:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.12.09

Selamat Tinggal

Hari ini - hari terakhir bagi tahun 2009. Selamat datang 2010. Datangnya tahun baru, disusuli dengan azam dan semangat yang baru. Segala kenangan yang tercipta tersemat indah disanubariiiiii.........

27.12.09

Hari Asyura - 10 Muharam 1431H / 27 Disember 2009

Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari ke-sepuluh di dalam bulan Muharam yang juga dikenali & diingati sebagai hari Asyura. Pada hari ini juga kita disunatkan untuk melakukan beberapa amalan sunat.

Antara amalan-amalan sunat tersebut adalah :
  1. Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  2. Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  3. Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  4. Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga. Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  5. Menziarahi orang alim dan belajar ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  6. Menziarah orang sakit - Pahalanya seolah-olah telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  7. Bersedekah - Pahalanya seperti bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  8. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah.
  9. Bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  10. Menginai dan mengerat kuku.
  11. Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  12. Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  13. Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  14. Membanyakkan Zikir dan Selawat.

~~ Selamat menyambut Hari Asyura. Marilah kita bersama-sama menambah ilmu agama di dada untuk dijadikan pedoman dan pegangan hidup kita. ~~

25.12.09

Tip - Info - Tip - Info

Hallooooooooooo..... Entry kali ni nak cerita tentang tip & info - blogging. Selalunyalah, bila saya wat aktiviti blog walking musti de terjumpa tip/info yg menarik tentang blog. Terpaku seketika kat blog tu. Baca sampai habis. Then selak2 helaian len, manalah tau ada lagi info menarik. Kalau ada, stay and baca lagi... Baca and baca and baca sampai lah habis entry tu... Tapi bila dah sudah baca, blah camtu jer... Tak terasa pon nak save link untuk refer len kali ker, copy info ker....takdak langsung. Then bila pikir2 balik, bagus gak kalau copy link tsb. Len kali bila de masa buleh ler baca lagi. Jadinya, bertitik tolak dari hari ini saya akan save link tentang tip/info blog yang menarik yang saya dah baca tuh.... Mana2 readers yang nak baca entry tu, boleh ler klik link tersebut kat saya nyer side bar under " :: Bloggin Info :: ".....
Moga readers yang lain juga dapat berkongsi ilmu dengan saya....

20.12.09

Ada apa dengan MomBloggersPlanet...


Jom intai MomBloggersPlanet....
Hmmm apa yer nak cerita tentang MBP kali ni???
Oh jom kita intai siapa yang bertuah lagi terpilih menjadi duta dan contributor MBP......

MBP Ambassadors yang terpilih seramai 5 orang dan MBP Contributor plak seramai 10 orang.

MBP Ambassadors
Jiji - TripleColorLife
Cik Lily Putih - SiGilaTV
Hanz - TheHoneyBunch
Nia - UnListedOne
Juan - BeskotKeras

MBP Contributor
UmmiKhayra - Adrinis
Christine - First children book
UstazCahaya - Jurnal Online UstazCahaya
SitiSifir10 - SitiSifir10
Alohamolly - SecondTimeParenthood
Catlina - CatlinaFlyBaby
Eyriqazz - Great Teacher Onizuka
Syigim - SyigimSyarif
Lyna - MySuperKids
i_sofia - ZZSweetHeart

Tahniahlah kepada mereka semua kerana terpilih untuk memeriahkan lagi dunia MomBloggersPlanet ni. Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut lagi tentang meraka semua ni, boleh lah singgah melawat blog2 mereka. Saya sudah, anda bagaimana???

19.12.09

Salam Maal Hijrah 1431H




Selamat datang tahun baru hijrah 1431H.

Dan selamat tinggl 1430H yang penuh dengan suka dan duka...
Segala memori indah tersemat kukuh dlm ingatan.
Jangan hanya ingat tahun baru yang 1 Jan. tu je... Kita sebagai umat Islam wajib mengingati tahun baru hijrah ni. Tahun baru hijriah bersamaan dengan 1 Muharam tiap2 tahun mengikut kalendar Islam. Maka dengan itu, kita hendaklah menyemai azam dan tekad untuk menjadi yang terbaik. Bagi diri Aidah sendiri, berazam nak berubah menjadi umat yang lebih baik. Azam baru blom ada lagi cuma nak sempurnakan azam2 yang terdahulu. Tak guna jugak ada azam baru kalau yang dulu2 nyer azam tak tercapai lagi. Yerrr takkk.... Lagiplak banyak sangat azam pon susah nak laksanakan. Apa-apa pun, tekad dan semangat tu yang lebih penting. Kita kena berubah especially perangai kita. Mana-mana perangai yang tak elok tu kena lah 'lupuskan'. Hijrah kan perangai kita kepada yang lebih baik. Bersama-samalah kita menyelami erti hijrah yang sebenar.
Salam Maal Hijrah kepada semua.

NeWs UpDaTe...

Hi all, lama dah tak jenguk2 blog ni. Macam dah bersawang rasanya....
1 minggu ni de gak rasa nak masuk blog tp tak laratlah, demammmmm...
[ oooppss de satu entry, tu pon cuma nk bgtau yg diriku ini sedang demam.. huhuhu ]
Terbaring je kat umah. Demam, sakit tekak, pening kepala. Semua silih berganti sakit yang datang. La ni plak batuk-batuk sket tambah plak tekak lom hilang bengkaknya... adoooiiiiii...
Harap2 cepatlah sembuh penyakit ku ini....
Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit ku ini. Amin...
Keje2 kat opis pon banyak yang tertunggak.. huhuhuhu... Naik keje minggu dpn musti banyak keje2 yg dah sedia menanti.
Oh lupa plak, sebelom demam itu hari ade gak pegi jemputan kahwen... Trima kaseh lah pd jiranku yg baik hati sebab jemput kami sekeluarga datang makan kenduri mereka. Anak bujangnya melangsungkan perkahwinan dgn si dara dari Sabah. Kami sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru dan berdoa semoga mereka berbahgia hingga ke akhir hayat... Aminnnn.....

OK lah, mari kita mulakan kerja2 pembersihan......
Memula, nak review MomBloggersPlanet. kendian tentang aktiviti family and aktiviti kilang ( tempat keje ler niih... ). Banyak benor post yg tertunggak ni. Takper kita review satu persatu. So, check out the next entry ya... da....

15.12.09

:: D.E.M.A.M ::

Hari ni rasa tak sehat (sebenarnya dr smlm lagi dah mula tak sihat...)
alhamdulillah suamiku sayang dah bawa diriku ke klinik utk pemeriksaan.
Then doktor kata, tiada yang serius cuna jangkitan kuman dan kurang minum air.. So doktor nasihatkan berehat di rumah, makan ubat and minum air banyak2...


p/s : hari ni nak berehat puas-puas kat umah...

1.12.09

TUHAN memberi makanan yang terbaik untuk tubuh kita

Lobak
Sehiris lobak seperti sebiji mata. Anak mata dan iris adalah seperti mata manusia. Kajian sains telah membuktikan lobak meningkatkan pengaliran darah dan fungsi mata.

Tomato
Berwarna merah dan mempunyai 4 bahagian. Kajian mendapati bahawa tomato sarat dengan likopin yang merupakan sumber makanan bagi jantung dan darah.

Anggur
Setangkai anggur menyerupai bentk jantung. Setiap biji seperti satu sel darah yang kini didapati sebagai sumber makanan juga bagi jantung dan darah yang lebih berkesan.

Walnut
Rupa bentuknya adalah seperti bentuk otak yang kecil, bahagian kiri dan kanan, serebrum atas dan bawah. Kedutannya pula menyerupai neo-korteks. Kacang walnut membantu peningkatan lebih 3 dozen neutron-transitters untuk otak berfungsi.

Kacang kidney
Ia menyeruapai betuk buah pinggang manusia. Tugasnya merawat dan mengekalkan fungsi buah pinggang.

Bok choy, rhubarb dll...
Bok choydan rhubarb berbentuk seperti tulang. Makanan ini khusus untuk kekuatan tulang. Seleri adalah makanan khusus untuk kekuatan tulang. Tulang terdiri daripada 23% sodium. Jikan kandungan sodium dalam badan berkurangan, ia akan menarik sodium dari dalam tulang dan mengakibatkan tulang menjadi lemah. Makanan inin akan menggantikan kehendak skeletal badan manusia.

Avokado, terung, pear
Avokado, terung dan pear pula menyerupai rahim dan serviks wanita. Ia memberi tumpuan kepada kesihatan dan fungsi organ-organ ini. Berdasarkan kajian, jika seorang wanita makan sebiji avokado seminggu, ia mampu mengimbangi hormon wanita, membuang berat badan setelah bersalin dan mencegah kanser serviks. Terdapat 14,000 khasiat kimia fotolitik di dalam sebiji buah avokado.

Buah tin
Buah ini mempunyai banyak biji dan tumbuh secara berpasangan. Buah tin mampu meningkatkan pergerakan dan bilangan sperma lelaki disamping merawat kemandulan lelaki.

Keledek
Ia menyerupai pankreas dan ia berfungsi mengimbangi indeks glikemiks penghidap kencing manis.

Buah citrus
Oren dan buah citrus lain menyerupai kelenjar susu wanita. Ia membantu kesihatan payudara serta pergerakan limpa payudara.

Bawang
Sayuran ini seperti sel tubuh manusia. Kajian telah membuktikan yang bawang dapat membantu membersihkan sel-sel tubuh manusia. Bawang putih juga dikatakan dapat membuang radikal bebas dari tubuh manusia.

----------

Semoga memberi manfaat kepada semua....


** p/s : info dr keratan sebuah majalah
There was an error in this gadget

:: Blogger