:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.5.10

Pergi selamanya..


Al-Fatihah

Semalam, pakcik ku telah pon meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Satu2nya adik-ipar lelaki for my mom. Nenekku hanya mempunyai 2 orang anak perempuan, my mom dengan my aunt. So, now nenek hanya ada seorang menantu lelaki sahaja. Keadaan arwah yang kritikal pada hari khamis malam adalah penghujung kepada riwayatnyer.. Sebelum ini arwah telah menjalani pemeriksaan di HSA dan HSI. Me sempatlah beberapa kali menjenguk arwah semasa hidupnya. Pemeriksaan yang dijalankan mengatakan bahawa arwah menghidapi barah pada bahagian atas kepalanya.... Keadaan yang sungguh tak dijangka...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan ornag2 yang beriman. Pada ahli keluarganya terutama makcik ku, semoga dia terus tabah menjalani kehidupan ini. Yang mati tetap mati, kita yang hidup kenalah meneruskan kehidupan di dunia ini. Kematian tidak boleh dijangka, tidak lambat dan tidak juga cepatnyer... Semuanya telah tertulis....

No comments:

:: Blogger