Sebelum kita boleh boleh menderma darah, kena pastikan yang syarat-syarat seperti di bawah ni dipatuhi. Kalau tak, mesti kecewa.. =(....
Sebabnya dah excited nak derma darah sekali tu tak boleh pulak sebab ada halangannn....
Hampa terus.. Kecewa lagi..
Jadi pastikan ikut syarat-syarat ni untuk berjaya menderma darah..
1) Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2) Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3) Berat badan melebihi 45 kg.
4) Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5) Tiada masalah kesihatan.
6) Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
- Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
- Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7) Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8) Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
- Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
- Mengambil dadah secara suntikan
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9) Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10) Untuk penderma wanita:
- Tidak mengandung
- Tidak datang haid
- Tidak menyusukan anak.
11) Jangan menderma darah jika anda:
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Senangkan syarat-syaratnya...
Panduan asas yang digunapakai sebelum pendermaan darah dapat dilakukan.
No comments:
Post a Comment