:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

2.8.11

Menu berbuka 1 Ramadan

Alhamdulillah.. selamat sudah menjalani puasa untuk hari pertama.

Iftar pertama di rumah keluargaku.

Menu berbuka adalah kurma ( wajib ada ), nasi ayam ( kesukaan abah ), kuih lepat pisang ( pilihan mak ), murtabak kg melayu ( pilihan adik ) dan kuih karipap serta pau sambal ( kesukaan hubby ).

Hari ni meriah dengan minuman - teh O, minutes maid Orange, air katira, air soya, air kelapa dan tidak ketinggalan air kosong.

Juadah yang banyak kerana semua 5 orang adik-beradik aku berkumpul bersama. Indahnya berpuasa, rahmatnya berbuka.. =)

No comments:

:: Blogger