:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.10.10

Serammm





Mentang-mentang lah sekarang ni musim Halloween, banyak tv siarkan citer hantu..
Citer thailand lah, inggeris lah, korea lah..
Aku ni dah ler penakut nak tengok citer-citer seram ni...
Meremang bulu tengkuk aku kalau tengok..
Jantung pun berdegup dengan lajunya..
Memang sampai ke sudah aku tak tengok..
Taknak terbawa-bawa sampai ke tidurrr..
( Dasar penakut punya orang aku nih.. )

What you waiting for??

Mizz Nina ft. Colby O'Donis

MARAH... kawal sikit..


Kalau rasa nak marah, pikir dulu apa kesudahannya..
Apa kan terjadi kalau ter'over' marah tu..
Jangan cepat melenting..

Kalau aku lah, aku akan transform marah tu kepada bentuk lain..
Contohnya nyanyi kuat-kuat ker.. lari laju-laju ker.. main game ker..
Conteng-conteng kertas ker.. window shopping ker..
Apa-apa jelah.. yang penting dapat lepaskan kemarahan tu..
Maksudnya cuba lepaskan kemarahan pada perkara-perkara lain..
Bukan pada orang perseorangan walaupun memang rasa marah tu meluap-luap..
Kita taknak disakiti dan juga menyakiti..
Sentiasa amalkan hidup dalam keadaan aman dan harmoni..

30.10.10

Lepak

Arini tak keje. Aku ngulorrrr kat umah..
Sambil-sambil tu buat keje apa yang patut..
Yelah weekday jadi working wife..
Weekend jadik housewife lah pulak...

Pagi-pagi dah kemas umah tau..
Pastu kuar sarapan dengan hubby.. ( oh yer, arini hubby cuti )
Pas dah sarap, basuh kain baju terutamanya baju keje kami..
Dah setel, ngadap tv dengan internet..

Facebooking, blogging, blogwalking, shopping online..
Carik juga kawan-kawan lama dalam facebook..
Balas-balas mesej dalam email..
Petang-petang sikit mungkin kuar jenjalan..
Malam ni nak tengok final piala malaysia dengan harry potter..
( tv ada satu je, cane nak tengok 2 siaran nih.. )
Then makan.. makan.. tido..

Final Piala Malaysia 2010


 Malam ni kita pakat ramai-ramai melekat depan tv tengok final piala malaysia 2010..
Negeri Sembilan VS Kelantan

Pada pemain-pemain semua, berjuang bersungguh-sungguh..
Semoga kemenangan milik korang yerrr...
Jangan mudah putus asa..

Pada penyokong setiap pasukan, jangan macam-macam pulak..
Korang pegi tengok orang main bola kat padang bola, jangan bawak segala macam masuk dalam stadium.. Jangan buat huru-hara..
Pemain takde apa-apa, penyokong pulak yang lebih-lebih..
Silalah menjadi penyokong pasukan yang berhemah..
Tunjukkan kewarasan sebagai seorang manusia yang berakal..

29.10.10

Gara-gara mulut besar, dia glamerrrr


Tengok mamat nih... Besauuuuuuu betol mulut dia.
Nama dia Francisco Domingo Joaquim yang asalnya dari Angola.
Dia boleh nganga selebar 17 cm tau.

Gara-gara kelebaran mulunya, dia tersenarai dalam Guiness Book of World Records
---> sebagai pemegang rekod dunia MULUT PALING LEBAR.
Femes tu dalam youtube..



p/s : Kosmo

28.10.10

Hidup ini sudah direncanakan



Sentiasa ceria dalam hidup walaupun adakalanya kita berduka..
Setiap masalah yang mendatang pasti ada cara penyelesaianya..
Jangan sesali apa yang telah berlaku cuma pastikan ianya takkan berulang lagi..
Hidup di dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal hakiki..




p/s : Jangan ingat nak enjoy, nak sukaria jer... Tambah amalan kita..

5S Launching Ceremony

Ari selasa yang lepas, kilang aku adakan majlis perasmian ke arah 5S
[ susun, sisih, sapu, seragam & sentiasa amal ]

Dolu-dolu nyer dah de aktiviti 2S -> kini dinaiktaraf menjadi 5S.
Sambil tu ada jugak anugerah penghargaan kepada semua kumpulan yang bertanding semasa peringkat 2S.
Kali ni pon ada jugak pertandingan secara sihat untuk aktiviti 5S ni...
Harap-harap kumpulan aku menang top 5 untuk aktiviti 5S kali ini...
Aminnnn..

Layan lah gambar-gambar yang ada..
Kira 'pemenuh' hari yang meriah..
Ada ucapan, hadiah, kek, makan tengahari..

Kat kilang aku ni bila ada majlis, mesti kena ada makan-makan..
Jamuan untuk semua staff sebab menjayakan majlis dan aktiviti..
Kiranya, memang wajib ada makanan untuk semua..
*
*
*
*
*
*
Jadi menu nya
[ nasi serai + ayam rendang + air kotak + kuih + buah epal ]

Dannnn ada jugak kek besar untuk dikongsi bersama-sama...




p/s : Sangat seronok bila dapat makan free-jimat duit. Sila lah buat majlis lagi yer..

27.10.10

Cara nak HABISKAN DUIT... hehehhee...

Aku suka shopping online.. sebabnyer..
1) Jimat masa.... -takyah nak kuar bersesak-sesak kat shopping complex, dari rumah, kat depan tv, atas katil pon leh shopping.. segalanya dihujung jari anda
2) Banyak pilihan dok ada   -tengok dari komputer semua jenis yang rasa nak beli
3) Boleh shopping banyak-banyak   -boleh ajak kawan-kawan shopping bersama-sama secara online, kurangkan kos penghantaran
4) Tak perlukan duit tunai   -duit cuma dalam akaun bank jerrr
5) Shopping 24/7 non-stop   -bila-bila pon leh shopping sebab kedai-kedai kat luar tu terhad waktu perniagaannya.. online -> no limit
6) Takyah nak angkut-angkut barang   -penghantaran di depan pintu rumah yerr
7) Boleh singgah kat banyak-banyak kedai online   -kalau kedai betul, cuma boleh masuk beberapa kedai jer sebab kaki dah lenguh nak jalan ke banyak-banyak kedai..



TAPI ada jugak yang tak bestnyer dengan shopping online nih..
1) Adakala pakaian yang kita nak tu dah takder stok
2) Penghantaran lambat
3) Beli lain dapat yang lain
4) Tak dapat shopping online sebab komputer rosak atau broadband bengong..


Yang penting, fahami tatacara ber'shopping' online sebelum membuat pembayaran..
Fahami juga polisi perniagaan secara online bagi sesebuah kedai online..



SELAMAT MENGHABISKAN DUIT YERRR.....



p/s : ni cuma pendapat aku jekk... pendapat korang aku tak tau yer..

26.10.10

Barakallah.... Maher Zain

Makanan percuma... PERCUMA...


Hari ni dapat makanan percuma.. sempena '5S Launching Ceremony'
Menu -> Nasi serai + ayam rendang + air kotak + kuih + buah epal..

Alhamdulillah .... kenyang...

25.10.10

Lagi 5 minit lah..



Hahahaha.....
Keadaan yang kadang-kadang terjadi pada diriku...
Terjaga awal dari tido tapi badan masih lagi melekat kat katil, malas nak bangun..
Tunggu punya tunggu punya tunggu... tengok jam dah melangkaui batasnya..
Baru lah kelam-kelibut bangun dan bersiap..
Samada aku bangun awal hubby bangun lambat..
ATAU hubby bangun awal aku yang bangun lambat..

23.10.10

Terima kaseh en.Suami..


Petang tadi nyer juadah minum petang
goreng pisang + kuih pau sambal @ burger malaysia + air nescafe


Memula sekali nak ucapkan terima kaseh pada hubby ku sayang sebab sanggup keluar berhujan belikan aku goreng pisang ni..
SAYANG ABANG..

Ntah kenapa arini tekak aku nak makan goreng pisang tau..
Sejak-sejak baik sakit ni, baru ler arini terasa nak makan macam-macam..
Selalu tu lalu gak kat tempat orang jual goreng pisang ni tapi takder pulak teringin nak beli or makan.
Arini baru rasa nak makan.
Maka selepas jer hubby balik keje, elok jer lepas makan tengahari aku terus cakap dengan dia nak makan goreng pisang ni....
( Tengahari tadi makan nasi putih dengan sup ayam jer.. )
Then hubby cakap, OK tapi tunggu lepas nasik turun dengan dia nak lelap mata kejap.
Aku pon tunggu ler sampai petang sampai hubby bangun dari tido..
Dalam hati dah mula merajuk sebab keinginan belum lagi ditunaikan..
Hujan dah mula turun ni.. kejap hujan kejap tak kejap hujan balik..
Baik ajer hubby bangun dari tido, dia solat dulu then kuar umah carik goreng pisang.
Naseb baik ada lagi.. almaklumlah dah petang-petang biasanya goreng pisang ni dah abis tau..
Dapat jer goreng pisang, gembira tak terhingga hati ni..

Keinginan dah pun tertunai...

22.10.10

Apa orang lain kata...


Kita selalu fikir, kalau kita buat camni, apa yek orang lain akan kata..
Mesti kena ada fikiran orang lain.. Pendapat orang lain.. Pandangan orang lain..
Padahal nyer sendiri punyer hal tapi mesti nak pikir "apa orang lain akan kata"..

Kalau dah rasa apa yang kita buat tu memang betul, kenapa mesti ada "apa orang lain akan kata" ???
Bila kita pikir camtu, maka akan terjadilah syak wasangka dan was-was dalam melakukan sesuatu kerja..
"Apa orang lain kata" tak berapa penting sangat..
Yang penting nawaitu  kita dalam melakukan sesuatu kerja tu yang penting..

Kalau selalu pikir "apa orang lain kata" memang takkan menjadilah kerja kita..
Pandangan orang tu kita boleh anggap sebagai garis panduan dan moral support jer..
Selagi kerja/perkara yang kita nak buat tu tak melanggar batas-batas agama dan norma-norma kehidupan, teruskanlah niat yang suci tu..

TENSIONNNNNNNNNN.......

Pening dan serabut kepala hotak aku..
Banyak website yang aku suka takleh nak bukak sebab dah kena "block" dengan dak-dak IT..

Tension tul...
Terpaksa carik web lain untuk lepaskan tension dan keserabutan kerja aku nih...

Ni semua salah koooo...



Perkara camni selalu terjadi kat aku..
Bila barang hilang sokmo "tuduh-tuduh" orang lain yang amik..
Padahal nyer letak kat tempat lain, carik kat tempat lain..
Bila ingat-ingat balik, baru jumpak carik sebab carik kat tempat yang sepatutnya..
Kira naseb badan ler saper-saper yang kena "tuduh" dengan aku tuh..
Skang ni aku dah "baik" sket, sebelom "tuduh" orang lain, aku carik dulu sampai penat..
Kalau tak jumpak jugak baru tanya orang sekeliling....

20.10.10

Nasihat..


Sebelum nak nasihat orang lain, nasihatkan diri sendiri dulu..
Belek dan telek diri sendiri sebelum tuding orang lain..

REUNION @ perjumpaan pelajar


Assalamualaikum.... Selamat pagi...

Nampak duit ni?? Sekarang ni aku dengan hubby tengah berusaha menyimpan duit untuk join reunion yang hanya akan dibuat pada tahun depan... Tahun depannnn OK...

Kengkawan sekolah aku tengah uruskan nak buat majlis reunion sekolah untuk batch 97/98 budak-budak sekolah teknik johor bahru. Buat sekitar jb jer... ( ada harapan nak pegi nih.. )
Hubby plak nak join reunion kelas dia masa belajar kat politeknik port dickson untuk kelas senibina... Yang tu kemungkinan besar akan diadakan kar port dickson lah... Hubby dah bagitau awal-awal yang dia nak join reunion.

Makanya bang, kalau nak join reunion moh ler kita ngumpul duit nak ke sana. Setakat akunye reunion tak berapa sangat nak guna duit sebab kat jb je. Tak perlu nak carik tempat tinggl segala, cuma sediakan duit pengeras dan bawak perut jer.. Majlis tu akan dibuat kat hotel..
Abangnyer reunion memang kena sediakan duit secukupnya sebab nak standby duit untuk makan dan penginapan serta untuk aktiviti remeh-temeh aku....



p/s : Kepada kengkawan UUM aku, bila nak wat reunion nih..

19.10.10

Testing.... New look...

Testing.. testing.. testing..

Aku wat perubahan blog....!!!

18.10.10

Zikir



Zikir - penenang hati

Ada apa dengan 75..???



Ni ler berat badan terkini aku selepas seminggu sakit... Terkejut aku pagi tadi bila aku timbang, berat aku turun 5 kg. Memang aku tak sangka. Dalam aku bersemangat nak turunkan berat badan -- then aku sakit, memang ler berat badan aku aku turung mendadak. Alhamdulillah, harap-harap kekal lama sikit berat badan ni... Jangan lah naik lagi.

---------------------------

Minggu lepas kan aku sakit demam panas. Sepanjang aku sakit ni, aku memang tak lalu makan. @ ari pertama memang aku tak makan langsung, aku cuma minum air jer.. Hari kendian nya, aku makan sikit sangat sampai lah hari ni. Nafsu makan aku memang dah berkurang. Kalau makan pun, sikit je aku jamah. Sebelum makan, aku dah siap-sedia bahagikan makanan aku pada 2 bahagian. Satu bahagian aku makan, satu bahagian lagi aku ketepikan. Biasanya hubby yang akan makan separuh tuh lagi..

Walaupon demam aku dah baik, tapi aku masih rasa sakit perut lagi..

15.10.10

Aku yang sakit


Hi alll...
Assalamualaikum...

Dah lama aku tak update blog ni kan... Lately ni aku tak sehat - kena demam panas, sakit perut, muntah2 semua.. Badan memang letih-lesu. Disebabkan sakit yang teruk, 2 hari berturu-turut aku tak makan cuma minum air kosong jer... Untuk ganti yang tak makan tu, kenalah minum air banyak-banyak.

Rehat kat rumah, aku cuma baring jer... Semua keje-keje rumah hubby yang buat ( sayang hubby.. ) Dari cuci pinggan mangkuk membawa ke basuh baju dan sidai kat ampai. Semua dia buat. Dia cuma nak aku rehat cukup-cukup biar cepat sembuh.

Sekarang ni aku dah semakin sehat, tapi selera makan masih kurang. Kalau makan pon, aku makan sket jer. Rasa hati nak makan macam-macam tapi tekak masih takde selera. Ni pon masih rasa sakit perut sikit-sikit. Aku nyer interest dengan blog dan laman sosial kat internet pun kurang. Ikut mood juga. Macam sekarang ni, sebab ada mood tu yang update blog. Kalau tak, aku cuma review jer blog orang lain.

Ok lah, sampai sini dulu. Otak dah penat perah idea.... Da....

9.10.10

Hentikan penderaan ke atas kanak..

Kanak-kanak adalah penyambung warisan masa depan kita.
Hentikan penderaan ke atas mereka..
Sayangi mereka..

Jom ramai-ramai sokong kempen "Raise your hand, stop child abuse"
yang dibawakan oleh UNICEF dan berkolaborasi bersama NUFFNANG Malaysia..




Ni 'tandatangan' aku yang telah sertai kempen ni..
( orang ke-413 yer.. )
 

Korang dah join lom?
Kalau belum, jom lah sertai kempen anti-penderaan terhadap kanak-kanak ni..

Myself




Giler.... Go crazy/ngamuk.... Do a silly thing...


Mana satu yang describe aku??? Semua nyer....
Yer, kenkadang aku giler sket.. Dari pandangan teman-teman rapat aku, ada masa-masanya aku akan 'naik antu @ marah tak tentu pasal @ kesukaan yang melampau..'
Semua tu bergantung pada keadaan sekeliling yer..

Kalau aku tengah wat kerja, nak kejar dateline tetiba jer ada orang bagi kerja lagi dan nak cepat pulak, cantas kerja-kerja aku yang dah sedia ada - memang lah aku akan naik antu, mengamuk tak tentu pasal..

Kalau hari tu aku bad mood dan ada orang usik-usik aku, memang wrong timing lah... Aku tak mengamuk dah cukup bagus yer.... tapi biasanya aku akan senyap sepanjang hari, tak kesah apa pun.... Buat lah lawak camner pon, ker usik-usik aku ---> memang aku tak layan..

Kesukaan melampau aku @ kegilaan yang tetiba datang :
Bila aku ngadap komputer jer dari pagi sampai malam, sampai aku nak tido..
( layan internet, main games, edit-edit gambar, layan blog.. )
Bila aku rasa nak hang-out / lepak-lepak selalu... Merayap tak tentu hala..
Beli majalah banyak-banyak..
Beli novel banyak-banyak..
Makan ais-krim, kek, coklat bar banyak-banyak....

Hehhehhheee,....... orait tak....



p/s : Bila aku sehat walafiat, waras zahir batin - semua kat atas tu takkan terjadi...

8.10.10

VISIONARY


Orang yang optimis tentang kehidupan akan sentiasa berpandangan jauh kehadapan..
Menoleh kebelakang hanya untuk melihat apa yang ditinggalkan..

Sentiasa berfikiran positif untuk maju ke depan..
Tanpa menghiraukan cakap-cakap kosong, hinaan, makian, cercaan, hasad dengki orang sekeliling..
Berpegang teguh kepada matlamat diri / hidup untuk mencapai kejayaan..

7.10.10

M-A-S-A



Masa itu EMAS..
Gunakan masa dengan sebaik-baiknya..
Setiap orang dapat jumlah masa yang sama..
24 jam sehari, 7 hari seminggu ( 24 / 7 )

Jangan kita lalai dan leka kerna masa takkan menunggu kita..
Masa yang dah berlalu tak mungkin dapat digamit lagi..
Hanya masa yang akan datang yang menunggu kita..

Manfaatkanlah masa yang ada dengan sepenuhnya..

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran...

Senyum sentiasa

Aku selalu ingatkan diri agar sentiasa S.E.N.Y.U.M .....
Senyum itu sedekah..
Namun adakalanya lupa jugak nak senyum..
Sekarang ni kena senyum lebih untuk hilang ketegangan bekerja..

5.10.10

Hari ni peksa PMR..


Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada adik-adik semua..
Kepada adikku..
Kepada adik-iparku..
Kepada sape-saper jugak yang amik peksa ni..

4.10.10

Cuti



Disebabkan penat sangat..
Arini aku cuti..
Nak rehat dan kemas umah family ni..
Dah selesai sumer, aku balik lah umah aku..
Esok aku masuk keje cam biasa yer kawan-kawan..

Marhaban dan jamuan raya..


Penat nyer....
Arini penat sangat sebab melayan orang datang beraya..
Ayahanda ku buat marhaban sempena raya dan juga doa selamat untuk majlis ulangtahun kelahiran adik aku..
Lagi pulak minggu depan dia nak peksa PMR... so one-shot buat sumer skali..

Tahun ni aku dengan adik aku kongsi duit lagi join marhaban ayahanda ni..
Kitorang ajak kengkawan datang makan-makan kat sini ( umah family.. )
Aku tak anggap sebagai "open house" tapi lebih kepada jamuan raya..

Bilamana orang tanya - bila nak wat open house?
Aku jawab - aku tak wat open house tapi open door jer... sesapa nak datang beraya, silalah..

Agak ramai juga yang hadir.. Alhamdulillah cukup segala makanan dan minuman untuk tetamu..
Walau pada mulanya, aku yang ramai jemput kengkawan tapi malam ni kengkawan adik yang lebih ramai hadir. Kengkawan aku beberapa orang sahaja. Itu tidak mengapa, kemungkinan mereka semua ada halangan untuk datang ke sini. Pada yang hadir, terima kaseh banyak-banyak diucapkan. Maaf jua dipinta sebab tak dapat nak layan korang semua dengan seadanya...
( Terlalu sibuk dengan agenda di dapur.. )


Kronologi marhaban-dan-jamuan-raya..
  • Minggu lepas rancang nak amik marhaban
  • Rangka dulu nak masak apa untuk makan-makan
  • Minggu ni tentukan menu mana yang dipilih dari menu yang banyak
  • Selasa-rabu-khamis-jumaat... masih lagi pilih-pilih menu untuk makanan
  • Jumaat tentukan dengan sepastinya menu jamuan
  • Sabtu - pegi kedai beli bahan mentah
  • Ahad pagi - "prepare" bahan mentah untuk masakan
  • Ahad petang - kemas umah
  • Ahad petang jugak - "standby" makanan untuk tetamu
  • Ahad malam - tetamu hadir
  • Selepas semua tetamu hadir dan beransur pulang, mengemas umah, peralatan memasak, pinggan mangkuk cawan sudu garfu periuk dsb....
    Fuhhhh.. memang penat..

Juadah yang banyak untuk tetamu yang ramai..
Ketupat - soto ayam - rendang ayam tua - ubi rebus - sambal sotong - sambal goreng jawa - rojak mee - puding susu - kuih karipap - air sirap oren - air teh O - air kopi


Untuk mengelakkan aku pengsan @ tidor @ mengantuk awal sangat... aku dah minum kopi Aura secawan petang tadi. Baru rasa tak penat sangat nak wat keje-keje semua.. Kurang lah rasa malasssss.... Tapi ni mata dah berat sangat.. Kesan kopi dah kurang, jadik nak kena tido dahhhh.....



p/s : Sayangnyer tak sempat nak amik gambar..
Sibuk sangat layan tetamu dengan wat kerja dapur..

1.10.10

C.I.N.T.A

Everything

Dengan adanya kamu disisiku..
Dunia ini indah dengan nikmatnya..
Hanya dikau yang ku sayang..
Suamiku..
Ibubapaku..
Adik-beradik ku..
Teman-teman ku..
Dan ahli keluargaku yang lain..
There was an error in this gadget

:: Blogger