:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

20.9.10

Office.. Kerjeeee...

Haha.. setelah lama bercuti raya akhirnya kengkawan ku sekalian dah pon masuk keje semula. Dah meriah dah opis ni, takdelah sunyi sepi cam minggu lepas... Memang riuh rendah opis ni dibuat oleh mereka sampaikan aku rasa baiklah depa ni cuti lelama... Pening otak aku arini... ( tu yang update blog petang sesangat nih.. )

Terlalu lama cuti - opis jadik sunyi..
Bila semua dah masuk kerje - huru-hara opis nih..

Dan aku pilih yang huru-hara tu. Lebih baik huru-hara daripada sunyi sepi cam takdak penghuni..


Ramai yang cuti raya sampai seminggu lebih. Almaklumlah, mereka tu orang luar johor so kena lah amik cuti lama sket sambut raya - dah lama tak balik kampung kann..... Aku ni anak jati johor, cuti raya pon takat balik pontian @ batu pahat je. Kalau tidak beraya jer kat bandar jb ni.. kat permas ker @ kat kota masai ker @ kat johor jaya tu... Tu yang orang lain sibuk cuti, aku pulak dah masuk keje awal. Takper, kesian kat kengkawan aku. Biarlah depa cuti lama sket...




Hari ni, kitorang kat opis wat sambutan raya sesama kita. Banyak betol kuih nyerr.... Tiap-tiap orang bawak kuih yang berlainan jenis untuk dimakan bersama-sama. Seronok tau. Sambil makan sambil citer tentang cuti raya masing-masing. Meriah tuuuu....... Aku arini bawak kuih raya dengan kuih spesel sket......iaitu kuih lepat pisang. Memang yang paling sedap aku pernah makan, air tangan sape lagi kalau bukan  mak aku. Dia nyer lepat pisang memang mengancam. Saper-saper nak test rasa, leh datang umah aku.. hihihi..




Tahun ni kira tahun bertuah aku sebab dapat makan ketupat daun palas. Aku dah lama ngidam nak makan ketupat ni. Susah nak dapat kalau kat johor ni. Nak kena ada orang belah-belah utara ker, pantai timur ker yang buat, baru dapat makan. Kalau tak, memanggggggggg takde can nak merasa. Kebetulan ada sedara-mara belah atok aku wat ketupat ni dan bagi pada keluarga kitorang. Depa sumer tak baper gemor makan, aku dengan mak aku jer yang layan makan ni - makan sambil cecah dengan rendang....

Dia nyer pulut memang betol-betol masak, lemak memang sedap lah... Kalau dapat ketupat-palas-pulut-hitam-goreng lagi lah sedap koooo...... Haish bila lah nak dapat makan yang tu kannn...

No comments:

:: Blogger