:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

3.9.11

Cerita raya 2011

Selamat Hari Raya semua...
Bulan sudah dok cerita pasal puasa, bulan ni kita cerita tentang raya dan merdeka yer. Perayaan berganda MERDEKA-RAYA. Seronok tak hengat.. Tahun ni giliran beraya kat kampung hubby. Turn kampung aku tahun depan. Kiranya aku giliran tahun genap, hubby giliran tahun ganjil. Dan tahun depan juga ahli keluarga akan bertambah sebab hujung tahun ni adik no-2 aku melangsung majlis perkahwinan dia.

Peristiwa-peristiwa sebelum menyambut lebaran dan sepanjang 5 hari berhari-raya...

1-Menganyam ketupat, buat kuih raya dan mengemas di rumah family. Mengemas di rumah mertua. Mengemas rumah sendiri sebelum balik kampung. Pertama kali aku beli kain langsir baru ( dan mak tolong jahitkan ) untuk rumah sewa ku ni. Kaler merah yer...

2-Raya pertama balik kampung MIL kat Parit Kaspan, Sri Gading, Batu Pahat. Mengangkut sekali SIL kali ini. Konvoi 2 kereta ke kampung.

3-Raya pertama telah mempalitkan sejarah yang pasti akan terkenang sampai bila-bila.. Kenapa..?? Sebab hari pertama raya je dah spoil mood tau. Kereta kesayangan kami telah 'dicium' dari belakang kat area Peserai, Batu Pahat semasa pulang beraya dari rumah makcik hubby... Sedih sangat. Pasni mesti masuk bengkel seminggu ke dua minggu... ( Patah kaki beb nak beraya... )

4-Dapat makan lemang dan ketupat dengan kuah kacang dengan amat puasnya... Sambil tu 'menceki' buah pulasan di hari raya. Dan makan dengan banyaknyerrrrrr... heheheee... ;D

5-Raya kedua bergerak ke Pontian pulak menuju ke kampung aku.Raya sakan ke rumah saudara mara. Setiap rumah yang dikunjungi pasti menyediakan air gas @ carbonat @ air 'oren-bodoh'.

6-Masih dapat duit raya dari makcik dan pakcik ku. Diorang sporting habis. Tapppppiiiiiiiiiii.... yang keluar duit raya pun banyak jugak. Ni pun dah habis separuh bagi kat sepupu dan anak sedara...

7-Mengumpul gambar-gambar kenangan di hari raya. Diorang dah siap pesan, "nanti cucikan gambar-gambar raya kitorang tau.." InsyaAllah kalau sempat aku cucikan dan claim balik dengan korang. Kalau tak sempat, korang cucilah sendirik yerrr...

8-Kembali ke Batu Pahat untuk amik laporan polis tentang kemalangan masa 1 Syawal.

9-Tengahari semalam bergerak pulang ke Johor Bahru dan sampai di rumah dengan selamatnyer...

Sekian laporan raya untuk kali ini. Jumpa lagi esokkk..


# gambor lom sempat upload... sabor neh..

No comments:

:: Blogger