:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

20.10.14

Pampers dan susu

Shopping... shopping... dan shopping...
Setiap kali nak shopping, mesti pastikan dua benda ni dah ada stok kat rumah.
Kalau takde jangan mimpilah nak beli barang lain.


Pertamanya, pampers.
Jenama Drypers.
Saiz L untuk Ameer.
Saiz M untuk Arissa.

Stok yang mesti mesti yang belum lagi dibuka.
Kalau dah buka @ gunakan, yang tu tak dikira.


Keduanya, susu formula.
Ameer minum Dutch Lady 123 biasa/vanilla.
Yang ni kena ada stok sekurang-kurangnya 2 peket yang 1 kilo tu.
Masa Ameer kecik-kecik dulu, dia minum susu Anmum tu.
Dah masuk setahun setengah, tukar susu.
Cuba susu ni - tengok serasi dengan dia - teruskan je lah.



OK. Bila 2 barang ni dah pasti ada stok kat rumah, barulah boleh nak shopping barang yang lain.
Barang-barang ni pulak biasanya dibeli 2 minggu sekali.
Ada duit lebih, beli sekali banyak.
Duit secukupnya, beli pun semampunyalah.

Tak tergamak nak beli barang lain kalau keperluan anak-anak belum dipenuhi.
Memang nampak remeh.
Tapi kalau tak tetapkan setiap 2 minggu beli barang ni, belum tentu stok yang ada cukup sampai hujung bulan.
Bila nak dekat hujung bulan, duit dah kurang - mana nak carik duit lain beli pampers dengan susu ni...
Dah settle barang Ameer dengan Arissa baru lega.

Majalah Infiniti




Muka depan majalah Infiniti terbaru keluaran November-2014.

Beli sebab tertarik dengan gambar anggur yang bermacam warna.

Ada ke anggur ni di jual di pasaran?
Teringin juga nak tengok dengan mata sendiri...

posted from Bloggeroid

14.10.14

10 fakta tentang saya

10 fakta penting tentang saya :


Satu = Anak sulung dari 5 orang adik-beradik.

Dua = Sudah berkahwin : suami dan 2 orang anak.

Tiga = Suka gajet - main game.

Empat = Suka buku - novel, motivasi, komik.

Lima = Tembikai dan durian is the best!!

Enam = Support breastfeeding.

Tujuh = Jam tangan + wallet (dengan duit) + henfon is the most. Paling penting jam tangan. Semua tertolak kalau jam tangan hilang.

Lapan = Jam tangan pakai di tangan kanan.

SembilanBiru, merah dan pastel - warna kesukaan.

Sepuluh =

1.10.14

October coming..



Welcome October..

Math

Repost from fb




Math = Love

posted from Bloggeroid

There was an error in this gadget

:: Blogger