:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

6.1.11

AJL 25 - Ahad - 9 Jan 2011 - 9 malam

Wah tak lama lagi AJL ke-25 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Pada hari Ahad ni, 9 Januari 2011 pukul 9.00 malam di TV3. Jom terpacak depan tv ramai-ramai yer.... Dok kat JB takdan nak tengok live nyerr..

Dari suratkhabar Kosmo..


Kesemua 14 penyanyi adalah muka-muka baru dalam industri seni tanahair. Tiada penyanyi senior atau orang lama termasuk dalam senarai. Contohnya Siti Nurhaliza, M. Nasir, Ziana Zain...

Terlalu banyak perkiraan dan ramalan tentang siapa yang akan bergelar juara pada malam itu.

Senarai 14 lagu yang bertanding beserta penyanyi
Lagu Hanyut - Faizal Tahir
Lagu Selamat Malam - Faizal Tahir
Lagu Drama King - Meet Uncle Hussin
Lagu Sofea Jane - Black
Lagu Pelita - A.P.I
Lagu Mencari Konklusi - Hujan
Lagu Berlari - Tomok
Lagu Ku Ada Kamu - Adira
Lagu Extravaganza - Bunkface
Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
Lagu Cinta Sempurna - Yuna
Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Lagu Jahat - Stacy
Lagu Noktah Cinta - Hafiz


Perlu diingat, ini adalah pertandingan juara lagu iaitu lagu yang dipertandingkan. Bukannya penyanyi yang dipertandingkan. Pilihlah lagu yang berkualiti dan diperdengarkan dengan baik, penuh intonasi dan ada 'jiwa', bukan lagu kosong takde 'feel'.

No comments:

:: Blogger