:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.8.16

Selamat Hari Kemerdekaan ke-59

Image result for MERDEKA KE-59


Selamat Hari Kemerdekaan ke-59

Tema : Sehati Sejiwa

#sehatisejiwa

30.8.16

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Image result for UPSR


Eh..eh...

Peperiksaan UPSR minggu depan lah.

Sapa yang gelabah, pelajar atau ibubapa ??

24.8.16

A to Z

Image result for random alphabet


Nampak tak abjad yang banyak ni?? From A to Z...

Macam ni lah tengok kertas hari ni.

Banyak sangat "documentation request" masuk, tak berhenti-henti. Ada je nak tu lah, nak inilah... Request ulangan lagi.. Yang follow up lagi...

Tangan ada 2 je wei... tak larat nak handle semua. Nak ber-sosial kat internet pun tak sempat.

Sempat makan, minum, solat dengan pergi bilik air jek...

Tangan 2, yang berkerja dalam kumpulan pun 2 orang je (actually 3 tapi sorang tu halimunan, ada dengan takde sama je...)

Bos, nak tambah orang boleh tak?????

22.8.16

Raya


Belek-belek henfon tengok ada gambar ni.
Ini anak-anak saya dengan makcik mereka (sepupu saya).
Mereka berdua ni memang mesra-pengguna.

Mudah mesra dengan orang sekeliling sampai kadangkala saya jadi takut sebab mereka ni "tak takut orang".

18.8.16

5000




Ada apa dengan angka 5000 ni??

Kena tunggu dan lihat.

Ini figure yang hubby beri untuk saya.

Apa dia??

Sekarang masih rahsia lagi, semoga kami sekeluarga dapat bertahan untuk mencapai 5000 ini.

Kucing


Si abang ni memang suka dengan kucing, sama macam ayah dia.
Yang dalam gambar ni kucing ekor kontot.

Memang pantang nampak je kucing lalu, akan dipeluk dipegang disentuh.
Dia selalu cakap "ibu, ni kucing abang tau", padahal sendiri pun takde bela kucing kat rumah.
Nampak lah kecenderungan sayang pada binatang tu ada pada dia.

Paling suka kalau pergi petshop tengok ikan, kucing, arnab, hamster, ular, iguana, kura-kura, sugar glider etc...
Mulut becok cakap itu ini.

Dalam rancangan nak adakan akuarium ikan + kura-kura kat rumah untuk anak-anak.
Biar mereka puas tengok.. =)

17.8.16

Durian




Durian oh durian..

Sedapnya durian.

Saya peminat durian tegar, sedap tak terkata.

Sekarang tengah musim kan, berlambak orang jual durian.

Harga jual pon boleh tahan mahal.

Minggu lepas beli durian segamat kat pasar borong pandan, rm18 sekilo. Beli 4 biji = rm57.

Fuh...mahal kan?? Tapi sebab nak makan, belilah juga.

Ni bukan durian musang king ye. Kalau musang king tu dalam rm45++ sekilo.

Beli 2 biji pun dah dekat rm100++...hahahaa...kena tunggu gaji baru dapat beli.

16.8.16

Riadah


Aktiviti riadah hari ahad yang lepas.
Bawak anak-anak berlari-larian kat Bukit Layang-Layang Pasir Gudang.
Dah lama sangat tak bawak mereka ni main rumput, jadinya bawak mereka kat situ.
Main lah ko nak sepuas hati.

Mula dengan jalan perlahan. Jalan laju. Berlari. Main kejar-kejar.
Anak berdua ni memang pantang dilepaskan.
Terlepas je dari genggaman ibu ayah terus berlari ke seluruh pelusuk padang.



Ada orang berjualan.
Jadi beli-sewa buih sabun ni bagi mereka berdua main.
Seronok yang amat kejar-kejar buih sabun.



Main sabun taknak kongsi okeh.
Abang satu, adik satu.
Nasib sewa 3 batang, sorang satu - tak gaduh.

Dah puas main, baliklah apa lagi.
Seronok sangat dapat bawak anak-anak beriadah, main-main rumput dengan buih sabun.
Sampai je rumah, diorang ni mandi makan minum susu dan tidur.

POKEMON GO





Kecoh pasal Pokemon Go ni.

Mufti dah keluar fatwa - haram main pokemon ni.

FATWA

So terpulang pada diri sendiri.

I'm back




Hye semua... saya ber-blogging kembali.

Ada ke yang rindu saya ?? (perasan...)

Hahahahaha....saya terasa nak mula menaip blog lagi, nak kongsi pengalaman dengan anda semua. Nak cari kawan baru. Nak tautkan kasih dengan kawan-kawan lama.

Mahu mencurah perasaan tapi tak tahu di mana...

Makanya saya mahu menaip blog kembali secara efisyen selari dengan keadaan semasa saya = isteri-rumahtangga-yang-bekerja.

Harap kawan-kawan di alam maya dapat menyokong saya. Chill..

4.8.16

Ole-ole rice wrap




Tengok gambar...

Makan tengahari tadi makan ni. Beli set kombo kat KFC Damansara Aliff - dapat air dengan kentang segiempat.

Yang ni promosi baru dari KFC.

Sesiapa yang belum cuba, boleh berderas ke KFC sekarang!!!

Ramadan dan Syawal sudah berlalu

          


Assalamualaikum...

Lama tak update blog ni. Dari sebelum puasa sampailah dah habis raya.

Macam tak tau nak karang apa dalam blog sejak ada instagram dengan facebook.

Kesian, blog tak ber-update.

Nantilah, nak cari aplikasi yang mudah guna untuk update blog dari tablet. Boleh update selalu.. =)
There was an error in this gadget

:: Blogger