:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

23.2.11

TERBAIK

Banduan, pelajar USIM gubah 100 lagu patriotik


KUALA LUMPUR - Mereka datang dari institusi berlawanan, namun muzik menyatukan 120 penghuni penjara dan 70 pelajar Universiti Sains Islam (Usim) yang menghasilkan 100 buah lagu patriotik.

Menyifatkan kerjasama itu sebagai unik, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata, usaha tersebut terjalin menerusi Program Festival Lagu Patriotik (Cipta) yang diadakan sejak 2008.

"Melalui lagu dan lirik yang dihasilkan ia telah berjaya membentuk jiwa dan rohani para penghuni penjara. Penghasilan karya yang baik ini juga mampu menggerakkan minda penciptanya dan pendengar ke arah pemikiran dan perlakuan yang positif,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran album yang diterbitkan daripada Program Cipta, yang mana enam lagu terbaik dimuatkan dalam sebuah album bertajuk ”Cipta-Inovasi Karya Seni”.

Lagu-lagu terbabit dinyanyikan artis tempatan termasuk Adiba Noor, Siso dari kumpulan Kopratasa, Andy (Flop Poppy) dan artis era 60an M. Sani. - Bernama


Sumber : KOSMO

No comments:

:: Blogger