:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

7.9.13

Jam

Tarikh kejadian : Hari Khamis
Masa kejadian : Pagi


Alkisah pagi Khamis..

Tengah syok tidur, sekali tu rasa nak kencing.
Bangun lah pergi tandas.
Rupanya si kecik pun terjaga sekali.
Dah sudah ke tandas, nyusukan si kecik dan sambung tidur.
Pandang sekilas kat dinding tengok jam...
Oh baru pukul 4 pagi, kita sambung tidur.

Dalam 20 minit macam tu, dengar makcik sebelah panggil cucu-cucu dia pergi sekolah.
Terpikir jugak, takkan pagi-pagi buta nak pergi sekolah.
Sungguh tak logik.
Belum Subuh pun.
Awal lagi kan..

Sambil tu capai jam tangan nak tengok masa.
Sekali tu dah pukul 6.40 koooooo.....
Melompat lah bangun pergi bilik air mandi.
Nasib si kecik sambung tidur, takdelah dia terkejut tengok ibu terlompat bangun pergi bilik air sebab dah lewat bangun.
Hui nasib baik dengar suara makcik yang kuat tu.
Kalau tidak, confirm pergi keje lewat. Paling tidak masuk keje tengahari!!!

Hahahhahahaaa....
Terima kasih lah makcik.
Sebab suara makcik yang kuat tu telah mengejutkan saya sekeluarga tersedar dari tidur.

No comments:

:: Blogger