:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

3.1.11

Selamat pagi cikgu....

Selamat pagi murid-murid..
Selamat pagi cikgu..


Hari ni kan hari pertama persekolahan bagi tahun 2011. Aku  masih ada 2 orang adik yang masih bersekolah, seorang sekolah rendah tahun 6 ( amik UPSR ) dan seorang tingkatan 4 ( baru lepas PMR ). Rasa seronok tengok diorang dah kembali ke sekolah. Ni pon tengah tengok ragam budak-budak darjah 1 - yang baru memulakan sesi persekolahan.

Aku ingat lagi..... pada tahun 1988 aku masuk sekolah darjah 1 Biru kat Sekolah Kebangsaan Masai. Setengah tahun lepas tu, tukar ke Sekolah Kebangsaan Permas Jaya (1) masuk kelas 1 Jingga. Pindah sekolah sebab SKPJ1 ni dekat dengan rumah aku. Sekolah kat situ sampailah ke tahun 6  - amik UPSR.

Aku masa sekolah dulu selamba jer, takde nak nangis-nangis ni cuma tak suka kena bangun awal pagi... hahahhaha.... tak senonoh kan... Malam-malam sebelum sekolah kena tidur awal sebab pagi esoknya nak kena bangun awal - malas tau.... Lagi pulak, masa tahun 1 - 6 tu kat JB ni sekolah ahad - khamis. Hari ahad kan banyak citer-citer best, so susah nak tidur awal sebab mata masih melekat kat depan TV.

Hujung tahun 1993 baru mula sekolah isnin - jumaat. Masa tu dah kurang seronok sebab dah sekolah menengah... Rasa cam biasa-biasa jer.. Bila sekolah menengah, dah besar kan. So takde lah excited sangat nak tengok TV ni. Cuma bila ada cerita-cerita menarik jer baru tengok TV.

Oklah, nak tengok TV lagi sebab arini tak kerja, Dok umah santai-santai. Kemas, masak, basuh, makan, tido... Aktiviti sepanjang hari ini... =)

No comments:

:: Blogger