:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

28.12.10

2010 ke penghujung

Tahun 2010 ni dah nak sampai ke penghujungnya.. Banyak suka duka yang dicoretkan, segala suka dan duka, pahit manis kehidupan. Semua itu adalah asam garam kehidupan. Adakalanya baik adakalanya sebaliknya.

Berakhirnya tahun 2010 ini bermakna berakhirlah juga umurku yang bersiri 2+. Tahun 2011 akan bermula dengan bersiri 3+.

Terasa bagaikan cepat masa berlalu bilamana aku baru memulakan langkahku meneruskan pengajian ke universiti sekitar penghujung tahun 2000. Berhempas pulas dengan pelajaran selama 3 tahun setengah dan menjalani latihan praktikal sekitar awal tahun 2004. Kemudiannya pada September 2004 - aku telah pun berjaya menggenggam segulung ijazah yang menjadikan aku kini adalah graduan. Sekeping kertas yang membawa makna yang besar dalam hidup ku. Sekeping kertas ini juga yang aku rasa membalas budi kedua orang tuaku yang menanggung pengajian ku selama ini. Besar sungguh jasa ayahbonda ku. Wahai ABAH dan EMAK, sesungguhnya jasa dan pengobananmu akan ku kenang hingga ke hujung hayatku.

Aku kemudiannya merayau ke sana sini tanpa arah dengan niat untuk mencari pekerjaan. Dengan tiada pengalaman bekerja, susah untukku mendapatkan pekerjaan. Rata-rata kebanyakkan syarikat tidak mahu mengambil pekerja baru yang tiada pengalaman walaupun aku bertegas yang aku sudah pun menjalani latihan praktikal dulu. Itu semua tidak cukup. Ya tidak cukup sekadar latihan praktikal. Aku mula sedih mengenang nasib diri. Adakah tiada ruang untuk ku dimana-mana syarikat? Adakah aku memang tidak layak untuk bekerja? Namun aku tidak berputus asa.

Akhirnya, pada 2005 ada seorang insan menghulurkan tangan untuk membantuku mendapatkan pekerjaan. Kerja yang ditawarkan hanyalah sebagai pengganti juruteknik di tempatnya bekerja. Namun aku tidak kisah, padaku itu lebih baik daripada hanya duduk melepak di rumah dan merayau-rayau mencari kerja. Gaji yang diberikan pula sedikit sahaja. Tapi tak mengapa kerna aku puas sebab bila hujung bulan aku mampu menyediakan duit belanja untuk keluargaku. Aku bekerja dan terus bekerja tanpa jemu walaupun jua kerja itu tidak sama dengan apa yang aku pelajari semasa di universiti dahulu. Itu semua aku anggap sebagai cabaran. No pain no gain. Usaha dan terus usaha. Pada 2007 aku telah berpindah ke tempat kerja yang baru yang lebih memberikan aku keselesaan dalam bekerja - sampai lah ke hari ini...

Padaku jika kita sentiasa berusaha, pasti akan ada jalan penyelesaiannya.. Jangan berhenti berusaha.

No comments:

:: Blogger