:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

17.4.12

Mengalah

Mengalah tak bermakna kita kalah.

Adakala kita perlu mengalah untuk menggembirakan hati seseorang.
Adakala kita perlu mengalah agar orang lain bahagia dan tidak berkecil hati.

Namun tak semua pengorbanan yang kita lakukan itu dihargai.
Adakalanya diingati dan adakalanya tidak diendahkan langsung.
Semacam apa yang kita korbankan itu tiada erti, tiada nilai pada mereka.

Walau mereka tahu yang kita ini mengalah untuk memberi laluan kepada mereka.
Membuka laluan yang luas agar mereka dikenali, diingati, disukai..
Dan harus diingat bahawa setiap yang kita lakukan haruslah ikhlas, walau kita mengalah untuk orang lain.
Agar kita puas dengan apa yang dilakukan.

Mengalah haruslah kena pada tempatnya.
Tapi jangan sampai kepala-kita-dipijak oleh orang lain kerna selalu mengalah.
Jagalah maruah dan martabat kita sebagai seorang Muslim.

No comments:

:: Blogger