:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

6.9.12

KEBULUR atau LAPAR

KEBULUR atau LAPAR..

Dua perkataan yang membawa maksud seerti.

Dari kamus dewan
KEBULUR - ertinya sangat lapar
-> diluahkan secara kasar / sinis

LAPAR - ertinya berasa hendak makan kerana perut kosong
-> diluahkan secara berhemah / lemah lembut

Contoh ayat
A - Kenapa kau KEBULUR sangat ni?
B - Kau LAPAR sangat yer?


Dan dek kerana tersalah menggunakan perkataan ketika bercakap dengan orang sekeliling, ada yang terasa hati. Walau yang-bercakap tak terasa apa-apa, tapi jagalah hati rakan-rakan kita ni. Yang-dicakap tersentuh hati sebab yang-bercakap tak tau menilai perasaan orang lain.

Mungkin pada yang-bercakap, itu adalah perkara biasa. Tapi pada yang-dicakap itu, sangatlah tidak sopan. Tak perlu menggunakan perkataan yang 'kasar' untuk berbual dengan rakan-rakan. Berbual secara biasa adalah lebih baik. Kalau tidak pun, tak perlu berbual (atau senyap lebih baik..) kalau apa yang diperkatakan itu akan menyinggung perasaan orang lain.

No comments:

:: Blogger