:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.8.11

Selamat Hari Raya

Salam Syawal yang pertama 1432H...
Salam penuh kemaafan..
Salam penuh keindahan..
Salam penuh ceria..
Salam penuh warna-warni..


Ramadan yang penuh barakah telah pun berlalu pergi. Semoga kita semua sempat memanfaatkannya. Dan pastinya kita akan ternanti-nanti kedatangan Ramadan yang baru. Moga-moga sempatlah kita bertemu dengan Ramadan yang akan datang. Bulan mulia penuh barakah..

Tibanya Syawal disambut dengan penuh kemeriahan disamping ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Sesungguhnya kedatangan Syawal yang penuh mulia, lagi indah ini telah disulami dengan tawa dan airmata.

29.8.11

Salam Lebaran

Salam Lebaran 1432H kepada semua rakan-rakan blogger..
Mintak maaf salah dan silap yer. Mana lah tau ada yang tersinggung ker, termarah ker.. dan ter.. ter... ter... lagi. Mintak maaf sekali lagi..
Halalkan jua makan dan minum.
Semoga Syawal kali ini membawa 1000x erti kepada anda semua.. =)

Penat satu badan

2 ari berturut-turut aku bertapa kat umah family aku, sabtu dan ahad lepas. Sebelum mula bertapa tu temankan mak dengan adik-adik aku pergi Giant beli kasut raya dengan tudung raya diorang. Tahun ni bajet aku terhad, so mak, abah dengan adik lelaki no.2 yang sponsor kelengkapan raya diorang.Aku cuma dapat sponsor tudung je..

Lepas dah sudah semua, balik umah family untuk memulakan aktiviti pertapaan - membuat biskut raya untuk kali yang ke-2. Yang pertama adalah masa 2 minggu raya, aku sempat gentel tepung buat kuih siput, mak dengan adik-adik buat kuih cornflakes dengan bunga dahlia. Kali ni buat almond london dengan cornflakes madu. Cornflakes ni sempat siap ari sabtu. Yang almond london - sabtu buat biskut, ahad celup coklat. Dan gara-gara buat biskut kali inilah badan aku sakit-sakit. Penat yang amat sebab dah lama tak buat kuih raya. Nampak senang tapi susah.

Pastu, siang ahad pulak tolong mak masak-masak ( tolong sekejap jer.. ) untuk munjung pada atok kat kampung dan rakan taulan serta jiran terdekat. Tambah lagi penat. Lepas dah siap semua, diorang pun pulang ke kampung. Aku pulak pergi dengan hubby ke rumah family dia. Kat sini lom masak-masak lauk, baru rebis ketupat jer. Tengah sedap-sedap tengok TV FIL singgah rumah hantar ayam mentah suruh goreng sebab esok pagi lepas dia balik kerja - nak masak rendang ayam. Mula lah aktiviti menggoreng ayam dengan MIL dan SIL. Bila semua dah siap - ayam dah goreng dan ketupat dah masak, baliklah pulak kat rumah.

Sampai rumah terus bersihkan diri dan kemas-kemas apa yang patut. Memula ingat nak tido sekejap tapi takut terlajak tidur, tu yang lom tidor sampai sekarang. Masuk bilik, packing baju untuk balik kampung. Dah sudah, sedia untuk sahur pulak.

Sahur pagi ni dengan murtabak, sambal tumis, sandwich tuna, buah tembikai, air milo dan air kosong. Cukuplah untuk alas perut. Disebabkan penat tak hilang lagi, aktiviti kemas-kain-baju masih lagi dijalankan. Lambat kan nak ngemas untuk dua orang... ( oh sungguh tak larat )


# Mood raya dah terbit =)

27.8.11

Facebook lovers!

 


Video on #SayaSukaMalaysia



D thinnest BlackBerry, Bold 9900!



26.8.11

Jumaat ke-4 di bulan Ramadan

Alhamdulillah...

Pagi yang indah di Jumaat ke-4 pada bulan Ramadan kali ini.
Dilimpahi penuh kenikmatan dengan hujan yang mencurah bumi, membasahi isi alam.
Membawa seribu satu kerahmatan kepada penghuninya.

Free gift



Free gift to be collect....rewards from maxis =)

25.8.11

Lokasi speed-trap hari raya

Bawah ni aku senaraikan kawasan/lokasi yang ada kamera speed-trap.

Kepada semua pengguna jalanraya/lebuhraya, silalah patuhi had laju yang ditetapkan untuk mengelakkan dari di saman ye.... =)


PLUS Arah Utara (Dari KL):
  1. Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
  2. Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
  3. Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
  4. Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
  5. Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
  6. Km 296 berdekatan exit Gopeng
  7. Km 352.6 selepas exit Sungkai
  8. Km 373 berdekatan exit Slim River
  9. Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
  10. Km 308.6 selepas exit Gopeng
  11. Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
  12. Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
  13. 2 km after tol Juru (90km/j)
  14. 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

  
PLUS Arah Selatan:
  1. Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
  2. Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
  3. Km 253 selepas exit Senawang
  4. Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
  5. Betul2 di exit Jasin
  6. Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
  7. Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
  8. Km 97.3 selepas exit Air Hitam
  9. Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:
  1. Km 456 selepas exit Sungai Buluh
  2. Betul2 di exit Bukit Lanjan
  3. Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
  4. Km 302.8 berdekatan exit Kajang
  5. Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

  
NKVE
  1. 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
  2. Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
  3. Betul2 di exit Damansara
  4. Km 11.2 berdekatan rel keretapi
  5. Betul2 di exit Shah Alam

  
KESAS
  1. Km 44.8 berdekatan exit LDP
  2. Berhadapan Endah Parade
  3. Betul2 di exit Hicom

  
ELITE (Dari arah KLIA)
  1. Km 4.8 selepas exit Batu 3
  2. Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
  3. Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
  4. Km 10 sebelum exit USJ

  
JALAN PERSEKUTUAN
  1. Bersebelahan Hotel Mint
  2. Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
  3. Berhadapan dengan Istana Negara
  4. Berhadapan dengan Muzium Negara
  5. Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
  6. 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
  7. Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
  8. Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
  9. Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
  10. Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
  11. Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
  12. Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
  13. Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
  14. Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
  15. Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
  16. Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
  17. 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
  18. Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
  19. Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
  20. MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
  21. MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Jadual waktu peperiksaan besar 2011

Ni nak kongsi jadual peperiksaan adik-adikku..

Jadual waktu peperiksaan UPSR.
Jadual waktu peperiksaan STPM.

Nak tengok jadual waktu peperiksaan yang lain, boleh klik SINI.


Credit to BenAshaari & Pacifista

Samsung Galaxy Tab 10.1


Handbag cleaning


How low can you go? Find out with #IKEAevenlowerprices!

How low can you go? Find out with #IKEAevenlowerprices!

#OneWOrld professional tinting! Approved by d JPJ, so there will be no hollering u down.


Forever 21


24.8.11

Isu tukar meter

TNB Beri Penjelasan Isu Penukaran Meter, Kecurian Elektrik


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) pada Selasa menjelaskan peningkatan mendadak bil elektrik para pengguna seperti yang dilaporkan media akhir-akhir ini adalah disebabkan berlakunya kes pengusikan meter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

TNB dalam satu kenyataan berkata laporan media kononnya berlaku kesilapan pembilan oleh TNB selepas penukaran meter baru dibuat sebenarnya adalah tidak tepat.

"Kami ingin menjelaskan, 15 daripada 19 laporan mengenai bil ke belakang yang tinggi seperti dilaporkan media (Januari-Julai 2011) adalah kes-kes di mana kami mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai wujudnya pengusikan meter dan kebanyakan kes-kes yang dilaporkan melibatkan pesalah berulang," katanya.

Rekod TNB juga menunjukkan penglibatan pengguna komersil dalam kebanyakan kes kecurian itu, sekaligus memberi impak kehilangan hasil kepada TNB dan turut menjejaskan pengguna yang jujur.

TNB juga memaklumkan bahawa ia tidak pernah menyokong mana-mana produk atau peralatan yang mengganggu bacaan meter dan sebarang penglibatan dalam perkara ini boleh dianggap sebagai mencuri elektrik.

"Mungkin terdapat pengguna yang menjadi mangsa atau terpedaya dengan tarikan bil elektrik yang murah tanpa menyedari sepenuhnya mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990," kata kenyataan itu.

TNB berkata bagi kes yang terbukti melibatkan kecurian elektrik, ia akan menghantar bil penggunaan terdahulu yang tidak dibayar.

Bagi kes sedemikian, pengiraan bil ke belakang dibuat dengan memantau corak penggunaan pemilik akaun bagi tempoh tertentu untuk menentukan waktu di mana kejatuhan mendadak dalam penggunaan dicatat.

"Pengguna yang mempunyai bukti mengesahkan alasan bagi penggunaan yang kekal rendah dialu-alukan untuk berbincang dengan TNB, dan jika terbukti sah menunjukkan tidak berlakunya pengusikan meter, tiada penalti akan dikenakan," katanya.

TNB juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik kerana ia merupakan satu jenayah dan tidak terpengaruh dengan pihak yang mendakwa mempunyai sokongan TNB bagi produk atau peralatan yang boleh mengganggu atau memanipulasi bacaan meter.

"Jika anda mengetahui atau mengesyaki sebarang aktiviti melibatkan kecurian elektrik, jangan teragak-agak untuk menghubungi TNB di talian hotline 1-300-88-5454," kata kenyataan itu. - BERNAMA


Sumber : mStar

Persiapan raya

Kurang dari seminggu lagi nak raya. Ni raya ke-4 aku bersama hubby. Tahun ni turn balik kampung hubby. Kiranya kalau tahun ganjil balik kampung hubby, kalau tahun genap balik kampung aku. Adil dan saksama. Tak mau gaduh-gaduh nak balik raya.

Kat corong-corong radio pun dah berkumandang lagu-lagu raya. Terlalu banyak variasi lagu raya sekarang. Tapi bagi aku, lagu raya orang dulu-dulu lah yang paling menusuk jiwa dan menyentuh perasaan. Lagu raya moden ada beberapa yang aku minat. Lagu raya yang pallllllllllliiiiiiiiiiinnnnnnnnggggg modennnnnnn - memang aku tak heran. Entah apa-apa je lagu rayanya..

Shopping complex pun makin banyak yang kuar poster-poster sale itu.. sale ini.. Menarik-narik mata orang ramai untuk berkunjung ke sana bagi mengempiskan beg-dompet masing-masing. Berbelanja kena ikut kemampuan jangan berlebih-lebih...hujung-hujung nanti gigit jari sebab dah pokai..... Ish.. ish.. ish..

Memang dah terasa bahang raya. Tapi aku macam takde perasaan tau. Bukan nak kata takde mood raya tapi perasaan nak raya tu tak berapa nak excited sangat... Macam ada yang kurang. Cuma tak pasti apa nyer.... Persiapan raya tahun ni sederhana sahaja macam tahun-tahun lepas jugak. Penyediaannya merangkumi :
  • Baju raya hubby ( dua pasang )
  • Baju raya aku ( dua pasang )
  • Langsir rumah ( tahun ni boleh pulak aku beli kain nak buat langsir baru tau... )
  • Duit raya untuk budak-budak dan orang tua serta adik-beradik
  • Kuih muih raya ( buat dan beli )

Kat kawasan umah aku nih orang dah sibuk cat umah dengan kaler baru, pasang lampu lip-lap-lip-lap, budak-budak main bunga api, kemas rumah mana yang patut.... tapiiiiiiiiii aku masih lagi selamber nak raya.

Adakah sebab poket tengah kering sekarang maka mood raya tak muncul???? Mungkin juga. Kena tunggu gaji lah jawabnyer baru mood raya datang. Apa pun, berbelanjalah dengan berhemah agar tak menyesal dikemudian hari....


# Aku masih selamberr jer walau raya tak lama lagi. Tak tau kenapa dan mengapa...

23.8.11

Protect your car - keep it shiny and cool


Tinted de' house..


No more ingrown hair, fairer skin & moisturised!


A photo bookmark!


Keep ur skin firm with #BeautyEssential hydrating masque


Let's serve some halal #MameeMonsters with your kuih raya to celebrate in this festive Hari Raya season!

Let's serve some halal #MameeMonsters with your kuih raya to celebrate in this festive Hari Raya season!

Money-saving Tips for Malaysian - 1000Savings: Malaysia group buying coupon sites a.k.a. GROUPON ...



1000$aving.com

Never seems to get enough of the great discount coupons ? Worry no more! 1000savings.com had compiled a list of all Malaysia group buying....



# Cara berjimat yang baru.
# Beli kupon dengan nilai yang rendah tapi kepuasan terserlah.
# Boleh juga dapatkan item yang free.. =)

Lucky draw duit raya


Saper nak duit raya --> klik link ni..

Ibubapa adalah tanggungjawab anak-anak

Wajibkan nafkah ibu bapa


KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini.

"JKM mahu kesedaran untuk menjaga ibu bapa datang daripada anak-anak itu sendiri. Sikap menjunjung tinggi ibu bapa merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan norma-norma masyarakat negara kita.

"Lagipun, masih ramai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka," katanya ketika ditemu ramah dalam program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 semalam.


Sumber : Kosmo

-----------------------------

# Sekadar renungan sebagai seorang anak 

22.8.11

Ipad leather



Get rid off your upper lip hair with #MyBodySecrets3 ! Don't miss it! #MilkADeal

Get rid off your upper lip hair with #MyBodySecrets3 ! Don't miss it! #MilkADeal

#AddaraKaftans offers you the most affordable kaftans with a wide range of designs! #MilkADeal

#AddaraKaftans offers you the most affordable kaftans with a wide range of designs! #MilkADeal

#ElyseeBeauty treatment session



Brighten up ur skin with #DrAzimuth products



Cupcakes & muffins



Majlis berbuka puasa



 Majlis Berbuka Puasa Jabatan aku telah pun diadakan di
Hotel Thistle Johor Bahru
pada hari Khamis yang lepas...

My new buddy

Mempersembahkan ahli-kenderaan kami yang baru ( our new buddy.. )

SAGA FL 1.3(A) EXE - Grey color



















Sebenarnya dah 6 bulan kami guna kereta ni cuma taknak hebohkan awal-awal sebab nak tengok prestasi kereta ni dulu. Dan pada 18-ogos yang lepas cukup lah 6 bulan kereta ni berkhidmat dengan kami. Setakat ni prestasi  memang mantap. Kereta baru kena lah bagus kannnn.....

Kalau ada yang tanya "kenapa beli kereta auto tak beli yang manual?"
Aku jawab "sebab aku akan drive sendiri kereta tu nanti. dan aku lebih prefer kereta auto dari manual. memang sekarang hubby yang drive tapi ni dia dah mula suruh-suruh aku amek lesen memandu untuk memudahkan aku di kemudian hari..."

Dan aku harap dengan adanya kenderaan ni, akan mudahlah segala urusan yang berkaitan....


# Bila dah ada kereta, duit banyak digunakan untuk servis - petrol - roadtax..

21.8.11

Buat kuih/biskut raya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih/biskut raya


1-Butter / mentega --> pilihan aku adalah jenama buttercup


2-Marjerin --> pilihan aku yang cap pelangi nih..


3-Telur ayam sepapan

4-Esen vanilla --> untuk hilangkan hanyir telur


5-Tepung gandum


6-Coklat masakan --> jenama tulip

Pendaftaran Program 6P Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos

Tempoh Pendaftaran Program 6P Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos - Mahmood Adam


KUALA LUMPUR: Tarikh akhir pendaftaran biometrik bagi pekerja atau pendatang asing tanpa izin di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilanjutkan dari Ahad ke 31 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, Sabtu, langkah itu diambil selepas mengambil kira pihak majikan dan pendatang asing tanpa izin masih datang beramai-ramai ke kaunter pendaftaran.

Katanya, pelanjutan tarikh akhir itu juga dibuat selepas mempertimbangkan inisiatif beberapa agensi pendaftaran 6P berlesen yang memasuki kawasan pedalaman untuk mendaftarkan mereka yang enggan keluar dari kawasannya bagi urusan tersebut.

"Ia mengambil masa untuk memujuk golongan tersebut untuk mendaftarkan diri. Mereka hanya bekerjasama baru-baru ini.

"Oleh itu, sekiranya tarikh akhir tidak dilanjutkan, sebilangan besar mereka tidak dapat didaftarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini akan menggagalkan matlamat usaha 6P," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Mahmood menggesa semua majikan dan pendatang asing tanpa izin merebut peluang itu kerana tarikh akhir pendaftaran tidak akan dilanjutkan lagi.

Selepas itu, katanya, program 6P akan memasuki fasa amnesti yang berikutnya dan ia dijangka bermula pada pertengahan September.


#  Sumber : mStar

Menu berbuka 20 Ramadan

Menu untuk berbuka semalam
  1. Mee bandung
  2. Nasi goreng
  3. Nasi putih + sambal sotong
  4. Kuih akok
  5. Ait teh O


# Takde pic sebab malas nak snap

19.8.11

State of Relaxation



Holiday - Guangzhou



Take a quick break, log on to Facebook & play Maybank’s #MyRaya & u might jz win a share of RM25,000!

Take a quick break, log on to Facebook & play Maybank’s #MyRaya & u might jz win a share of RM25,000!

Ladies, get back to basics and join #BareYourSkinDay!

Ladies, get back to basics and join #BareYourSkinDay!

#Olay4Woman wants you to prevent your skin from damaging effects of skin ageing.

#Olay4Woman wants you to prevent your skin from damaging effects of skin ageing.

Rambut raya



18.8.11

OST Ramadan Terakhir - Jangan Lupa Namaku ( POMPA BENSIN )




Lirik
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati…

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……


# Sumber : FB POMPA BENSIN - purevolume

17.8.11

WW #12 - Kawan lama

WW #11 - Kenangan dengan bos lama

16.8.11

Gara-gara berebut pemadam


Pemadam baru dari budak-meja-sebelah.

Selalu aku guna je pemadam dia, malas nak amik yang baru. Kejap-kejap aku pakai, kejap-kejap dia pakai. Sekali tu siap berebut-rebut macam budak sekolah..

Jadinya dia macam geram kat aku ( ye lah sibuk nak guna harta orang je kan... ) jadinya dia amik yang baru bagi kat aku. Siap pesan "nah ni pemadam akak, jangan sibuk-sibuk nak guna pemadam kita eh...". Sambil pesan sambil ketawa... =)

Menu berbuka 15 Ramadan

Semalam nyer menu berbuka adalah..

Murtabak 2 keping ( aku satu, hubby satu ).


Air soya dan air tebu.

Kuih cara berlauk dengan kuih pau sambal.


Disebabkan semalam jalan adalah jem teruk selepas hujan mencurah bumi, makanya kami berbuka di dalam kenderaan.... Aku makan kuih, hubby minum air. Sampai je umah baru pulun makan. hahaah...

Mentega mengandungi DNA babi

Lagi tentang butter golden churn...
-----------------------------------

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas, mendapati produk itu datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza.

“Perkara ini disahkan wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand. Berikutan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.

Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut, menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Othman berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.- Bernama


# Sumber : Sinar Harian

15.8.11

Turun



Seronok..
Semenjak puasa ni dah berjaya turunkan berat badan dalam 2kg++.
Nak usaha lagi sampai dapat kurangkan dalam 5kg++.
Agak-agak berjaya tak????

Caranya :
Aku kurangkan makan nasi ( sebab karbohidrat tinggi ) semasa berbuka puasa. Aku gantikan dengan makanan lain. Contohya - makan mee / bee hoon / murtabak / kuih-muih / roti dan lain-lain. Tapi kalau nak makan juga, kena makan sikit jer.

Nasi goreng dan makanan-makanan bergoreng pun aku dah kurangkan ( kecuali murtabak... hehehee... ). Dan aku makan nasi semasa bersahur. Sekarang ni dah macam kerap tak bersahur, so satu hari tak makan nasi.

Lagi satu, sempena bulan puasa ni jugak aku dah kurangkan minum minuman yang berais dan berkarbonat. Selalu minum air masak dan minuman panas je.

Ramadan ke-15



Syukur ke hadat Illahi..
Sampai juga kita di pertengahan Ramadan yakni hari ke-15 kita berpuasa.
Ada lagi setengah bulan untuk Ramadan berlalu pergi.

14.8.11

Pamper yourself


#Aleema offers you the best spa treatment for your Raya! #MilkADeal

#Aleema offers you the best spa treatment for your Raya! #MilkADeal

Rakamkan detik-detik indah dalam hidup anda



New phone, new cover! Get a classy leather vest.



Drag ur girls along & give ur nails d attention thy deserve! Check out #Lamore #MilkADeal

Drag ur girls along & give ur nails d attention thy deserve! Check out #Lamore #MilkADeal

Yok tinted kereta dengan selamat dan harga yang berbaloi....



How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Irama yang sama

Kya Kehna


Oh Carol

Sudah 2 minggu

Alhamdulillah..
Sudah 2 minggu kita berpuasa..
Masih berbaki 2 minggu lagi untuk sebelum tibanya Syawal..
Kejar lah pahala di bulan mulia ini sebelum ia meninggalkan kita..
Kemuliaan, kerahmatan dan fadhilat Ramadan yang mulia..

13.8.11

Fida dengan Mamat Sepah......berhubungan....


"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah

 Nak tau lagi boleh klik SINI..

Kupon makanan


Ni kupon untuk makanan percuma semalam.
Menu - Kacang pool haji.
Terbaekkkkkk dari ladang.
Diimport dari larkin bomba.
Pernah tersiar dalam rancangan JJCM ( jalan-jalan cari makan ).
Sekarang dah banyak cawangan.
Boleh cuba kalau mau rasa...

12.8.11

Jumaat ke-2

Assalamualaikum..
Salam Jumaat ke-2 di bulan Ramadan al-Mubarak..
Pagi yang hening..
Cuaca yang redup..
Menggembirakan hati..

Satu hari lagi untuk menyudahkan kerja bagi minggu ini..
Terasa cepatnyer masa berlalu..
Tak terkejar dengan masa..
Tak terkejar dengan kerja..
Waktu yang ada bagai tidak cukup..
Walau setia seorang umat manusia mendapat 24 jam di dunia..

Akukah yang terleka..
Akukah yang terlena..
Akukah yang lalai..

11.8.11

.....

Gatal-gatal tangan tukar blog template lah, blog skin lah, tukar-tukar fonts, kaler layout..

Kenapa yer???

10.8.11

WW #11 - Bergumbira

Voted for my favourite contestant – really hoping to win a Suzuki Alto! #FreedomToLookHot



Endless errands in prep for this upcoming Raya? Don't wear urself out! Chck into #DeLailyHomespa #MilkADeal



Quench your caffeine thirst with a NESCAFÉ tincan designed by you, & stand 2 win RM 10,000! #NescafeChilllah



9.8.11

Bonus Raya

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


# Sumber : Sinar Harian
# Penjawat awam dapat bonus, kami yang kerja swasta ni dapat apa...???

Yuhuu..

Blog aku dah tukar baju lagi..
Dah jemu dengan yang lama, aku tempek skin yang baru..
=)

8.8.11

Next...........meeting lagi



2,3 menjak ni sokmo de meeting tau. Tak kira la urgent ke tidak. Sikit-sikit meeting. Nak bincang hal kecik pun nak kena adakan meeting.

Nasib masa rehat takde meeting. Kalau tak, mau aku hamun semua sekali.

Next...........sape lagi nak ajak aku pergi meeting pasni...!!!

Dah settle... lega...



Hari ni settle semua kutipan duit kutu... lega rasanya...

Sebagai tukang-kutip-duit-kutu, adalah menjadi kerja aku tiap-tiap bulan untuk mintak wang perlindungan aka duit kutu dari member opis. Lepas gaji jer masing-masing dah sedia untuk bagi duit kat aku.

Kerja ni kene settle cepat-cepat sebab penerima hasil-kutipan-kutu biasanya tak sabar-sabar nak dapat duit. Yelah nak settle kan pulak semua urusan diorang. Cepat dapat duit cepat settle. Senang sikit kerja aku.
There was an error in this gadget

:: Blogger