:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

14.10.11

Ah-ha....bos kechik dah masuk kerja..

...hui berjimba sakan 2-3 hari ni sebab bos kechik aku pergi outstation ke china. Ada urusan kerja di sana. Dan hari ini dia telah masuk kerja. Whhhoooo......mulalah sessi ceramah perdana dari dia. Sebab 2-3 hari dia tak kerja, dia suruh aku dengan geng sorang ni update dia apa kerja yang kitorang dah buat sepanjang dia takde.

Nak jawab jujur sangat tak boleh, tak berapa-nak-jujur pun tak boleh...Ala update tentang kerja je lah. Sepanjang dia takde kitorang terasa sangat AMAN.. Takde arahan-kuku-besi dari dia. Boleh santai-santai layan blog, borak-borak dengan member, makan-makan dan sebagainya sambil laksanakan kerja yang dah sedia ada. Ada lah masa untuk berehat. Kalau tidak, hilang sekejap ke 'jamban' pun di cari. hehehheheheee......

Tapi aku rasa lebih baik dia kerja daripada dia cuti. Sebab kalau dia cuti kerja nya lebih banyak dari biasa. Semua kitorang kena handle. Tapi kalau dia ada, senang sikit. Dia yang handle semua dan kami orang bawahan hanya terima arahan sahaja.. Senang kannnn...

Hari ni dia dah masuk kerja..bermulalah seksa-jiwa-dan-raga-ku...


# Oh morning briefing hari ni mengambil masa selama 1 1/2 jam. Teramat lama + mengantuk dengar syarahan perdana

No comments:

:: Blogger