Bersahur.. suatu amalan yang kadangkala ditinggalkan hanya kerna tidak terjaga pada waktunya..
Seperti kebiasaan, akan ada salah seorang ahli keluargaku yang akan menelefon pagi-pagi buta untuk mengejutkan aku dan hubby untuk bersahur. Sudah menjadi rutin bilamana ibubapa pasti mengingati anak-anaknya tatkala tiba masa untuk bangun sahur dan juga ketika berbuka puasa.
Bukan sahaja pada aku yang sudah berkahwin ini malah adikku yang bujang menetap di Putrajaya juga akan dikejutkan untuk bersahur. Ada juga masanya kami yang menelefon ke rumah untuk mengejutkan ahli keluarga yang lain untuk bangun sahur. Itulah amalan yang selalu dilakukan.
Dulu-dulu masa aku, adik ke-2 dan adik ke-3 tiada di rumah untuk kerana menyambung pelajaran, pasti mak atau abah atau juga adik-adik yang kecil akan menelefon kami bertiga untuk bangun sahur. Bukannya apa, mereka takut jika terlepas untuk menikmati pahala bersahur.Ya lah, masih belajar kan, adakalanya tak terbangun sahur tu. Makan sahur pada tengah malam, jika terjaga pun hanya minum air kosong sahaja.
Pernah aku bertanyakan kenapa tiba-tiba mak call waktu sahur? Mak akan jawab " abah dan mak nak pastikan yang kamu tu bersahur supaya siang nanti tak terlalu letih.. " - sungguh prihatin mak dan abahku...
Kalau dah rasa bosan kejut kami semua, mak akan telefon pula orang lain. Contohnya pakcik ka, makcik ka, waima atok aku sekalipun... Memang seronok dan rasa dihargai. Jadinya sekarang ini, amalan ini pastinya akan aku teruskan. Sungguh bermakna bila ada orang yang caring dengan kita.
Salam Ramadan pada semua muslimin dan muslimat.
Sentiasa grab waktu sahur yer..
No comments:
Post a Comment