:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.9.13

Google 26/9/13

29.9.13

Berkongsi

Repost from fb - Ummi Mama Biz



Berkongsilah walau sedikit..

posted from Bloggeroid

28.9.13

Makan-makan



Juadah makan-makan yang-dah-lepas.

Ada mee goreng best, sate sedap, puding susu laici mengancam, air ribena menggoda jiwa. Yang tiada adalah kek sebab tak beli (belum gaji, kek postpone).

Juadah ni sempena sambutan hari lahir mereka-mereka ni..
3 Sept - Firdaus - 31 tahun
23 Sept - Asmahazwani - 18 tahun
24 Sept -Fatih Rifqi - 5 bulan
posted from Bloggeroid
AKu dan DiriKU...

26.9.13

Penyu



Ini penyu pemberian kawan yang baru pulang dari Pulau Perhentian di Terengganu.
Dia dan pasangan pergi berbulan madu di sana..

Terima kasih.
Penyu yang cute dengan anaknya..

posted from Bloggeroid

25.9.13

Beringat selalu

Repost from facebook - mommyiskandar.com


posted from Bloggeroid

Update

Baru kutahu rupanya lagi senang update blog guna henfon dari pc/laptop.
Guna application 'Bloggeroid' lagi mudah, cepat dan senang.
Sungguh lah ketinggalan zaman kan... Orang lain dah lama buat, saya baru nak mula.
Yelah..saya pun baru-baru ada smartphone.
Jadi dengan mudahnya saya akan selalu update blog guna henfon.

posted from Bloggeroid

24.9.13

5 things

Repost from facebook


posted from Bloggeroid

Pening

Kerja sebagai QA ni memeningkan. Lagi lah pulak kita ni yang jaga document. Rasanya semua benda nak kena ingat, nak kena faham, nak kena hafal. Macam mana tu.. Pening kepala saya dibuatnya..

Belum lagi yang terima arahan dari pelbagai arah. Yang tu kata ni. Yang ni kata tu. Buat itu buat ini. Serabut sangat.

Jalan terbaik, saya terima dan catit segala arahan yang diberikan. Lepas tu proses arahan tersebut seperti yang dikehendaki. Andai kata dapat diselesaikan, saya selesaikan. Kalau tak boleh, minta bantuan dari rakan setugas. Tak boleh juga, tebalkan muka tanya balik arahan dari pemberi-arahan minta dia terangkan apa yang dikehendaki.

Hujung-hujung saya serah tugas pada bos paling besar untuk selesaikan masalah. Fikir jalan penyelesaian. Mana boleh orang bawahan selesaikan masalah bos kan...

Saya dah bosan layan perangai orang yang taknak memahami perasaan orang lain.

posted from Bloggeroid

19.9.13

Google 19/9

Ameer sudah 9 bulan



Si kecik Ameer Rayyan ni sudah pun berusia 9 bulan pada 17/9 yang lalu.

Perkembangan terbaru,
@dah ada gigi kecik 2 batang. Untuk asah gigi dia tu, mulalah dia gigit sana gigit sini. Mangsa gigitan adalah ibu dan ayah.
@dah mula lepas-lepas tangan nak berjalan sendiri.
@dah pandai makan macam orang besar. Asal nampak orang tengah makan, mesti cepat-cepat datang dekat nak mengecek makan. Suap lah sikit buat rasa. Makan baby-bytes pun dah pandai.
@sekarang suka nak berdukung.
@EBM dah kurang minum. Nak yang direct breastfeed.
@susu formula brand Anmum dah minum sampai 8 oz.
@siang kurang tidur, asyik main je keje dia. Malam tidur awal sebab dah penat.
@baju seluar dah pakai saiz M/L ikut jenis kain. Baju baby dah boleh simpan.
@kesihatan - alhamdulilah memuaskan.
posted from Bloggeroid

Majalah



Macam dah lama tak beli majalah.
Suratkhabar pun dah kurang baca.
Rancangan tv pun tengok bila sempat je.
Dengar radio pula masa dalam kereta.
Semua bergantung pada keadaan dengan yang mana sempat je...

Minggu lepas pergi kedai beli majalah PAMA dengan Harmoni.
Majalah PAMA untuk tambah ilmu keibubapaan dan kekeluargaan.
Sejak ada anak ni nak kena selalu membaca dan tambah ilmu di dada.
Itu nak tahu, ini nak kena ambil berat. Macam-macam lah...
Selain tu, saya baca kat blog - pengalaman para blogger dalam mendidik anak-anak..

Majalah Harmoni tu pula untuk santai-santai.
Intai-intai dekorasi rumah/ruang, masak-masak dan juga kekeluargaan.

Penyebab kurangnya beli majalah ialah:
1) Saya suka ulang-ulang baca dari kulit-ke-kulit setiap majalah tu.
Selagi tak bosan, saya akan baca.
2) Tengok muka depan majalah.
Kalau intipati menarik dan model pun ok, baru saya beli.
Agak-agak tak menarik hati dan minat saya, saya takkan beli.
3) Terlalu banyak iklan dalam majalah.
Dah macam kedai jamu bergerak tapi berkonsepkan majalah.
4) Kongsi baca dengan adik-beradik.
Bila sorang beli, yang lain baca je. Takkan beli majalah yang sama. Membazir.

posted from Bloggeroid

18.9.13

Google 18/9

17.9.13

Nama

Disekeliling kita, ada segelintir orang lelaki dan perempuan yang mempunyai nama yang sama - bergantung kepada ejaan dan bin/binti nya.

Antaranya, saya senaraikan beberapa nama:

SHAHIZAN
Perempuan - NorSHAHIZAN
Lelaki - Ahmad SHAHIZAN

YAN
Kawan perempuan saya - Norazian (panggil YAN)
Sepupu lelaki saya - panggilannya abang YAN

AZREEN
Perempuan - Nor AZREEN binti ...
Lelaki - Nor AZREEN bin ...

LIZA
Perempuan - NorhaLIZA
Lelaki - Md. LIZA

FITRI
Perempuan - FITRI Omesa
Lelaki - Mohd FITRI

Perempuan - Nurul FITRI binti Mohamad
Lelaki - Nurul FITRI bin Esa

AKMAL
Perempuan - Azliana AKMAL binti Hamzah
Lelaki - Mohd AKMAL bin Salleh

posted from Bloggeroid

15.9.13

Reunion

Saya sekeluarga sedang menuju ke Negeri Sembilan kerana hubby saya ada reunion pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson.

posted from Bloggeroid

9.9.13

Raya 2013

Antara gambar untuk Jalan-Jalan Raya 2013

@ Ramona's

@ Liliyana's

@ Aliff & Nabila's

@ Fawaz & Diana's

@ Syahrezan & Kak Lia's

@ Md. Anuar's

@ Fawaz & Diana's -2

@ Noen's

Sibuk mengemas



Ni aktiviti semalam.

Orang lain tengah tengok tv. Si kecik ni sibuk ukur almari nenek dia. Kejap berdiri. Kejap kang duduk. Itulah ulang-ulang yang dia buat. Sorang-sorang pun jadi. Puaslah ibu dia jadi jaga - tengokkan dia semalam. Risau ada. Geram pon ada. Dah penat baru dia berhenti. Lepas tu terus tangkap dia bawak masuk bilik air mandikan.

posted from Bloggeroid

7.9.13

Pengantin



Tadi hubby wasap gambar bakal pengantin ni. Tengah tunggu majlis nikah.
Sekarang dah selesai majlis rasanya.

Selamat pengantin baru Faizul @ along @ boboi...

Sebab majlis pengantin kat KL, jadinya kami kena tinggal kat JB ni (haha...rela hati kena tinggal sebenarnya...).
Hubby kata ni kan keluarga angkat dia, tak sedap hati kalau tak pergi majlis nikahnya.
Jadinya hubby ikut rombongan pengantin naik bas ramai-ramai pergi KL tu.

Masa majlis kahwin kami tahun 2008, dia dengan adik ni yang jadi pengapit hubby.
Dia jadi pengapit nikah dan sanding belah perempuan.
Adik dia pengapit majlis belah lelaki.

posted from Bloggeroid

Jam

Tarikh kejadian : Hari Khamis
Masa kejadian : Pagi


Alkisah pagi Khamis..

Tengah syok tidur, sekali tu rasa nak kencing.
Bangun lah pergi tandas.
Rupanya si kecik pun terjaga sekali.
Dah sudah ke tandas, nyusukan si kecik dan sambung tidur.
Pandang sekilas kat dinding tengok jam...
Oh baru pukul 4 pagi, kita sambung tidur.

Dalam 20 minit macam tu, dengar makcik sebelah panggil cucu-cucu dia pergi sekolah.
Terpikir jugak, takkan pagi-pagi buta nak pergi sekolah.
Sungguh tak logik.
Belum Subuh pun.
Awal lagi kan..

Sambil tu capai jam tangan nak tengok masa.
Sekali tu dah pukul 6.40 koooooo.....
Melompat lah bangun pergi bilik air mandi.
Nasib si kecik sambung tidur, takdelah dia terkejut tengok ibu terlompat bangun pergi bilik air sebab dah lewat bangun.
Hui nasib baik dengar suara makcik yang kuat tu.
Kalau tidak, confirm pergi keje lewat. Paling tidak masuk keje tengahari!!!

Hahahhahahaaa....
Terima kasih lah makcik.
Sebab suara makcik yang kuat tu telah mengejutkan saya sekeluarga tersedar dari tidur.

6.9.13

Google 6/9/13

There was an error in this gadget

:: Blogger