:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

31.7.10

Sabtu datang lagi

Oh dah ari sabtu pon arini... Kejap jer rasa dah seminggu kan... Aku rasa cam baru-baru jer melepak kat umah minggu lepas, tup-tup dah sampai ke minggu ini. Memang cepat sangat masa berlalu. Apa aktiviti korang arini? Aku dengan hubby nak balik kampung tengok atok aku ( nenek perempuan yer..) kat kampaung. Malam ni dia buat kenduri nak nyambut puasa, so dia jemput kami sumer anak cucu cicit dia balik kampung. Tiap-tiap tahun memang camtu, buat kenduri so sumer kena datang. Family aku pon biasa wat gak kenduri nak nyambut puasa ni, cuma taon ni je mungkin tak buat.

Eh eh, sebut pasal puasa, tinggal seminggu lebih jer kan nak puasa. Selamat datang bulan Ramadan al-Mubarak. Oh bulan yang membawa segala nikmat yang terucap-terluah dengan kata-kata. Yang tak abis ganti puasa tu, cepat-cepat abiskan. Yang rasa-rasa nak jumpak doktor untuk tak boleh puasa tu, jangan lah ulangi lagi perkara-perkara lama. Pada yang nak bayar fidyah, eloklah lah sangat dalam bulan puasa akan datang ni.

Puasa kali ni, taon ke-3 aku dan hubby puasa bersama. Yer selari dengan usia perkahwinan kami yang nak masuk taon ke-3 jugak. Seronok dapat berpuasa dan berbuka bersama-sama. Jalan-jalan kat pasar Ramadan bersama untuk pilih juadah berbuka puasa... Banyak lagi lah. Taon ni jugak kami akan amalkan balik ke rumah keluarga masing-masing pada setiap hujung minggu unuk berbuka puasa bersama-sama. Oleh kerana awal Ramadan jatuh pada minggu bekerja, kemungkinan besar kami akan sambut dirumah jer. Hujung mnggu baru balik umah keluarga masing-masing.... Seonoknyer nak puasa...

No comments:

:: Blogger