:: CUTE gift & GREAT souvenir, click here.. ::

2.11.10

Kasih suami

Tadi baca dalam metro, kisah seorang suami yang sanggup korbankan diri untuk sang isteri.


Alkisahnya, ada sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumah setelah selesai menoreh getah. Dalam perjalanan itu si isteri ni telah tak sengaja 'menampar' seekor cik lebah yang menyengatnya, dan tanpa disangka-sangka dalam sekelipan sahaja datanglah sekawan lebah nak membalas dendam. Lari punya lari punya lari, dengan tidak disangka-sangka sang suami telah terjatuh. Makanya untuk menyelamatkan si isteri dari terkena sengatan cik lebah yang bertubi-tubi, sang suami telah menyuruh si isteri untuk masuk ke dalam tong yang berisi air bagi menyelamatkan diri..

Sang suami nya pulak setelah terjatuh, dengan hanya berserah kepada Yang Maha Esa hanya mampu terbaring di tanah menahan azab seksa sengatan dari sekawan lebah itu. Sesudah cik-cik lebah membalas dendam, si isteri pergilah mendapatkan bantuan untuk membawa sang suami ke hospital.

Namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menghalang. Sang suami menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan si isteri ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Dan ketika sampai di hospital, setelah diperiksa oleh encik doktor, sang suami rupanya mengalami alahan terhadap sengatan cik lebah yang menyebabkan sang suami akhirnya meninggal dunia...

Begitulah kisahnya pengorbanan sang suami terhadap si isteri terchenta...


Kasih suami sehingga ke hujung nyawa..
Kasih isteri tiada bandingannya..
Wahai isteri hargailah suami mu ketika hayatnya..
Begitu juga suami, hargailah juga isteri mu..



p/s : METRO

No comments:

:: Blogger