:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

30.9.12

Bajet 2013

Apa yang best tentang bajet 2013?



  1. Pemberian BONUS 1 bulan setengah gaji kepada 1.3 juta penjawat awam.
  2. PENCEN minimum pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dinaikkan kepada rm820.
  3. INSENTIF khas sebanyak rm200 sebulan kepada 125,708 pegawai/anggota tentera bermula 1 Jan 2013.
  4. 224,000 bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmmat kurang daripada 21 tahun dan tidak berpencen akan menerima SUMBANGAN rm1000 sekali bayar.
  5. Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak rm500 kepada 4.3 juta isirumah diteruskan dan diperluas kepada individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan
  6. 1.5 juta belia berpendapatan rm3000 sebulan layak mendapat REBAT rm200 bagi pembelian telefon pintar.
  7. 1.4 juta ahli Perkeso berusia antara 40 - 50 tahun boleh menjalani PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA.
  8. Cukai pendapatan individu DITURUNKAN 1 mata peratusan begi kumpulan bercukai tahunan rm2500 - rm50,000.
  9. 80,000 unit rumah di bawah projek perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di lokasi utama - KL, Shah ALAM, JB, Seremban, Kuantan, dengan harga jualan antara rm100,000 - rm400,000.
  10. Had pendapatan peminjam skim rumah pertamaku DITINGKATKAN daripada rm3000 kepada rm5000 sebulan atau rm10,000 sebulan untuk pinjaman bersama suami isteri.
  11. DISKAUN 20% atas jumlah pinjaman ptptn kepada yang melangsaikan hutang sekaligus dan diskaun 10% setahun kepada pembayar pinjaman secara konsisten.
  12. 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan meneriam BANTUAN PERSEKOLAHAN rm100 yang akan dibayar mulai jan 2013.

No comments:

:: Blogger