:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

24.1.11

Oh rasa macam kat bursa saham pulak!!

Pagi-pagi masuk opis aku dah set dalam kepala yang hari ni mesti kena monday blues lahhhh... Memang yer monday blues, memula jer sebelum pukul 10 pagi. Dah lepas rehat je rasa cam tak cukup kaki tangan, dah mula sibuk macam lebah tau. Sibuk yang teramat sangat - mencanak-canak kerja masuk. Dah tak rasa macam hari isnin pulak ( biasanya kalau hari isnin, kerja memang tak banyak - banyak rehat jer.... )




Meja kerja aku dah bersepah-sepah penuh dengan segala macam kertas. Ada yang nak kena register lah, inquiry lah, nak kena jawab questionnaire lah... Segala macam lah. Pening tengok. Kang ada yang datang nak amik scan doc pulak, nak tanya itu ini - dah macam kerja kat pejabat bursa saham tau. Tiba-tiba sibuk kerja hari isnin... Sungguh mengkagumkan... hahhahahahaha....



No comments:

:: Blogger