegi keje. Risau nyer rasa hati adda...

Macamana nak kira kalori dlm makanan???

Korang sumer tau tak camne nak kira kalori dlm pemakanan seharian kita? Baru2 ni adda ada terjumpa panduan nak kira kalori ni dlm sebuah web fotopages. Adda rasa ianya bagus untuk dikongsi pada kengkawan sumer [ juga utk diri adda & keluarga. kesihatan itu compulsory tau... ]. So adda copy isi kandungannyer & publish kat sini. Moga jd manfaat kpd sumer yer....
[ credit tu
nuriz fotopages ]
PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori : Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori : Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)= 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori : Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Makanan Segera
1. Paha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping =58 kal

Kategori : Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Peringatan : Purata pengambilan pemakanan mestilah <1000>
There was an error in this gadget

:: Blogger