:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

23.4.12

Sambutan hari buku sedunia 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Program Sambutan Hari Buku Sedunia 2012 yang dijangka dilancarkan oleh YBhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Hari/Tarikh : Isnin 23 April 2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Auditorium PNM
Aras 2, Bangunan Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur


Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kecintaan masyarakat tentang kepentingan buku sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang utama dan relevan sepanjang zaman. Antara pengisian menarik program ialah Kempen Bulan Bebas Denda, Ceramah Penulisan e-Buku, Menara Buku dan Pameran Buku Terlaris.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Mohd Afirol Mat Arifin
Penolong Pengarah
TEL : 03 - 2687 1770 / 013 - 976 4969
FAKS : 03 - 2692 2386
EMEL : afirol@pnm.my
--BERNAMA



# Sumber - Bernama

No comments:

:: Blogger