:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

3.4.13

Baby menangis



Ilmu ke-ibubapa-an dan penyusuan bayi saya adalah sangat cetek iaitu masih kurang.
Sekarang ini kami berdua sedang mempelajari sedikit demi sedikit tentang ilmu-ilmu ini.

Bila lihat gambar ni baru tahu kenapa baby saya kerap menangis.
Rupa-rupanya dia lapar (kesian baby saya.....).
Susu badan saya masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan baby saya.
Maka saya sudah pun mulakan penggunaan susu formula untuk dia.
Alhamdulillah baby saya dah kurang menangis.

Hajat di hati memang nak menyusukan secara penuh dengan susu badan.
Sebab itu sekarang saya sedang berusaha untuk mencukupkan susu badan saya agar baby saya dapat segala nutrisi yang diperlukan.
Agar tidak perlu bergantung dengan susu formula.

Harapnya saya tak patah semangat dalam proses membanyakkan susu badan saya.
Kerana saya nak lihat baby saya membesar dan sihat hendaknya dengan susu badan saya.

No comments:

:: Blogger