:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.7.10

Apa kaitan kentut dengan solat????

Soalan :
Adakah sah solat jika kita menahan kentut ketika bersolat? Jika terkentut tetapi tidak mengeluarkan bunyi, adakah sah solat tersebut?


Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri jawab :
Solat seseorang menjadi batal disebabkan berhadas kecil atau besar samada sengaja atau tidak sengaja. Contoh hadas kecil termasuk keluar air kencing, angin ( kentut ), berdarah hidung, darah luka dan darah bisul. Bagi mazhab Hanafi, orang yang berhadas itu boleh meneruskan sembahyang selepas dibersih dan diambil wuduk menurut kaedah Istihsan ( al-Zuhaili, 1999 : II : 14 )

Menahan kentut ketika bersolat adalah mekruh kerana ia mengganggu khusyuk hati dalam solat. Solat yang didirikan hendaklah dilakukan dengan penuh khusyuk kerana beribadah kepada Allah swt.

Allah swt berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. " ( Surah al-Mu'minun, ayat 1 - 2 ).

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : " Seseorang itu tidak sepatut bersolat ketika hadir makanan dan ketika menahan dua khabath ( air kecil dan air besar termasuk menahan kentut ).



p/s : Sisipan akhbar harian metro

No comments:

:: Blogger