:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

29.11.11

Weekend + blues

Halooooo..
Assalamualaikum..
Selamat petang..

Hari indah ini dah jadi tunggang terbalik sebab aku rasa aku kena tuesday-monday-blues.
Hujung minggu yang lepas dapat cuti 3 hari - sabtu, ahad ( maal hijrah ), isnin ( cuti ganti ).
Seronok + penat.

@ Sabtu - siang lepak-lepak sambil uruskan rumah-tangga. Petang gerak balik Pontian sebab atok buat kenduri akikah dengan sambut awal Muharam.
@ Ahad - bergerak ke Air Tawar 2, Kota Tinggi - majlis kahwin sepupu ( dapat pasangan orang negeri 9 ). On de way balik ke rumah, singgah nursery-pokok-bunga sebab mak nak beli pokok bunga cantik. Tapi hampa sebab pokok bunga tu dah takde.
@ Isnin - pergi rumah family, mak masak bubur lambuk daging. Tengahari bawak cousin-kecil jalan-jalan ke Jusco Permas.


Dan sebab semalam kan cuti ganti sempena Maal Hijrah 1433H, jadinya monday-blues aku


bertukar ke hari ni iaitu hari selasa menjadi tuesday-blues. Sungguh lah tak menarik....


Tapi rasanya tiap-tiap permulaan minggu memang ada sikit blues untuk aku. Dah sedap cuti kan, bila nya nak mulakan kerja di minggu yang baru memang ber-chennnnttttaaaaaaaa sangatttttttt....

Pagi tadi muka-aku-kelat semacam sebab tak lalu nak buat kerja. Tak happening bila kena 'penyakit' nih.

Ni tengah boring lagi. Tak sabar nak habiskan sisa-sisa kerja untuk hari ini. Hhhmm....

No comments:

:: Blogger