:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

10.11.11

Hubungan kekeluargaan

Dalam menciptakan hubungan yang istimewa antara suami isteri, pasangan tersebut haruslah :
  • Kejujuran - Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda
  • Tertawa - Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka pada pasangan supaya anda berdua boleh ketawa
  • Persahabatan - Menjadi sahabat kepada pasangan bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan
  • Hormat satu sama lain dan kompromi - Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi
  • Memaafkan - Perlu ada sikap memaafkan dan jangan simpan dendam sehingga melampiaskan amarah kepada pasangan anda
  • Bersikap realistik - Jangan cuba mengubah pasangan anda. Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya
  • Lupakan masa lalu - Berhenti mengungkit kisah masa lampau. Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda, maka ceritakanlah
  • Doa - Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda. Tanamkan di hati bahawa sebagai insan, doalah merupakan penawar bagi segalanya



# Dipetik dari novel Adam & Hawa

No comments:

:: Blogger