:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

25.4.12

WW 4/2012 - Mee + Nasi

Mee bandung

Kedai : Mee Bandung Muar


Nasi beriyani kambing

Kedai : Md Shah Beriyani Batu Pahat

Salah Pilih Pasangan...

Tajuk pagi Sinar.fm hari ni... Salah Pilih..

Ada sorang caller tu beritahu yang dia Salah Pilih Pasangan.
Boleh ker gitu??

DJ : Apa yang Salah Pilih..
Caller : Saya SALAH PILIH PASANGAN.
DJ : Kenapa pulak??
Caller : Bila saya balik lambat dia kunci puntu tak bagi saya masuk.
DJ : Kenapa awak balik lambat??
Caller : Pergi minum-minum dengan kawan-kawan kat luar.
DJ : Seminggu berapa kali minum dengan kawan??
Caller : Hari-hari..

Tengok... Hari-hari dia minum kat luar dengan kawan dan tinggalkan isteri kat rumah dengan anak-anak.
Memang padanlah muka dia bila dia balik isteri taknak buka pintu. Hamik ko tidur luar...

Dah ler kau on-air, satu Malaysia kot dengar apa yang kau cakap.
Agak-agak isteri dia dengar tak apa yang dia cakap kat radio??
Kalau dengar, mesti teringgung dan terguris hati dia kan..
Kesian isteri dia bila suami sendiri cakap DIA SALAH PILIH PASANGAN.

Dulu-dulu masa bercinta berkasih-kasihan tau pulak memanjakan pasangan.
Bila dah nikah, boleh pulak cakap salah pilih.

Kalau aku pun marah bila hari-hari suami keluar jumpa kawan, lepak-lepak dengan kawan.
Ingat kita yang kat rumah ni tunggul ker takde perasaan??
Ko senang-senang ada masa dengan kawan-kawan tapi dengan isteri takde masa nak layan.

Pada sang suami di luar sana, kawan pun penting tapi keluarga lagi penting.
Tak salah nak berkawan, tapi jangan lah lebihkan kawan dari keluarga ( isteri + anak-anak ) sendiri.
Kena bahagikan masa antara keluarga dan kawan-kawan.
Dalam hidup memang kita perlukan kawan tapi  family come first, family is most priority..

WW 3/2012 - Penyu menangis


Souvenir dari adik


24.4.12

Dinner @ George & Dragon

2 minggu lepas, ada dinner kat sini - George & Dragon.
Makan-makan sempena dah selesai audit HACCP.
Aku kan internal auditor, kiranya makan-makan ni sebagai menghargai jasa kami sebagai internal auditor.

Pergi pun sebab makan-percuma, kita cuma bawa badan jerr.. hheheee.. =)
Oleh sebab tempat ni jauh dari opis, aku pergi dengan opismate.
Dah sudah makan, balik hostel, tunggu hubby datang amik kat situ.

Oh yer... kalau datang secara berkumpulan dinasihatkan membuat tempahan dulu, kalau tidak takde tempat.
Kalau datang sekadar 2-4 orang, bolehlah terus datang.

George & Dragon, Taman Tasek

Fresh orange

Pergi makan kat mana-mana tempat, hanya air ni yang jadi pilihan - Fresh Orange.
Sedap dan nyaman juga dapat menghilangkan perasaan muak ketika makan.
Yang bermaksud, minum-fresh-orange-kita-boleh-makan-banyakkk..


Kita mula makan dengan appetizer...

Calamari rings

Gelangan sotong yang rangup dan sedap.


Home cooked mushroom soup

Sup yang dimakan dengan roti bawang putih.
Sedap dan pekat.


Garlic bread

Disebabkan roti tak cukup dan sup banyak lagi, order sebakul lagi roti bawang putih..
Baru puas hati makan. Tu pun aku yang makan banyak, yang lain cuma cicah-cicah jer.
Tak lalu katanya...


Mashed potato

Yang ni bukan appetizer tapi sebab aku suka, aku order kan untuk kawan-kawan makan.
Semangkuk penuh kentang dengan kuahnya, cukup untuk kami berempat makan.


Seafood pasta

Menu pilihan aku. Sedap, cuma seafood dia sikit jer.
Spaghetti dengan cheese memang banyak. Overall ok...


Traditional English fish & chips

Ni makanan kawan A.


Crunchy fish with roasted pistachio dip

Ni makanan kawan B.


Grilled Angus rib steak with special gravy

Ni makanan kawan C.
Dia pilih menu of the day.
2/5 dari makanan ni aku yang makan sebab dia kata tak mampu nak habiskan.

Special menu of the day..

Disebabkan portion untuk semua main-course ni besar-besar, makanya ia dimakan oleh 4 orang secara berjemaah.
Setiap seorang order makanan lain-lain jenis dan berkongsi diantara 4 sekawan.
Itu pun ada yang tak habis.
Apalagi, kita tapau bawa pulang...



Pizza sedap dengan extra cheese.
Meleleh-leleh cheese dia. Sampai melecur bibir aku makan pizza ni.
Based dia ala-ala tortilla, nipis dan lembut. Memang sedapp..


Chocolate cheesecake

Aku pilih yang ni untuk dessert.
Sedap dan memuaskan hati.


2 scoop ice-cream

Selain kek, ada ais-krim untuk dimakan.
Makan kek + ais-krim memang nikmat....


Deco dalam restoran ni memang menarik.. tapi sebab sibuk makan, tak sempat nak ambil gambar semua ruang.



Hiasan lampu yang minimal.

23.4.12

Sambutan hari buku sedunia 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Sambutan Hari Buku Sedunia 2012 yang dijangka dilancarkan oleh YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Hari/Tarikh : Isnin 23 April 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Auditorium PNM
Aras 2, Bangunan Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur


Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kecintaan masyarakat tentang kepentingan buku sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang utama dan relevan sepanjang zaman. Antara pengisian menarik program ialah Kempen Bulan Bebas Denda, Ceramah Penulisan e-Buku, Menara Buku dan Pameran Buku Terlaris.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Mohd Afirol Mat Arifin
Penolong Pengarah
TEL : 03 - 2687 1770 / 013 - 976 4969
FAKS : 03 - 2692 2386
EMEL : afirol@pnm.my
--BERNAMA



# Sumber - Bernama

22.4.12

Malam ini..

Juara mingguan untuk Mentor 6 kumpulan B - Adam & KJ


Juara Pilih Kasih musim ke-3 - Reen Rahim

19.4.12

Terima Kasih



Rajin-rajinkan lah mulut untuk ucapkan perkataan "TERIMA KASIH".
Tak rugi kita berbuat baik dengan orang sekeliling kita.

PicNik to PicMonkey


Untuk edit gambar dan letak watermark kat gambar, aku selalunya akan gunakan online web PicNik.
Memandangkan hari ni PicNik akan 'moving its most popular editing tools and effects to Google+', maka aku berubah ke online web yang lain iaitu PicMonkey.

Oh..semalam aku dah explore dan cuba-cuba aplikasi yang ada dalam tu.
Mudah dan menarik..


Semua ciri-ciri yang ada dalam PicMonkey ni mudah untuk digunakan.
Masa untuk edit gambar cepat dan pantas. Web loading pun cepat. Tak perlu tunggu lama untuk upload gambar atau save gambar.
Kiranya sama hebat dengan PicNik.


Pada yang mencari web untuk edit gambar secara online, boleh cuba gunakan aplikasi web PicMonkey ni untuk edit gambar.

Cepat, mudah, pantas.
Free - no registration required

18.4.12

WW 2/2012 - Black scene







Black expression using Panasonic Lumix DMC-FH5.

Village in Holland - No roads at all

A Village in Holland wherein you can't find a single road...
All transportation is done by boats along the river.
But it's not a problem as it is so beautiful!



























Menjamu mata di petang hari.. =)

Realiti

crdt to takkesah.tumblr




Adakah anda setuju...????

17.4.12

Cantik

Cantiknya keindahan dunia..
Subhanallah...


[ Cherry Blossoms Japan ]


[ Tundra ]


[ Autumn in Germany]


[ The beauty of Antartica ]


[ Saltzburg Austria - The most beautiful city ]


[ Neuschwannstein, King Ludwig's Castle in Bavaria , Germany ]


[ Windmills of Holland ]


[ Beauty of Tibet ]


[ Disney Castle ]


[ Golden Maple Leaf ]


[ Edge of Glacier ]


[ Lavender Farm ]


[ The night scene of Eiffel Tower ]


[ Blue sea ]


[ Earthbound rainbow ]


[ Mirror lake ]


[ Lavender at the foot of the mountain ]


[ Comet - make a wish ]


[ The purple romance ]


[ Breithorn peak - Switzerland ]


[ Deep autumn ]


[ The Moon and Star on earth ]



p/s : Terima kasih pada teman yang budiman kerana mengirim gambar-gambar ini cantik melalui email. Bolehlah hilangkan stress...
There was an error in this gadget

:: Blogger