:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.3.13

Cinta Kau dan Aku



Ini drama di TV1 yang hanya ada setiap hari Khamis & Jumaat sahaja.
Pun kisah dari novel juga.



Novel terbitan Karangkraf.

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Malam ni ada cerita "Sebenarnya Saya Isteri Dia!".
Slot Zehra kat TV3 menggantikan cerita Hanya Padamu yang telah pun tamat minggu lepas.

Dan novel tentangnya pun dah ada di pasaran.
Kawan saya cakap cerita dia best.
Alamak, dah ada perasaan nak beli ni... =)


Novel terbitan Karya Seni

FCC make-up

Ada siapa-siapa pernah pakai make-up brand FCC ni?
Hahaha.... sungguh saya baru tahu ada jenama ni kat pasaran.
Itu pun sebab baca dari blog-blog.
Kalau tiada yang sebarkan mesti saya tak tahu..


26.3.13

Random

  • PRU 13 masih belum diketahui tarikhnya
  • Kekacauan di Lahad Datu masih lagi berterusan
  • LIMA 2013 Langkawi
  • F1 Sepang 2013 Petronas Malaysia Grand Prix

SPM

Keputusan SPM 2012 dah keluar minggu lepas, Khamis 21/3/13.

Tahniah kepada adik saya dan adik-ipar saya sebab dah dapat keputusan masing-masing.
Walau apa pun keputusan mereka, saya amat bangga.
Sebabnya, itu adalah hasil dari titik peluh mereka sepanjang mereka belajar di menengah atas.

Langkah seterusnya terpulang pada mereka.
Boleh pilih apa sahaja bidang yang sesuai dan layak.
Nak sambung ke ijazah pun boleh, nak ambil kemahiran pun boleh.

Adik saya mungkin nak jadi jururawat.
Adik-ipar pula, nak ambil kemahiran. Katanya lagi mudah.
Yang penting, apa sahaja bidang yang mereka pilih, kena bersungguh-sungguh.
Kami sekeluarga akan menyokong pilihan mereka itu.

18.3.13

STPM 2012

Wei hari ni keluar keputusan peperiksaan STPM 2012 lah..

Tahniah pada semua calon-calon..

Lepas ni keluar keputusan peperiksaan SPM pulak.

Tak sabar nak tunggu keputusan periksa adik-adik tersayang.

13.3.13

Susu



Saya dapat sampel susu ni dari kawan.
Ni susu untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun.
Anak dia tak minum, dia bagi dekat saya.
Malangnya anak saya pulak belum cukup setahun.
Jadinya susu ni bagi kat anak jagaan mak saya sebab umur dia 2 tahun.
Selamat dah masuk perut...

12.3.13

Karipap


Gambar dari google

Ini gambar kuih karipap.
Tapi saya panggil epok-epok.
Tiba-tiba hari ni, ada sorang kakak tu panggil 'tepung bawang'...
Dah lama takde orang panggil kuih karipap / epok-epok dengan nama tepung bawang.
Klasik sangat sebab saya pernah ingat yang panggilan tu digunakan semasa zaman kanak-kanak dulu.

11.3.13

Google 11/3/13

Motivasi pagi

Assalamualaikum..

Salam Isnin..
Selamat pagi..

Selamat memulakan minggu baru dan selamat menjalankan tugas.

Hari ini saya ingin berkongsi petikan kata-kata dari Fb Prof. Muhaya,

Janganlah bersedih hati dengan kata maki dan tuduhan nista yang manusia lemparkan kepadamu. Sesungguhnya ianya tidak menghinakan dirimu tetapi sebaliknya ia telah menghina mereka sendiri.

Sungguh ianya terkesan kepada diri saya.
Apa yang dikatakan orang tidak penting selagi kita tahu apa yang kita buat adalah betul.
Kata-kata orang juga takkan mencacatkan diri kita, pemikiran kita, kehidupan kita seharian.

Tiap-tiap hari mesti baca update dari Prof. Muhaya sebagai motivasi diri.
Juga untuk meningkatkan tahap jati diri ini.

8.3.13

Google 8/3/13



SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

7.3.13

Masa


Semalam pagi kat opis server down, so nak isi masa yang ada kita bacalah buku ni.
Eat That Frog (versi bahasa Melayu) - kategori buku motivasi.

Buku ni kawan saya punya, saya pinjam je.
Tak sempat pon nak habiskan sebab lepas je rehat pagi server dah ok balik.
Jadi sambung buat keje macam biasa.

Rasanya dah gaji nanti nak beli lah.
Boleh simpan untuk koleksi bahan bacaan ilmiah di rumah.
Sebab hajat di hati nak ada mini-library kat rumah nanti.
Takde lah penuh dengan novel je.
Ada tambahan bacaan yang pelbagai.

4.3.13

Cuti

Teringin nak bercuti lagi.
Tapi kena tunggu anak besar sikit lah, baru senang nak jaga.

Nak bawak keluarga pergi Langkawi dengan Pulau tioman.
Seronoknya..





p/s: Sebelum tu, kita pergi short trip ke Melaka dengan KL dulu...

Google 4/3/13

Shaklee

Assalamualaikum...
Salam Isnin..

Ada kenalan telah memperkenalkan saya dengan produk Shaklee.
Katanya bagus untuk menambah susu badan dan juga memberi tenaga.
Ini barangnya..

Alfalfa complex - dalam bentuk tablet.
Saya makan lebih kurang 6-8 biji sehari (2 biji sekali makan).


ESP - Soy protein isolate powder.
Minuman berperisa vanila.
Yang ini saya minum 2 kali sehari.

Saya mencuba, Tuhan yang menentukan.
Harapnya susu bertambah untuk anak saya.
There was an error in this gadget

:: Blogger