:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

13.3.12

Yang indah

Aku suka phrase ni

"aku suami yang takde menjanjikan kita akan buat photoshoot dengan photografer profesional masa kahwin haritu, tapi aku janjikan kita akan ada banyak gambar dari banyak tempat...sebanyak yang boleh, sejauh yang boleh.."


Dapat url dari member membawa ke sini http://hanafijaafar.blogspot.com/


Aku rasa ada persamaannya dengan diri aku. Masa majlis kahwin dulu, gambar kahwen dari OP dan kawan-kawan sahaja. Dengan bajet yang sederhana maka hasilnya yang sederhana sahaja lah. Tak mengapa, aku terima seadanya.

Sekarang, bila dah jadi suami isteri, kami berdua memang akan selalu ambil gambar bersama.. Tapi selalunya, aku yang beria-ia, hubby macam biasa jer... Sambil adakalanya kena 'paksa' hubby untuk ambil gambar bersama. Dia lebih senang merakam gambar aku dari gambarnya yang dirakam. Dan pastinya aku lebih seronok kerana gambar ku sentiasa ada dalam setiap keadaan.


Sekeping gambar boleh menjanjikan seribu cerita.

Sesuatu yang indah untuk dikenang.

No comments:

:: Blogger