:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

27.10.11

10 things about you

Apa dia 10 perkara tentang aku.

1- Dalam keluarga, aku anak no.1 dari 5 bersaudara dan seorang isteri yang bekerjaya.

2- Merah, biru, ungu, hijau, hitam, coklat - warna pilihan aku untuk pakaian. Setiap kali pilih baju atau slack mesti pilih dari warna-warna ni.

3- Masak-masak - aku akan pastikan yang dapur aku berasap beberapa kali dalam seminggu. Nak kata pandai masak - tidaklah sangat. Masih merangkak lagi untuk jadik super chef. Yang penting hubby kenyang lepas makan, itu dah cukup bagus.

4- Favoritas drink & food - dari kecik sampai besar aku memang suka minum 'teh o'. Dah besar sikit baru suka 'teh ais', 'tembikai laici' dan 'teh o laici suam'. All time favorite makanan adalah asam pedas johor ( ikan/ayam ) dan juga mee bandung Cik Timah ( masakan mak aku ).

5- Aku suka novel - dulu-dulu masa sekolah selalu kongsi beli  novel dengan kawan-kawan. Kemudian rolling novel tu bagi tiap-tiap orang baca. Lagi ramai lagi seronok berkongsi baca novel. Sampai sekarang kalau jumpa novel yang menarik dan best mesti aku akan beli buat koleksi.

6- Aku suka majalah - tiap-tiap bulan lepas gaji mesti aku beli satu majalah. Sekarang ni yang jadi favorite adalah majalah COSMOPOLITAN Malaysia. Then bila rasa perlu baru aku beli majalah lain macam Mingguan Wanita, Rapi,.etc.

7- Aku suka rancangan 'National Geographic' - yang memaparkan flora dan fauna di muka bumi ini berserta bentuk muka-bumi ciptaan-Nya. Rancangan yang penuh dengan informasi dan motivasi.

8- Shopping - hanya dengan window shopping sahaja dah boleh mem-bakar lemak dan cuci-cuci mata. Seronokkkk... =)

9- Be positive - bila rasa bosan dengan kerja atau seseorang, aku akan set dalam kepala 'be positive' & 'think positive'. Baru boleh buat kerja dengan teratur dan berhemah dan bergaul dengan sopan dan santun.

10- Lesen - baru nak daftar untuk dapatkan lesen kereta sahaja. Lesen motor not allowed..



# Dah rasa macam buat biodata masa sekolah rendah pulak

No comments:

:: Blogger