:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

16.3.10

Earth Hour 2010


Earth Hour 2010 is coming.... but does anybody knows what is the earth hour? Tau ke tak? Yang mana tau tu OK lah. Yang tak tau tu, ni nak bagitau sket. Earth Hour tu adalah kempen tutup lampu selama sejam @ 60 minit pada 1 hari setiap tahun. Untuk tahun ni, ia diadakan pd 27 Mac 2010 ( dah tak lama lagi tu... ) pd pukul 8.30 mlm. Jom sokong tutup lampu selama 1 jam. For me, ini tahun ke-2 join aktiviti ni. Menarik tau, seronok pon ada... Kat kawasan rumah ni masing2 bergelap. Ada yg keluar sambil pegang lilin, borak2 di halaman, ada yg tengok tv ( kamilah tu, tutup lampu jer, tv tak off pon... heheheh ) dan macam2 lagilah. Memang happening...

Kempen ini telah dianjurkan oleh WWF (World Wildlife Fund) dan dimulakan pada tahun 2007 di Australia. Ia adalah untuk menyokong kempen pemeliharaan & pemuliharaan hidupan liar sedunia. Sejak itu, ianya telah menjadi acara tahunan bagi setiap negara / negeri / pertubuhan / persatuan / organisasi / syarikat / kumpulan / orang perseorangan. Pada tahun 2009, sebanyak 4000 bandar dari 88 buah negara telah pun menyertai kempen tutup lampu ni. Nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI untuk global atau SINI untuk Malaysia.

Malaysia pula menyertai kempen ini bermula pada tahun lepas, 2009. Disamping itu juga, kita semua menyumbang kepada "electricity cost saving". Walau hanya sejam, kita dah boleh berjimat. Untung tak??? Walaupun nampak sedikit, ia sebenarnya memberi impak yang besar. Kempen ni sebenarnya mengajak kita untuk mengenali erti berjimat cermat. Berjimat dalam menggunakan sumber2 penting yg ada di bumi ini, agar generasi akan datang dapat merasainya jua...


***   Jom join Earth Hour 2010   ***

No comments:

:: Blogger